- Wanita lebih cepat menangis dari lelaki an labih cepat dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
- Wanita sangat berlebihan daklam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya
- Kecantikan seorang wanita terletak sejauh mana dia dapat menahan malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana dia dapat menahan (menjaga) marahnya
- Wanita tidak diciptakan untuk dikagumo semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang lelaki.
- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dab tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri an anak-anaknya.
- Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
- Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya (dosa kecil) diampun Allah.
- Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat; sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menubnaikan tanggungjawab kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
- Sesungguhnya wanita paling mudah memasuki syurga dan paling banyak menghuni neraka.
Sungguh tinggi darjat seorang wanita di dalam Islam. Jom renung-renungkan dan..selamat beramaaaall ;)
Gambar adalah ehsan Encik Google |
jom..jom..hee..mari beramal ^.^
ReplyDelete