Ada ke orang ingat kat aku?
Ada ke orang yang nak mendoakan aku?
Sampai bila aku akan diingati? Cukup lepas kenduri tahlil je ke?
Berapa ramai orang yang akan sembahyangkan aku?Kalau ramai alhamdulillah..moga doa mereka termakbul..
Siapa yang akan melawat pusara aku?
Selepas sembahyang raya je ke kuburku akan dibersihkan?
Kalau aku dah takde nanti...
Doakanlah aku.
Maafkanlah semua dosa-dosa aku..supaya aku tak terseksa di dalam sana.
Halalkanlah makan minumku..
Jika ada perkataan yang menyinggung hati, perbuatan yang terkasar, ampunkanlah diri ini
Carilah ahli keluargaku jika ada hutangku yang belum terlangsai.
Untuk anak-anak muridku, guna pakailah ilmu yang diberi sebaiknya
Untuk kawan-kawan, ketahuilah yang aku sentiasa menyayangi kamu
Untuk keluarga, ingatlah yang aku menyayangi kamu sepenuh hati.
Redhalah pemergian aku dan doakanlah aku sentiasa
Semoga kita akan berjumpa di sana nanti.
Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita akan kembali..
Ehsan Google |