Showing posts with label Woman. Show all posts
Showing posts with label Woman. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Seorang Gadis Itu...

 Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati … telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya …

Seorang gadis itu …
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi … cinta untuk dirasa …
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia … ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia … begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah …
 

Seorang gadis itu …
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini … dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni’matNya …

Seorang gadis itu …
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya … bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah …


Seorang gadis itu …
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji … seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah … kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda … bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu …
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara … dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya … dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya …

Seorang gadis itu …
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan …


Seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari … dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya … kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini … perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama … dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni’mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu … anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu …
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah … anak ummi & ayah, muslimah yang solehah … kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma’rifatullah …

Seorang gadis itu …
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan … seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu … menuju cintaNYA yang ABADI.


Source : Iluvislam

From Mr.Google




Monday, March 21, 2011

Trivia Wanita

Hari Jumaat lepas aku pergi ceramah bertajuk 'When Adam meets Hawa'. So adela die bagi trivia pasal wanita which I considered as interesting and a new knowledge to put in this half empty brain. Let;s us look on what are the things related to women
  • Wanita lebih cepat menangis dari lelaki an labih cepat dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
  • Wanita sangat berlebihan daklam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya
  • Kecantikan seorang wanita terletak sejauh mana dia dapat menahan malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana dia dapat menahan (menjaga) marahnya
  • Wanita tidak diciptakan untuk dikagumo semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang lelaki.
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dab tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri an anak-anaknya.
  • Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya (dosa kecil) diampun Allah.
  • Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat; sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
  • Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menubnaikan tanggungjawab kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
  • Sesungguhnya wanita paling mudah memasuki syurga dan paling banyak menghuni neraka.

Sungguh tinggi darjat seorang wanita di dalam Islam. Jom renung-renungkan dan..selamat beramaaaall ;)

Gambar adalah ehsan Encik Google

Thursday, December 9, 2010

The more you say, the more you are going to hurt yourself

Korang pernah kene tipu tak? Tipula kalau tak pernah kan?hehe. Emm...pernah tak jumpe orang yang cakap putar belit?Hai..lagi mau tanya..mestila pernah jugak ye dak? Saje aku nak kongsi satu cerita...tentang manusia yang tahla..aku tak tau nak cakap lidahnye ni dah bercabang berapa and muka die ni pun dah talam berapa.

Kisah ni berkisarkan kisah cinta dua manusia. Cinta sejati atau tidak tu, jangan tanya akula,aku tak tau and tak nak amik tau. Mula-mula cinta ni hanya pada dasar sahaja, belum dalam lagi. Cerita diaorang ni ramai jugaklah yang tau sebab yang pihak perempuan ni (Si F) banyak kongsi cerita dia. Tapi kisah percintaan manusia-manusia ni agak complicated sikit sebab mereka ni dah ada yang punya sebelum mereka 'berjumpa'. Mula-mula aku ingatkan cerita diaorang ni biasa sahaja...macam main-main. Ada juga sesekali aku cuba untuk bagi pendapat. Yela, orang kata bila orang yang mabuk cinta ni die buta. Jadi aku yang bermata terang ni cuba untuk bagitau apa yang aku nampak. Tapi nasihat tu mungkin dipandang sebagai sampah ke apa aku tak tau. Atau mungkin dia tak perlukan pendapat melainkan tempat untuk bercerita atau mengeluarkan apa yang ada dalam hati or fikiran.

Pada awalnya mungkin aku boleh terima untuk konon-konon memahami hati dan perasaan dia. Tapi semakin lama aku dengar cerita dia, makin banyak perasaan ragu-ragu, tak percaya and tak boleh terima apa yang dia buat hinggap kat hati aku. Hubungan perempuan ni (Si F) dengan kekasih hati yang lama ni dah memang cukup lama. And setahu aku tak ada apa-apa problem pun yang datang menjengah di kala dia berubah hati. Kesian aku kat boyfriend die ni sebab boyfriend die ni tak tau apa yang jadi pada hati perempuan ni. Boyfriend die pun die layan macam biasa, si lelaki baru (Si M) ni pun die melayan jugak. Takpela hati aku kata, tu pilihan masing-masing. Tapi aku dan kawan-kawan pernah nasihat, supaya pilihlah salah sorang daripada dua tu. Kesianla pada hati yang disakiti. Tapi dia cakap macam mana dia nak tinggalkan bila boyfriend dia tak tau pun apa yang dia sedang buat. Kesian kan? Kami sebagai penduduk sekeliling malas nak masuk campur hal rumah tangga orang tapi sejak apa yang berlaku, nampak yang orang di sekeliling perempuan (Si F) tu menyepikan diri daripada bercakap and beramah mesra dengan dia macam dulu. Pegi makan pun dah tak ada sama-sama. Bukan niat kami nak sisihkan tapi rasanya dia yang menjauhkan diri.

Sejak dia ada 'driver' (Si M) yang boleh bawak dia keluar makan, jalan-jalan after balik kerja, dia dah tak pedulikan kami. Datang ofis tapi tiba-tiba hilang, sampai waktu lunch, tiba-tiba hilang. So macam tula dia. Sekarang yang si lelaki (Si M) dah berpindah ke tempat kerja baru. Waktu ni la nampak yang si perempuan tercari-cari kawan. Kalau dia tak bercakap, tak ada orang yang nak bercakap dengan dia. People know how to judge..bukan nak judge tak tentu pasal tapi melalui apa yang kami nampak and dengarla kami judge. Si perempuan (Si F) macam yang aku cakap kat atas tadi memang jenis yang suka bercerita.

So about this thing pun ramai je yang dah tau die cerita. Tapi bila kami bersembang, tiba-tiba kami dengar cerita kami ni lain-lain. Kami yang dengar cerita si perempuan (Si F) ni sendiri dengar banyak version dari mulut dia. Tapi bila kami bersembang dengan kawan baik si lelaki (Si M)...rupa-rupanya cerita yang si lelaki scandal (Si M) ni totally lain dengan apa yang diceritakan oleh si perempuan.

Si perempuan cakap, si lelaki ni tergila-gilakan dia. Menangis hampir tiap-tiap hari sebab diri die. yeke?
Si lelaki cakap, dia dah nak berenti dari ada hubungan dengan perempuan tu sebab perempuan tu dah punya kekasih hati tapi perempuan tu yang tak nak, perempuan tu yang keep on texting and calling him.
Si lelaki juga pernah tunjukkan messages yang dia terima dari perempuan tu pada kawan-kawan perempuan dia and dia dengan bangganya cakap 'tengok, dia yang nak kat aku'.

Aku amik keputusan untuk tak percaya pada sapa-sapa. Orang macam ni memang susah aku nak percaya. Manusia ni macam-macam ragam and ni adalah salah satunya. Lidah berbelit-belit, berputar-putar. Apa yang ada dalam kepala dia aku pun tak tau. Tapi apa yang aku tau, dia nak semua orang mengagumi dia sebab dia cantik, dia hebat, semua orang suka dia. Hello....takkan ada keadaan yang sebagus itu. Manusia tak perfect, thus takkan ada keadaan di mana semua orang mengagumi kita.

As a quotation says...the more you said, the more you are going to hurt yourself...memang sesuai untuk si perempuan (Si F) sebab bila kita ni manusia bercakap terlalu banyak, apa yang kita cakap tu akan memakan diri kita balik. Mungkin pada awalnya orang akan nampak bende tu macam tak ada apa-apa. Tapi lama-lama orang akan tau. Kami ni tak bodoh, kami ni pendidik..and kami tau menilai. Jangan ingat apa yang 'kamu' cakap tu akan buat kami bertambah suka pada kamu. Apa-apa pun, memang hak sendiri untuk kita buat keputusan tapi dalam kita nak buat keputusan, kena ingat yang kita ni hidup dalm masyarakat. Kalau ko rasa ko hebat sangat, tak perlu orang sekeliling, pergilah...ciptalah dunia sendiri


Tuesday, November 9, 2010

Wanita

Disebabkan aku wanita, aku nak post something untuk para wanita hehe. Dalam Islam dikatakan yang wanita ni ada kelebihannya, and kaum Adam juga sepatutnya harus menjaga kaum Hawa sebaik yang mungkin kan..apasal tah ayat aku skema semacam haha. Dah malas nak berceloteh panjang..nah aku list kan apa kelebihan wanita ye...
1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh. 

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat. 

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
 
9.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan 
berkatkan rezekinya

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga. 
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah


 

Lihatlah betapa istimewanya wanita di mata Islam...jadi un tuk dapat ganjaran yang dah dijanjikan, jomla buat ape yang patut hehe 


p/s :renung-renungkan,daaann selamat beramal! ;p

p/s 2: aku tak paham kenapa ayat aku jadi skema kalo aku post entry yang agak ilmiah huuuu