Siti Shadatul Zafirah..student aku yang dulu hanyalah seorang student biasa. Aku pandang dia sama macam students yang lain. Tapi ada satu hari ni, dia katenye memberanikan diri tegur aku dekat chat dalam Facebook. Walaupun takut-takut, digagahinya juge. Dari situlah aku makin rapat dengan dia :)
Sekarang dia dah macam adik and kawan aku. Banyak ilmu yang belajar dari dia. Tengok Facebook and blog dia ni, insaf dan selalu aku bermuhasabah. Dia kini bukan lagi sekadar anak murid aku yang aku pandang sama macam yang lain. Dia dah macam adik dan kawan aku. Bila aku susah, banyak nasihat and kata-kata semangat yang dia bagi. Aku percaya orang-orang disekelilingnya pasti senang dengan dia.
Sejuk perut ibunya mengandungkan anak ini, kerana hormatnya terhadap guru-guru dan orang disekelilingnya sangat tinggi. Bila lama tak jumpa, hati aku mampu rindu pada dia sebab dia mampu buat aku ketawa dengan keletah dia. Bila aku tengok kawan-kawan dia pun, aku tau mereka ni antara golongan yang baik InsyaAllah. Aku akan sentiasa doakan mereka dipelihara olehNya.
Terima kasih Siti Shaidatul Zafirah. Kamu adalah anak yang baik. Semoga kamu direstui dan hidup kamu diberkati olehNya sentiasa. Saya sayang kamu :)
