Thursday, December 30, 2010

Sekali lagi bangga

Piala yang direbut-rebut
 Malam tadi Malaysia menang football match lawan dengan Indonesia. Huuuuu aku memang bangga..cukup-cukup bangga dengan pemain kita. Tapi ada kekecewaan sket di hati gue..eh aku tercakap bahasa Indonesia plak. Sebab aku kecewa ialah kerana Malaysia berjaya golkan satu mata je, tewas kat tangan Indonesia 2-1. Kita menang sebab kita bawak mata dari match yang lepas. Kalau match yang lepas pun kita 0-0, maka kalahlah alamatnya semalam. Tapi Alhmdulillah dah selamat pun pasukan kita menang. Tahniah kepada semua pemain hehe.

Aku tengok bola semalam dengan housemate semua. Everyone ada kat depan t.v except Dania yang keluar berjumpa Mr.Sayang nya. Aku punya jerit campur dengan housemate aku yang lain terutamanya K.Mai, memang bergegar rumah tu dibuatnya. Part tak payah jerit pun kitaorang jerit jugak. Tapi suara still maintain okk!Semalam nampaknya Malaysia bekerja keras nak pertahankan pasukan kita dari serangan pemain Indonesia. Dahsyat jugak Indonesia serang kita malam tadi. Bertalu-talu bola diaorang tendang ke gol Malaysia. Tapi nasib baiklah Fahmi si keeper tu hebat pheeewwwiiittt haha. Lagi sorang player yang kitorang perasan, si Norshahrul kalau tak silap aku. Semalam tak tau kenapa dengan dia. Asyik rebah je. Jap lagi kang kepala kene singgung, pastu plak keting kena sepak, then pergelangan kaki pulak yang kena. Asyik jatuh je mamat tu. Yang kelakarnya kitaorang boleh terpikir adakah tu taktik Malaysia nak lambatkan masa ke apa. Macam si Shahrul tu character sebagai penjatuh hahaha. Adakah perkataan itu? Atau mungkin dah nasib dia memang asyik kena je malam tadi huhu.  

Pape pun, aku memang bangga dengan pemian-pemian kita. Walaupun ada yang komplen ada yang malas nak kejar bola, aku paham korang penat. Padang bola tu mak datok besar giler. Memanglah pancit kalau tak berenti korang kejar bola tu selama sejam lebih. Jangan risau, aku tetap sokong korang. Dengan aggregate 4-2, Malaysia telah menang! Hidup Malaysia!yiiihhhaaaa!!!!


Favorite player ;p

Macam muka Edry KRU plak aku tengok si Safee Sali ni huhu



We are the champion!!!!


Sunday, December 26, 2010

Aku bangga dengan Malaysia!

Wiiihhhhuuuuuu pasukan Malaysia kita menang dalam football match dengan Indonesia tadi!haha. Bangga sungguh aku jadi warga Malaysia ni. Yelah, before ni susah sangat nak dengar Malaysia ni menang rasanya..eerrrr aku bukan peminat bola sebenarnya tapi aku rasa itulah yang aku selalu dengar. Betulkan aku kalau aku salah wahai peminat-peminat bola sekalian huhu.
Aku ni bukanlah peminat bola. Tak penah teringin pun nak tengok bola. Tapi match kali ni aku dah sedia maklum akan kewujudannya since officemate aku peminat tegar bola sepak. Malam ni dia pergi tengok bola dengan family dia..bapak, mak, adik-adik semua dia angkut. Aku pun sebenarnya teman dia pergi beli tiket bola tu Jumaat lepas. Tapi waktu tu takde terlintas labgsung yang aku kan tengok match ni walau di mana aku berada.

Nak dijadikan cerita, lepas aku siapkan diri mandi apa semua kat rumah kakak aku, aku nampak t.v dah bukak pertandingan malam ni. Waktu tu match dah start. Bila aku tengok je Malaysia main, tiba-tiba rasa nak duduk depan t.v tu pulak. And mungkin disebabkan aku ni bersemangat patriotik, rasa nak tengok and bagi sokongan pulak kat pasukan kita. Walaupun ianya hanya dari jauh...and bila dapat bagi dari jauh je, aku terpikir pulak.."napela aku tak rasa nak tengok kat stadium hari tu eh? Best jugak support secara 'live' " hehe. Dah terlambat cik Kiah...nak buat macam mana...

Takpelah,jauh pun jauhlah hehe. Yang bestnye, seisi rumah aku dok tengok bola. Baik yang pompuan mahupun yang laki, semua layaaaannnnn. And aku yang menjadi baby sitter kepada anak buah aku, memang tak lepas pandang skrin t.v tu walaupun tangan tengah dukung cik baby. Semangat tuuu tengok pasukan Malaysia main haha. And bab makan....sanggup kitaorang tunggu bola habis dulu baru nak makan. Pukul 10 lebih baru nak makan malam. Orang dah makan supper dah waktu ni, kitaorang baru nak dinner. Tapi aku rasa berbaloilah 'pengorbanan' yang dilakukan kerana pasukan Malaysia telah memenangi match tersebut. Suke!suke!suke!haha.

Awal match tu kitaorang gerun sebab game macam tak memberangsangkan tapi towards the end everything was awesome! But in the middle tu macam hangin pulak dengan spectators sebab buat hal. Baling mercunlah, suluh laserlah...adoi. Dah game jadi tak smooth. Sebagai penonton, marilah kita sama-sama jadi professional ye. Bukan golongan profesional je yang kene berfikir and bertindak profesional tapi kita semua kena buat macam tu...huuu bersyarah plak aku kat sini. Pape pun congratulations kepada pasukan Malaysia pada first leg ni. Hopefully they can perform dalam second leg kat Indonesia nanti. Go Malaysia go!!!!

Gambar match tadi belum boleh dapat dari Mr.Yahoo image hehe


 p/s: handsome jugak goalkeeper Malaysia ni ;p



Friday, December 24, 2010

Cukup bertamadunkah orang Malaysia?

Orang Malaysia ni kitalah tu huhu selalu mengaku yang kita ni bertamadun kan? Kalau ada orang cakap kita ni tak bertamadun uiiisssshhh marah sungguh. Rasa memang orang tu sangat tak betullah!haish! Tapi kan, aku adala tengok beberapa situasi yang merasakan orang Malaysia ni kita lagi taklah bertamadun sangat tapi tak semua yeeeee marah orang kat aku nanti.tiiidaaaaakkkk!!! Ni aku bagi situasi-situasai yang aku nampak..

Situasi 1:
Aku tengah tunggu bas dekat bustop di salah satu stesyen LRT kat KL ni lupe plak nak cakap,aku dalam position duduk kat bench yang disediakan. Lepas tu tiba-tiba ada sorang minah ni datang duduk sebelah aku. Then dia bawak keluar koci yang dia baru beli. Mana aku tau dia baru beli? Sebab aku nampak kertas bungkus die tak bukak lagi. Pastu dia start makan. Tapiiiiiii korang tau tak, die kopek/kupas or whatever you call it kulit koci tu, kulit koci tu dia boleh buang je atas lantai. Dah pulak tu kalau makan koci takkan kau makan satu biji yang kecik tu...mana puas kaaannnnn?????mestilah lepas makan satu, makan satu lagi dan satu lagi dan beribu-ribu lemon. Korang bayangkanla...lepas kupas kulit,terus je die campak kulit tu atas lantai. Jadinya banyakla kulit koci berterabur atas lantai tu. Aiiiiyyyoooo orang macam ni pun ada ke? Takkanlah dia tak tau yang kulit koci tu SAMPAH? ke dia nak kutip balik kulit yang dia dah buang tu msuk dalam beg die semula ke aku tak tahulah.

Situasi 2:
Aku tengah tunggu bas dekat stesyen yang sama seperti di atas asyik-asyik kejadian pelik berlaku kat tempat sama haha.Apa boleh buat...Again aku dalam position yang sama jugak. Adala dua orang minah ni datang tapi sorang je yang duduk kat tepi aku. Lepas tu diaorang borak-borak, and suddenly aku dengar yang minah yang duduk ni mengarahkan kawan dia yang tengah berdiri tu belikan dia keropok lekor yang dijual di stall kat sebelah tempat duduk kitaorang tu. Lepas aku dengar yang kawan dia yang berdiri tu macam malas nak pegi belikan and dia suruhla kawan dia yang nak makan tu beli sendiri. Pastu si 'pengarah' tu kate "ala aku penatla nak bangun..ko belikanla..aku lemah sikit bab jalan-jalan ni" padahal dekat je kot....sejengkal je stall tu dari tempat duduk kitaorang. Aku simpulkan bahawa samada dia memang pemalas atau takut tempat duduk dia orang lain amik. Terpaksala kawan dia ni pegi belikan keropok lekor tu and bila si kawan ni bagi kat dia, dia boleh cakap apa tau...."eh,ko tak beli skali ke?" ewah ewah....ko pandai pulak nak berbasa basi. Dah sedap suruh orang tu pegi beli, siap tanya macam tu kan? Dah dari awal kawan ko tu tak nak pegi, maksudnye dia pun takde niat nak belila...adoi. Pas minah ni makan, makan and makan sampai keropok lekornye habis........die trus pusing blakang and campak plastik keropok lekornye kat belakang,atas lantai..boleh? Padahal tong sampah ada je kat belakang tempat duduk kitaorang tu je.

Situasi 3:
Aku tengah jalan nak ke ofis setelah turun dari LRT. Dekat stesyen LRT tu ade sebatang sungai yang tak rupe sungai sangat sebab kotor and baunye 'wangiiiiiii'. Biasanya aku lalu kat situ ok je, takde apa yang menarik or pelik. Tapi satu pagi ni tengah aku jalan, around 7.40 camtu, orang yang berjalan depan aku tiba-tiba menghayunkan tangannya yang memegang plastik and dengan bangganya die melepaskan plastik yang dipegang tu ke dalam sungai tu. Aku cam 'APEKAH?' Kot ye pun nak membuang sampah, before lalu kat sungai tu, ada je tong sampah. Tapi aku tak tau kenapa dia memilih sungai sebagai tempat dia membuang sampah dia tu. Patutla sungai tu dah tak macam sungai aku tengok. Kalau ada sepuluh orang macam tu, and masing-masing pun bawak beg plastik yang penuh ngan sampah,buang kat situ...memang 'cantik'la sungai tu jadinye.

So pada pendapat korang, bertamadunkah mereka or rakyat Malaysia ni? Ni baru bab buang sampah beb and situations ni yang kita nampak. Yang kita tak nampak tu kita pun tak tahulah kan? Harapan aku supaya marilah kita sama-sama improve untuk kemajuan Malaysia. Malaysia boleh! tetibe haha



Thursday, December 23, 2010

Aku suka baca blog ni...

Aku suka giler baca blog yang bertajuk Telordibasuh ni. Penulis die slalu post entry yang berkaitan gambar-gambar yang aku rasa sangat menarik. Kalau aku rasa nak menghiburkan hati aku, nak gelak-gelak or nak tengok benda pelik kat dalam dunia ni, aku bukak blog dia je. Macam-macam ada wooooo....darupada yang korang tak pelik sampailah yang tahap korang akan terfikir ada jugak ke orang or keadaan macam ni haha. Kalau korang rajin try la tengok blog ni =)




p/s:selalu juge ke blog Ben Ashaari baca entry yang selalu diupdate



Wednesday, December 22, 2010

Bukan aku sorang je...

Mood nak berblogging akhir-akhir ni sangatlah kurang. Bukan kurang dah..dah menjunam ke lantai nampak gayanye. Tapi rupa-rupanya ramai juga yang berperasaan seperti aku haha. Bila berblog walking tadi ramai juga yang menyatakan kemalasan mereka takde mood nak menulis. Mungkin sebab dah akhir tahun masing-masing pun busy dengan tanggungjawab masing-masing or tak busy pun tapi buat busy huhuhuhu.

Aku pun belum ada idea yang best lagi nak ditulis. Yelah, nak tulis blog pun kene pikir entry apa yang best jugak kan? Kalau tak, tak berjengoklah blog kita ni. Kepada yang still membaca blog yang tak seberapa ni, terima kasihlah. Aku menulis ni taklah sehebat mana tak update plak tu. Tapi kalau ada yang sudi lagi menyinggah, alhamdulillah....Nanti bila ada bende best yang aku nak kongsi, aku akan update ye...ngeeeeee



Friday, December 17, 2010

Dugaan hati

Adoila....aku ni skang tengah mengalami masalah jiwa bukan sakit mental ye huuu. Tekanan perasaan yang dihadapi oleh aku dan 'dia'...waaaaaaa sangat kene tabah aku ni. Bila laki and perempuan ni lain, ni la jadinya..tapi gaduh ni boleh bawak ke dua hala tuju. Happiness and destruction OMG! huhu. Kalau pasangan tu nak berubah and nak belajar untuk lebih kenal masing-masing, happiness lah endingnye. Kalau pasangan tu tak nak berubah and tak nak pun belajar dari kesilapan, destructionlah jawabnya..addduuuhhhh...

Hai membebel lah pulak aku ni..maafkan hamba ya...Ni aku tengah dok mengadap problem ni semua, ada orang yang sedang mahu dekat dengan aku. Aku tak nak tambah masalah yang ada. Cukup-cukuplah apa yang aku ada skang. Arrrrgggghhhhhhh!!!!!!aku tension la!

Tuesday, December 14, 2010

Mengantuk...

Pagi tadi naik train pegi kerja macam biasa. Rutin aku bangun, siap-siap, kuar rumah, amik bas/taxi sampai LRT, and naik LRT sampai tempat kerja panjang plak list aku ni. Selalunya aku masuk LRT tu pagi-pagi, aku akan nampak satu pemandangan yang sama stiap hari...orang-orang yang naik LRT and yang duduk, most of the time ramai yang akan terlentok-lentok kepala diaorang.

Behind all this I can see one thing...the 'Kl'ites are busy...we go out before the sun rises and we come home late at night. Tu yang kalau memang kerja teruk-teruk. Tapi yang balik awal pun, we got things to do..housewives have to settle the house chores before they go to sleep, the bachelors are staying up late doing clubbing etc. Masing-masing dengan aktiviti masing-masing kan. The next day, the same routine happens. Tu belum lagi yang weekend pun beraktiviti. Dekat tempat lain tak sama ke? Eemm..I would say tempat lain mungkin tempat berhibur tak banyak sangat and the force to work tu lain sikit kot huhu. So...this is KL...

Friday, December 10, 2010

Happy Birthday LOVE!

10.12.2010...is the birth date of my love Mr.Azlan bin Aminuddin our birthday gap is just four days hehe
Wish him a happy life and we hope more love will come everyday showering our days.
A big thank to him for giving the precious love and share the beautiful great moments with me.
Hope that our big LOVE will end forever =)

Mr.Azlan Aminuddin



Us

Hope our days will be full of laughter and happiness like what we always have weeeee!!!!!

Thursday, December 9, 2010

Simptoms jiwa kacau melanda

Haish...tiap-tiap bulan ni la bende yang aku tak suka...asal nak dekat bulan mengambang je aku mulala emosi macam kapal kene pukul ombak.adoiyai...


The more you say, the more you are going to hurt yourself

Korang pernah kene tipu tak? Tipula kalau tak pernah kan?hehe. Emm...pernah tak jumpe orang yang cakap putar belit?Hai..lagi mau tanya..mestila pernah jugak ye dak? Saje aku nak kongsi satu cerita...tentang manusia yang tahla..aku tak tau nak cakap lidahnye ni dah bercabang berapa and muka die ni pun dah talam berapa.

Kisah ni berkisarkan kisah cinta dua manusia. Cinta sejati atau tidak tu, jangan tanya akula,aku tak tau and tak nak amik tau. Mula-mula cinta ni hanya pada dasar sahaja, belum dalam lagi. Cerita diaorang ni ramai jugaklah yang tau sebab yang pihak perempuan ni (Si F) banyak kongsi cerita dia. Tapi kisah percintaan manusia-manusia ni agak complicated sikit sebab mereka ni dah ada yang punya sebelum mereka 'berjumpa'. Mula-mula aku ingatkan cerita diaorang ni biasa sahaja...macam main-main. Ada juga sesekali aku cuba untuk bagi pendapat. Yela, orang kata bila orang yang mabuk cinta ni die buta. Jadi aku yang bermata terang ni cuba untuk bagitau apa yang aku nampak. Tapi nasihat tu mungkin dipandang sebagai sampah ke apa aku tak tau. Atau mungkin dia tak perlukan pendapat melainkan tempat untuk bercerita atau mengeluarkan apa yang ada dalam hati or fikiran.

Pada awalnya mungkin aku boleh terima untuk konon-konon memahami hati dan perasaan dia. Tapi semakin lama aku dengar cerita dia, makin banyak perasaan ragu-ragu, tak percaya and tak boleh terima apa yang dia buat hinggap kat hati aku. Hubungan perempuan ni (Si F) dengan kekasih hati yang lama ni dah memang cukup lama. And setahu aku tak ada apa-apa problem pun yang datang menjengah di kala dia berubah hati. Kesian aku kat boyfriend die ni sebab boyfriend die ni tak tau apa yang jadi pada hati perempuan ni. Boyfriend die pun die layan macam biasa, si lelaki baru (Si M) ni pun die melayan jugak. Takpela hati aku kata, tu pilihan masing-masing. Tapi aku dan kawan-kawan pernah nasihat, supaya pilihlah salah sorang daripada dua tu. Kesianla pada hati yang disakiti. Tapi dia cakap macam mana dia nak tinggalkan bila boyfriend dia tak tau pun apa yang dia sedang buat. Kesian kan? Kami sebagai penduduk sekeliling malas nak masuk campur hal rumah tangga orang tapi sejak apa yang berlaku, nampak yang orang di sekeliling perempuan (Si F) tu menyepikan diri daripada bercakap and beramah mesra dengan dia macam dulu. Pegi makan pun dah tak ada sama-sama. Bukan niat kami nak sisihkan tapi rasanya dia yang menjauhkan diri.

Sejak dia ada 'driver' (Si M) yang boleh bawak dia keluar makan, jalan-jalan after balik kerja, dia dah tak pedulikan kami. Datang ofis tapi tiba-tiba hilang, sampai waktu lunch, tiba-tiba hilang. So macam tula dia. Sekarang yang si lelaki (Si M) dah berpindah ke tempat kerja baru. Waktu ni la nampak yang si perempuan tercari-cari kawan. Kalau dia tak bercakap, tak ada orang yang nak bercakap dengan dia. People know how to judge..bukan nak judge tak tentu pasal tapi melalui apa yang kami nampak and dengarla kami judge. Si perempuan (Si F) macam yang aku cakap kat atas tadi memang jenis yang suka bercerita.

So about this thing pun ramai je yang dah tau die cerita. Tapi bila kami bersembang, tiba-tiba kami dengar cerita kami ni lain-lain. Kami yang dengar cerita si perempuan (Si F) ni sendiri dengar banyak version dari mulut dia. Tapi bila kami bersembang dengan kawan baik si lelaki (Si M)...rupa-rupanya cerita yang si lelaki scandal (Si M) ni totally lain dengan apa yang diceritakan oleh si perempuan.

Si perempuan cakap, si lelaki ni tergila-gilakan dia. Menangis hampir tiap-tiap hari sebab diri die. yeke?
Si lelaki cakap, dia dah nak berenti dari ada hubungan dengan perempuan tu sebab perempuan tu dah punya kekasih hati tapi perempuan tu yang tak nak, perempuan tu yang keep on texting and calling him.
Si lelaki juga pernah tunjukkan messages yang dia terima dari perempuan tu pada kawan-kawan perempuan dia and dia dengan bangganya cakap 'tengok, dia yang nak kat aku'.

Aku amik keputusan untuk tak percaya pada sapa-sapa. Orang macam ni memang susah aku nak percaya. Manusia ni macam-macam ragam and ni adalah salah satunya. Lidah berbelit-belit, berputar-putar. Apa yang ada dalam kepala dia aku pun tak tau. Tapi apa yang aku tau, dia nak semua orang mengagumi dia sebab dia cantik, dia hebat, semua orang suka dia. Hello....takkan ada keadaan yang sebagus itu. Manusia tak perfect, thus takkan ada keadaan di mana semua orang mengagumi kita.

As a quotation says...the more you said, the more you are going to hurt yourself...memang sesuai untuk si perempuan (Si F) sebab bila kita ni manusia bercakap terlalu banyak, apa yang kita cakap tu akan memakan diri kita balik. Mungkin pada awalnya orang akan nampak bende tu macam tak ada apa-apa. Tapi lama-lama orang akan tau. Kami ni tak bodoh, kami ni pendidik..and kami tau menilai. Jangan ingat apa yang 'kamu' cakap tu akan buat kami bertambah suka pada kamu. Apa-apa pun, memang hak sendiri untuk kita buat keputusan tapi dalam kita nak buat keputusan, kena ingat yang kita ni hidup dalm masyarakat. Kalau ko rasa ko hebat sangat, tak perlu orang sekeliling, pergilah...ciptalah dunia sendiri


Saje nak letak hehe

Semalam lunch dengan kawan-kawan office. Lepas makan and tengah sibuk berborak, satu kejadian menarik terjadi. Let the picture does the talking ;)

Sudu melekat dekat gelang haha
Tergelak aku bila tiba-tiba aku angkat tangan pastu sudu yang aku guna untuk makan pun terlekat sekali haha. Satu meja gelak and aku pun ape lagi..snap la picture ni.


Wednesday, December 8, 2010

Tak tau kenapa..

Don't know why lately bila teringatkan this one person, aku cam jadi tak suka sangat-sangat.Aku rasa pelik macam mana hidup aku boleh ada kena mengena dengan die. Aku regret sebab aku tak fikir betul-betul dulu. Tapi itula pengalaman. Kalau aku tak ada pengalaman yang sedih, yang buruk, takkan aku tau macam mana nak menghargai benda yang baik and indah yang jadi dalam hidup aku. Orang kata 'experience is the best teacher' so in some ways aku bersyukur mempunyai and dapat melalui experience ni.

Bila aku mengadu perasaan aku dekat En.Azlan, dia kata memang ada time dalam hidup kita yang kita regret. Dia pun ada perasaan macam aku bila mengenang apa yang pernah jadi dalam hidup die dulu. Tapi ntahla..kalau boleh aku bunag that person jauh dari fikiran aku, aku nak sangat-sangat buat. Huuu...sabar jelah.



Monday, December 6, 2010

Happy Birthday!


Happy Birthday to me!!!!hehe
Wish sendiri untuk diri sendiri yang disayangi ;p
Semoga aku akan menjadi seorang pendidik yang cemerlang, anak dan wanita yang solehah, and semoga bahagia selalu datang menjenguk setiap hari.
Semoga juga aku dimurahkan rezeki supaya dapatlah aku membina masjid yang dah lama dirancang hehe
Doakan saya ye kawan-kawan =)



Thursday, December 2, 2010

Busuk itu nikmat

Biasa lalu tepi longkang? atau bau toilet tersumbat? eeeeiiiii busuk kan? Kalau kita lalu tempat yang busuk, ape kita buat? mestila tutup hidung,addooiii! tak kan tu pun tak tau kot? Kita ni, manusia kan...mesti suka yang cantik-cantik, paling busuk pun kita suke tengok benda yang sedap mata memandang. Ada ke orang yang suka tengok bemda yang buruk? seperti hantu? huuuu boleh pengsan u!

Bab bau pun sama. Kita termasuklah aku hehe suka bau yang wangi-wangi je. Kita nak duduk dekat dengan orang yang wangi ye dak? Kita sendiri pun nak diri kita wangi. Baru orang suka nak duduk dengan kita. Ada sekali tu aku dalam LRT, baru balik kerja seperti biasa, aku tak ingat tren tu berhenti kat mana, tapi bila pintu die terbukak, semerbak harum bau yang masuk, bau sampah. Ada sorang minah yang duduk tepi aku ni dengan sungguh-sungguh dia tutup hidung die,kalau boleh tak nak terbukak sikit pun. Yela, sebab bau busuk kan? Kalau waktu kita tengah makan pulak, ada lori sampah lalu, ade tu sampai tak lalu makan, nak termuntah bagai. Kalau boleh dah tak nak sentuh dahla makanan tu diva betul huhu.

Tapi kan, dalam kita tak suka bau busuk, pernah tak kita fikir yang bau busuk tu pun satu nikmat? Sebab ape? sebaaabbb..kalau kita tak dapat bau busuk, kita tak dapat jugak bau wangi sebab kita tak dapat nikmat menghidu. Pernah tak korang fikir camni? aku pun baru je terfikir hehe. Aku pernah ditegur waktu lori sampah lalu tepi aku, respon spontan aku is aku terus tutup hidung. Then ada sorang member aku cakap tak baik buat macam tu, mesti kecik hati orang yang kerja tukang angkat sampah tu. Apa perasaan kita kalau kita ada kat tempat dia? Orang lalu tepi kita dengan muka yang menahan bau. At least hormat kita pada diaorang tu mesti ada kan? sebab kalau takde diaorang, sapa yang nak tolong clear kan peti sampah depan rumah kita tu? Machine?tak mungkin... So marilah kita menunjukkan rasa hormat kita kepada mereka and bersyukur atas nikmat yang kita dapat rasa sampai hari ni.

p/s: lepas ni bila bau busuk je, senyum ye ;)