Wednesday, February 23, 2011

Oh Obat,Oh Obat..mari beli Obat!

Entry kali ni bukan sebab aku nak menjual ubat. Ni saje je aku nak kongsi info pasal khasiat habatus sauda. Habatus sauda ni dikenali sebagai penawar bagi pelbagai penyakit. Aku ni before ni takdelah mengamalkan sangat habatus sauda ni. Start aku makan waktu form 3..waktu tu beli yang biji-biji punye. Kalau makan kena gigit. Lepas tu aku stop je. Sebab mungkin waktu tu takde masalah kesihatan lagi. So aku makan tu pun takdelah nampak perbezaan ketara ke atas kesihatan aku ni kan huhu.
As for now, adik-adik aku 2 orang ada belajar kat Egypt. Diaorang ni rajinla bawak balik habatus sauda dalam bentuk pil. Brand dia Baraka. Haaa..yang ni pun aku makan jugak..n mak aku pun dah mewajibkan family aku makan hua3. Sekarang bila aku makan balik memang rasala perbezaan before and after aku makan Habatus Sauda ni. Segala angin dalam badan aku ni memang keluar *yela..makan pun macam-macam, mana badan tak berangin.Tu belum ditambah kalau aku naik angin. Bertambahla angin dalam badan aku muahaha* Aku pun dah kurang masalah ke toilet..so okla kan. Kalau tak..bergelodak je semua benda dalam badan aku ni sebab itu ini tak kena. And family aku yang mengamalkan Habatus Sauda ni pun bagi banyak positive feedback after diaorang amik Habatus Sauda ni. Ni ada aku cari info pasal Habatus Sauda..meh tengok meh =)

Khasiat Habatus Sauda:

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain “‘Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.


Dr. Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan.



Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain :-


Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.


Antiarthritis, mengubati reumatik.


Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).


Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.


Antiseptik, mengubati bau mulut.


Antivirus, mengubati demam dan flu.


Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.


Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.


Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.


Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan hempedu.


Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.


Nematocidal, mengubati cacing pita.


Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

p/s:kalau ade sape2 yang nak beli habatus sauda yang macam aku amik,dalam bentuk pil,aku ada stok lebih adik aku bawak dari Egypt hari tu. So bolehla kalo nak beli,satu kotak RM10 jeeekkkk :)