Showing posts with label PTD. Show all posts
Showing posts with label PTD. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Second call

Semalam aku dikejutkan dengan wall post encik zane yang bertanyakan samada aku dapat gi exam PTD lagi tak.Dengan harapan yang aku tak nak dapat call tu padahal dulu nak sangat, aku pun checkla portal SPA. Dengan berdebar-debar jugaklah aku masukkan nombor kad pengenalan aku....and result yang aku dapat is


I was like haaaaa????aku dapat lagi? Malas kot nak pegi lagi, mengadap bape paper tu adik-adik? TUJUH ye....phew~ Pengalaman buat test ni memang exhausted. Kena perah otak for every paper. Aku bukan tak nak pegi sebab aku give up. Kalo aku nak sesuatu benda tu orang tak payah suruh, aku sendiri akan cari jalan camane nak dapat. Samala jugak condition nye dengan PTD ni. Waktu 1st call dulu memerah otak aku study,exercise bagai. Tapi this time aku dah decide nak menumpukan hidup aku dalam bidang education.

Since aku dapat result PAC yang menyatakan aku gagal dalam that assessment, aku fikir kenapa aku tak dapat berdasarkan penilaian aku terhadap group members aku bukan nak underestimate tapi kita boleh menilai kan...Pastu aku tengok jugak macam mana life Encik Azlan yang sangat hectic,yang nak kene menolak 'ganjaran' hebat, yang stress ngan keje but usually client almost everyday, yang nak kena mengadap orang yang kadang-kadang kita terpikir 'ada jugak orang macam ni skang?' And aku consider life aku sebagai ibu nanti..takkan aku nak biar anak-anak aku without their parents' attention bila dua-dua dah busy? Mestilah aku tak sanggup kan..Aku perempuan..bende-bende tu semua kena consider. Biarlah Encik Azlan sorang je yang busy nanti, and biarla aku tengok anak-anak cewwaaahhh cam dah ade anak je ;p Tengok budak-budak skang yang sangat advance, gerun aku weeeiiii. Of coursela aku tak nak anak-anak aku terbiar and terjebak ngan bende-bende tak senonoh kan? Mak bapak sape yang nak????btau aku sket..

Orang kata keje PTD ni duit banyak..keje PTD ni ada nama, orang pandang etc. Keje government banyak benefit nya..lebih dari keje swasta. Ye, aku tak nafikan semua tu.Kalau nak fikir keje government secure, takpela, Encik Azlan dah ade dalam government, insyaallah securelah family nya. Keje PTD banyak duit, ada nama and semua bende yang disenaraikan tadi mahupun yang tak disenaraikan...kita hidup ni kejap je. Sampai bila nak kejar nama and harta..tah-tah baru jadi PTD sehari esok dah kiok, ade ke ko dapat nama and harta jugak? And skarang ni ada banyak benda yang kita boleh buat kalau nak sangatlah dapat nama kan...Bende ni semua duniawi huhuhu. Besides aku sayang dunia pendidikan ni, dah sangat selesa mengajar. Seriously apa yang aku buat skang, aku happy walaupun busy. Aku happy buat students aku happy and ajar diaorang. Keje aku skang ni memerlukan kasih sayang untuk semua berjalan and i like it so much because im a loving person hiiiiiiii perasan kot. So keputusan aku buat masa skang ni aku nak focus kat keje aku skang and aku tak nk pegi exam tu huuu.

p/s:on that 13 pun nak jumpe Encik Azlan so memang sangat-sangat tak boleh pegi sebab kitaorang ade plan bek punya ;p


Wednesday, August 25, 2010

Update result PAC

Aritu aku ade cerita yang aku pegi assessment PTD kat Intan Johor. Assessment yang mencabar minda and fizikal huhu. So update kepada assessment to is...on 11th of August 2010, the result came out. Dengan berdebar-debarnya aku check result. Honestly adala jugak sikit harapan aku untuk lulus tapi pape pun aku memang serahkan totally kepada Dia. Salah satu sebab aku letakkan harapan is my family members cam excited je nak suh aku jadi PTD.

So tengahari tu aku kat rumah kakak aku dengan suspennya online and check. Waktu ni aku memang betul-betul tawakkal je sebab aku pun actually dalam dilema jugak. Yela, keje ni bukannya senang. Tanggungjawab besar, komitmen kene tinggi..kadang-kadang weekeng pun kene kerja, cabaran kene marah dengan bos pe semua lagi. Aku cuakla jugak sebenarnya. Aku doa ngan tuhan, kalo future aku memang kat sana, aku mintak aku lulus and sebaliknya.

Then, the result says that aku xdapat melepasi this stage. Aku tak sedih and tak gembira sebab aku memang dah tawakal habis-habis. So aku rasa aku kene strive untuk berjaya kat tempat skarangla wuhhhuuuu. Aku pun memang suke kerja skarang...stress tu takdela tiap-tiap hari. Kalau nak comparekan kerja aku dengan Encik Azlan yan sntiasa busy and stress tu, aku happyla dengan kerja skarang. Boleh gelak-gelak lagi ngan student,boleh gi jalan-jalan dengan diaorang pe semua...not badla kan? So kepada kawan-kawan yang lepas tu good luck ke next stage and jadila PTD yang betul-betul bagus..sebab ada jugak aku dengar cerita ada PTD yang perangai, cara diaorang buat kerja semua buatkan aku tertanya-tanya macam mana diaorang boleh dipilih. PTD ni kan orang-orang yang terpilih kan..tapi tak dinafikan jugakla ada yang terpilih sebab kroni  pe semua. Tapi takpela, dah rezeki diaorang kat sana, so kita tak boleh nak komen lebih-lebih jugak kan.


Monday, July 26, 2010

PAC PTD

As promised before, my new entry this time is about PAC that was attended by me on 11.7.2010 at INTAN Johor. I can describe the so called test as fun yet challenging. Dalam kita dok main-main and carry out the tasks given, kita jugak dinilai in every aspect..baju,cara bercakap,cara bergaul,team work and what not. So my journey to achieve the stars on my head started on the 10th sbb aku stay kat K.L kan..mana sempat kalo nak pegi 11 hb tu. Went there with my father. Thanks so much to Ayah yg sanggup teman pegi Johor, jaga my makan minum and semua urusan pegi balik. Memang rasa nak nangis je bila tengok Ayah bawak aku dari K.L sampai Johor (walaupun nek bas je huhu) tapi yelah, pengorbanannya jelas di situ. Tambah lagi bila aku pegi ke INTAN menjalani test tu, Ayah tuggu aku sampai petang (aku punye assessment dari kul 8 a.m. sampai 5 p.m. ok). Kalo pegi dgn kete blhla Ayah jalan-jalan dulu. Tapi disebabkan nek bas, dengan beg baju aku lagi yang Ayah suruh tinggal sebab takut aku susah nk bawak, mana je Ayah boleh pegi? Tak cukup dengan tu, Ayah bagi aku duit belanja lagi waktu balik sebab katanya takut aku takde duit sebab bulan 7 ni aku tak dapat gaji (segan nak amik tapi nak tolak xde duit plak huuu). Memang sangat touching..tak payah aku duduk saje-saje baru nak nangis,aku tengok Ayah waktu tu pun rasa nak nangis dah. So disebabkan aku nak bagi apa yang aku mampu, makan minum Ayah sepanjang teman aku kat Johor, aku yang tanggung. Kalau nak dibandingkan die punye penat lelah tunggu aku ape semua, takde apa pun aku belanja tu kan (T_T)

Huuu teremosi plak..so back to the story of PAC ni. Format for setiap sesi sangatlah tak sama so no use kalo ada ang nak prepare or ikut format yang dah lepas. Preparation of course ada since aku dapat tau aku lulus ujian bertulis sampaila ke hari penilaian. Thanks to Encik Azlan yang slalu wat spot check whether I have read the newspaper or not yet everyday. Kalo tak kene paksa aku ni memang liat sket nak baca newspaper huuu. Atas nasihat, newspaper still dibaca pada awal pagi before aku g INTAN Johor tu. Cuak jangan cakaplah. The candidates as in the list ada 200 tapi yang datang cuma dalam 150. Hati aku kata 'Alhamdulillah..at least kurang saingan' hehe. Masuk je dewan, after register tu kitaorg diberi taklimat. Tentatif progaram secara detail tak ditulis..yang tercatat cuma 'aktiviti 1, aktiviti 2, rehat etc'. Waktu ni aku pun tak taula yang lari 2.4 km tu ada ke x.

The activity started with public speaking in Malay. Candidates are called one by one to enter the room while the other group members completing the task given. Kirenye yang mencabar waktu ni is, once kita dah dapat tajuk soalan kita,kita diberi 20 minit untuk prepare isi and kita diarahkan keluar untuk wat task dalam kumpulan pulak. The best part is kita diberi 2 tajuk and panel yang menentukan kita kena cakap tajuk ap..meaning they choose the topic. Tajuk die bukan calang-calang ok. Kalau tak baca paper, tak tengok berita, tak ikut perkembangan semasa memanglah susah. Tajuk yang aku dapat waktu tu is pasal sistem pendidikan and tentang pelaburan negara asing di Malaysia but the topic of sistem pendidikan was chosen. Abis je public speaking in Malay, ada presentation by group.Then we went to makan-makan and settle apa yang patut and the activity went on with a game which is done in group. Game die bertajuk 'human puzzle'. Die ada ala-ala men cube tu..kalo orang yang slalu men or pandai men bende tu okla. Disebabkan aku ni xpandai men bende-bende ni sume yang memerlukan kepala otak diperah, so aku hanya mendengar arahan ketua je huhu. Rules nak men bende ni senang je..orang kat dalam ada 8 orang tapi kotak ada 9. So ketua akan dipilih oleh panel untuk bagi arahan kat anak-anak buah kat dalam. The difficult part of this game is, ketua susah nak bagi arahan sebab anak buah dah jalan dulu before dapat arahan. Yela, orang-orang yg dapat pegi PAC ni boleh kata ada keistimewaan sendiri so mungkin agak susah kita nak duduk diam tunggu arahan orang lain kan. Whtever pun aku memang pening ngan game ni. After game ni abis, serius kepala berdenyut-denyut.

Abis masa bermain-main, kitaorang diarahkan ke padang. Waktu ni hati aku kata 'Oh my God...mesti ada lari 2.4 km' (yang obviously aku kalo blh xnk huhu) And memang ada pun lari tu. Aku yang dengan bagusnye dah makan tengahari tu menyesal sebab makan banyak (waktu tu aku lapar giler..isk3) sebab tentatif program tak diberitahu,camane nak bajet..and aku terpikir macam mana nak lari dengan makanan yang tak abis hadam tu? Tapi sebab nak lulus punye pasal, aku buatla jugak. Tapi seriously perut aku cramp waktu lari tu and seminggu aku menanggung kesakitan di seluruh badan huhu. Kalau aku tak sakit perut, aku dengan pastinya boleh lari laju dari yang aku dah wat. Tapi...walaupun aku sakit perut, still aku tak dapat the last category of time (sume skali ade 4 categories, arranged based on time limit)

Ni part favourite aku...all candidates ingatkan aktiviti kitaorg dah habis for that day...rupe-rupenye after 2.4 km run activity, kitaorang ada public speaking in English Language. Penat tak abis lagi tetibe dah nak kene public speaking. Aku ingat lagi, waktu ni muka aku rasa hangat lagi sebab baru lepas lari kan..and tengah dok berkipas-kipas fasilitator bawak pegi kat tempat yang lapang and jauh dari group len and baru diaorng bagitau apa yang kitaorang kene buat. Cuak jugak waktu tu sebab tak tau topik apa yang kita dapat sebab kita kene pick from the envelope and prepare dalam masa 5 minit. The topic is very very broad. My topic is......................PARTITION! Haha if you were in my shoes, agak-agak nak cakap ape pasal partition eh? hehe.

Overall I had so much fun during the PAC. Dapat kawan-kawan baru, dapat experience baru and banyak sangat bende yang kita boleh belajar kalau kita pandai menilai bende and orang yang ada around us. The 'test' as I said before is challenging. How we want to manage nak wat public speaking bila kita tiba-tiba dipanggil dalam masa kita tengah berbincang and tengah wat group work? Camane kita nak switch our mind yang tengah berdiskusi ke satu keadaan yang formal di mana kita kene berhujah depan panel tentang tajuk yang diberi?Dahla tajuk pun panel yang pilih...and how we want to overcome all the feelings after running for a quite long distance and go, standing in front of our friends, talking about a topic which sometimes we find difficult to ellaborate confidently?Maybe some people might see and think how the activities are planned were ridiculous but to evaluate a person, ada relevannya semua bende ni. If they plan the activity ikut apa yang kita biasa buat, how they want to find the best among the best? Bek buat test for one stage je, tak payah nak menyusahkan diri and habiskan duit buat assessment sampai 3 stage. And when the tentatif tak ditulis secara detail pun, I can see there are reasons behind it so I take all these things as a challenge. Pape pun best sangat pegi sana, I enjoy buat every single thing yang disediakan for us. For this stage pun I did the best I could and of course I'm hoping for a good result tapi apa-apa pun kene tawakal sebab hanya tuhan yang tau apa yang terbaik untuk kita ;)