Tuesday, June 22, 2010

Mistik Part 2

Ok sambung cite pasal kejadian diganggu makhluk halus ni...aritu dah abis cite part waktu aku dekat sekolah menengah..ni nak sambung cite experience aku waktu dekat zaman matrik plak..

Aku blaja dulu dekat matrik UIA dekat P.J. Best blaja situ hehe. Course yang aku amik kat sana kire cam foundation before masuk main camp. Course aku bertajuk English Language and Literature. Kitaorang punya course ni kan art..so slalu la jugak wat pementasan teater..tapi teater shakespeare and sewaktu dengannyala..bukan teater bangsawan bagai. So every year kitorg akan adala event yang sebegini..kira event rasmi kitaorgla. Usually kitorang wat event macam ni, takde pape masalah pun. Tapi pada satu tahun ni (bukan tahun gajah hehe) event kitorang ni 'diganggu'.

Starting nya gangguan ni berpunca dari kejadian darah yang diderma pada hari tersebut (blah pagi dewan yang kitorang guna tu ada wat kempen derma darah) tertumpah kat atas lantai. Dengar cite satu beg. Waktu bende tu jadi pulak waktu maghrib and staf-staf hospital ni sepatutnya kene balik before maghrib. Tapi sebab ada bende yang tak setel, lanjut sampai nak dekat maghrib and berlakulah kejadian darah yang tumpah tu. And..dikhabarkan juge darah tu tak dicuci dengan bersih. Kira atas lantai tu ada lagi yang tertinggal. Malam kejadian tu pulak,students Kolej Aishah wat event dengan tajuk 'Malam Sakaratul Maut'. Kalo dah namanye malam sakratul maut, wajibla dewan tu bergelap segala waktu program dijalankan. Lepas tu plak budak-budak ni nak effect yang lagi gempak, diorang ade pakai kemenyan. Dah guna kemenyan tu, ko memangla mengundang bende tu datang kan..and malam tu dalam dewan tu jugak ade sorang student histeria. Melarat jugakla student tu..lama jugak nak elok. Kes histeria ni merebak sampai beberapa hari dekat kolej Aisyah tu..ramai yang berjangkit..berhari-hari. So kolej tu diisytiharkan darurat sebab ramai sangat students yang kene jangkit. Kitorang yang dari kolej lain pun dinasihatkan supaya berjaga-jagala jugak kan..So satu malam selepas malam Sakaratul maut tu, budak-budak course kitaorng plak punya turn nak guna dewan tu untuk teater kitorang.  Malam tu kitorang wat teater yg bertajuk Midsummer Night's Dream..adapted from Shakespeare punye karya la. The performance jalan macam biasa..tapi bila dah habis, start ade bende pelik. Cuba bayangkan tiba-tiba, takde kemalangan jadi ke apa, suddenly ada darah atas lantai. I saw the blood, byak ok. Kuantitinya macam satu beg amik darah tu..bukan yang cam menitik sikit-sikit. Aku dah pelik and aku tegurla dari mana darah tu datang and aku suh member aku yang berjawatan President event tu utk suh anak buah die cuci. Lepas aku tegur tu, aku duduk je tengok darah tu. Dari mula aku nampak sampaila diorang cuci. Nak cuci pun amik masa yang lama sebab sume orang pun nak bergambar pe sume. So akula yang setia duduk tepi darah tu sampai diaorg cuci (at this point pun kalo pk balik psycho juge duduk tggu darah utk masa yang lama kan). After dah setel, lecturer kitorang suruh buat bacaan yassin sebab untuk elakkan bende yang tak diinginila jadi (actually lecturer aku dah rasa something sbb die ada 6th sense and sebab die tau pasal ni die pun tak datang tgk teater tu huhu). Waktu budak-budak laki ni baca yassinla, bende tu dah start. Waktu ni aku uzur so aku dduk jela kat depan diaorang yang tengah baca atas pentas. Ok this time aku memang tak ingat ape yang jadi sebab aku tak sedar. So ni ape yang diceritakan oleh member aku yang tengok and berada kat tepi aku waktu bende ni jadi:

Mula-mula serangan berlaku kat Nani (the main actress). Nani tiba-tiba mengilai and jatuh. As soon as Nani jatuh, aku pun merengus and aku pegang tangan Wan (die kata aku pegang kuat gile smpai sakit tangan die hua3). Kira waktu ni 2 orang serentak yang terkena serangan. Aku kat hujung dewan belah kiri, Nani kat belah kanan..kitaorg duduk jauh-jauh. Lepas aku merengus tu, aku lari ke wing belah kiri dewan tapi budak-budak ni sempat tangkap aku. And waktu tu aku dihandle oleh sorang budak laki ni. Pastu kitorang diarahkan untuk dibawak ke wing dewan sebelah kanan sebab ustaz sume dah tunggu kat situ. Masuk je sana, aku tengok Nani dah ada. Aku nak pegi kat Nani tapi dihalang. So aku dikawal oleh budak-budak yang pakai tudung labuh sume. Kire diaorg ni kuatla kot kan. Bila ustaz ni dah ubatkan aku, die suh aku dibawak balik. Waktu aku dibawak balik plak, si Nani ni plak nak keluar. Bila ditanya kenapa, die kata nak cari anak die (yang ada kat akula tu huhu). Haaa..before ustaz tu merawat kitorang, die masuk kat dalm main hall tu. Dia kata die nampak bende tu penuh kat atas bergayut-gayut...huuuuu seram! So bila aku dah dibawak balik, at first aku ok je. Pastu tetibe aku rasa nak membuang air kecil so aku cakap ngan member aku nak gi toilet. Diorang pun ragu-ragu gak sebab takut aku ni ada bende tu lagi and yang request nak pegi tu bukan aku. Tapi at last diorang teman aku gak. On the way aku nak ke toilet tu, waktu hampir-hampir dah aku kat sana, aku sedar waktu tu yang ada angin kuat datang kat aku. Aku terkejut and terberhenti gak. Tapi angin tu datang kejap jela..bila dah abis tu aku pun gi toilet. After setel je kat toilet, aku masuk bilik cam bese. Pastu diorang budak-budak bilik ni pasang kaset ngaji. Dah pasang je, aku jerit lagi. Tak ok lagi rupanya huuu. Diaorang cuakla..ada sorang member ni die takut, die gi bilik sebelah. Pastu aku nak ikut die. Then die lari ke bilik Atim, aku pun nak gi sana gak. Waktu tu die memang cuak gilela bende tu kejar die kan (bukan aku yang kejar ok). Pas dah aku cam meracau-racau tu, aku nak plak pegi kolej yang darurat sebab bende tu 'berkampung' kat situ. Last-last Wan kata Ustaz suh jugak bawak aku sebab aku tak ok lagi. Kat sana ustaz baca-baca aku and bagi buah limau wat mandi. So malam tu member-merber akula yang tolong mandikan aku ngan air limau tu. Ni datang lagi part best....malam yang diorang tolong mandikan aku tu, yang aku nampak waktu tu ade 2 orang je..Esah and Ira. Tapi ada sorang lagi yang cakap die pun mandikan aku tapi aku tak nampkak pun die..seriously. So aku tak taula yang mana bende tu, yang mana yang orang real. So malam tu ustaz suh aku tido kat bilik junior sebelah and kene pasang kaset ngaji. Tapi malam tu aku tak boleh tido sebab aku rasa bende tu ada...tengah pandang aku. Pastu aku kejutkan budak-budak junior ni suh panggilkan Esah tido ngan aku. Bila Esah dah datang, baru aku rasa secure sket and aku tido. Esoknye aku tepon mak aku suh amik sebab aku pun memang dinasihatkan balik. Cite aku kene kaco ni tak benti kat sini je. Kat umah pun ada lagi bersisa simptom-simptom diganggu ni. Memula, aku kat umah memang pemalas gile nak mampos ok. Aku before ni kalo balik memang takkannye aku berehat je tak wat keje. Tapi bila balik dari matrik, aku punya pemalas, tuhan je yang tau. Aku tido je sepanjang hari. Bila aku makan, memang banyak gile.Ada tu aku makan, habiskan nasi yang tinggal dalm periuk..bayak gile..tengah-tengah makan tu plak aku suh adik aku masak lagi sebab aku lapar. Adik aku terkejut gile kot sebab aku mana penah makan banyak camtu. Adik aku cakap

 'K.teh biar betol?dah bayak dah nasi tu'

Tapi sebab aku lapr,aku suh gak die masak and aku makan. Belah malam plak, adik aku cite..ade malam aku balik tu aku ddk lepak ngan abang and adik-adik aku kat depan. Diaorang sume tengah tengok tv sambil menyembang. Aku ni ada kat situ tapi aku tak cakap sepatah pun. Aku diam je but tetibe aku cakap

'k.cik, dalam bilik tu ada p*d belum buang kan?'..adik aku mengiyekan. Then aku cakap 'pegi buang skang'

Adik aku cuak gile, terus bangun gi setelkan. Abang aku pun terkedu. Pas aku cakap tu aku senyap balik. Tapi tak cukup ngan tu, ada satu pagi ni, aku bangun nak mandi. Tapi bila aku keluar bilik, aku bau hanyir macam darah kat luar toilet. Aku dengan selambernye tanye 'Ape bau hanyir ni' dengan nada yang marah huhuhu. Simptom aku ni jugak dialami oleh Nani tapi die lagi terukla. Tapi nasib baikla bende tu tak melarat-larat. Cite ni sume yang dah lepas..cite yang terkini akan disambung dalam post yang akan datang.


Mistik

Arini nak citer pasal bende-bende mistik sket...
Lately ni aku ade merasakan bende-bende pelik..
Bukanla nak saje-saje je rasa or perasan ade bende-bende mistik berdekatan ngan aku ni
Tapi sebab aku pun punya sejarah dengan bende-bende ni

First time aku diganggu is waktu aku form 3. Waktu tu, pantang aku ada problem sket siapla. Satu badan aku tak boleh gerak dah. Berat ya amat. Pastu aku slalu sakit kepala, lenguh tangan and kat bahagian blakang (kat bahagian bahu). Boleh kata tiap-tiap hari. Hantuk kepala tu dah jadi hobi aku dah sebab sakit gile kepala.Waktu tu cikgu pun dah tak tau nak wat ape (aku stay hostel), sampai diaorg hantar aku pegi hospital. 3 hari 2 malam aku stay kat hospital. Aku kene masuk bilik check jantung bagai (yang kene pakai wire kat dada tu), amik darah sume tapi doktor kata aku sihat je. Yang part sedihnye cikgu aku boleh kata aku saja ja berlakon sakit sebab nak tarik perhatian orang. MasyaAllah...sampai hati kan bila sorang cikgu boleh cakap aku camtu. At last dah tak tau sangat nak watpe, skolah panggil parents aku datang bawak balik. Then bila ari aku nak dibwak balik tu, ada sorang ustaz datang kat aku and die 'check' badan aku. Pastu die cakap ngn parents aku
                          'ada banyak ni yang menumpang..lama dah ni'
Pas die check tu die mula la sesi menghalau. Mak aku nangis tgk aku waktu tu (aku tak tau nape die nangis huhu). Bila parents aku bawak balik, die bawak aku g klinik biasa. Doktor once again btau aku takde masalah pape tapi aku stress. Die siap isi borang suruh mak aku bawak gi scan otak tapi mak aku simpan je surat tu, die nak ikhtiar cara len. After gi klinik, mak aku bawak plak gi Darul Syifa' kat bangi tu (pada hari yang len ok). Part ni memang best. Waktu aku on the way ke sana, kepala aku sakit. Tapi bila masuk je dalam Darul Syifa', sakit tu hilang. Aku takdela nak syak pape kan sebab before this pun memang sakit tu datang and jap2 lagi takde, then ade balik. Bila jumpa ustaz, mungkin die tak dapat 'jumpe' bende tu..die kata aku jangan stress, jangan pikir banyak. Aku at first pelik jugak sbab nape die takde mention pape pasal gangguan makhluk halus ni sume tapi takpela. Aku diamkan diri je. Aku pun waktu tu baru form 3, aku pikir mungkin jugak kalo die tak nak btau aku, tak nak bagi aku takut ke ape. Takpelah yang tu kan..tapi die ada bagi air yang die dah bacakan..die pesan kalo aku sakit kepala lagi, basahkan towel kecik ngan air yang die dah jampi tu, pastu letakkan kat kepala. Aku pun mengangguk tanda paham. Simple kan.. Kitorng pun abis je proses or sesi berubat, nak pegi ke rumah couzin aku..tapi...bende extra best jadi lagi. Bila aku masuk je dalam kete,berdenyut-denyut kepala aku..sakit giler ok. Aku dalam hati cam bengang gak..aku pk kenapa ko tak sakit kat dalam tadi...huuuu. Sebab sakit sangat, aku terpaksa lentokkan kepala aku kat tingkap, nak tahan sakit (selalu aku tak tahan,aku hantuk je kat dinding huhu). Mak aku perasan aku terlentok tahan sakit..and mak aku tanya aku sakit ke tapi aku deny. Sebab aku cam fobia bila orang tak caye kata aku sakit..kate aku buat-buat sakit sume kan..lagipun aku baru je kuar dari Darul Syifa' tu...baru sangat3. Bila sampai je kat umah couzin aku, mak aku pun citela yang kitaorang pegi berubat bla..bla..bla.. (aku masih dalam keadaan menahan sakit kat atas sofa) Pastu couzin aku ni cakap...
                
'bende ni kadang-kadang pandai jugak..die tau kita nak pegi mana.Bila kita masuk nak berubat, die keluar..bila kita dah keluar dari tempat tu, die masuk balik' (damn it is so true ok!)

Aku pun waktu tu tahan je sakit..nak wat camne lagi kan?nak wat ape yang ustaz tu suruh, aku dah nak blah dah pastu..singgah kejap je. So abis sampai situ and kitorang pun balik umah. Haaaa..ni part super extra best sket. Aku disebabkan sakit ni kan aku dok umah...skolah bagi aku cuti kan,suh mak bapak aku bawak balik. So waktu skolah, waktu orang gi keje, aku dudukla kat umah. Tapi ada this one day ni, disebabkan umah aku yang kat Shah Alam tu dekat ngan masjid Shah Alam yang besar tu, bila dipasang kaset mengaji pe sume bolehla dengar sampai rumah aku..loud and clear. Pastu..on the day yang aku mention ni..aku stay kat umah dengan adik aku yang kecik and cousin aku. Adala jugak teman kan. Lepas tu, bila tiba time tengahari and nak dekat zohor, cam hari-hari yang lain, kat masjid tu ada pasang kaset mengaji. And waktu tu la bende ni datang lagi menyerang kepala aku. Sakitnya tuhan jela yang tau..sakit yang amat sangat. Aku teringat kat air yang ustaz tu bagi tapi air tu ade terletak kat atas rak kat hujung bilik aku. Tapi yang menyedihkan...aku sakit giler sampai aku tak mampu nak bangun jalan amik air tu. Aku ada jerit nama cousin aku yang actually tengah men kat luar bilik aku tapi aku tak taula suara aku ni pelan sangat ke apa, die cam tak dengar. Aku dah menangis mintak tolong and sebab aku tak tahan sangat sakit tu. Bila cousin aku ni pun tak dengar, aku usahala jugak nak pegi amik air kat atas rak. Disebabkan aku tak dapat nak bangun macam biasa, aku terpaksa merangkak at first but then mengesot (dengan gaya meniarap) untuk sampai ke air tu. Rasa macam jauh gile aku nak sampai..tu pun aku kene berenti-berenti sekejap. Memang perit rasa waktu tu. Bila mission accomplished, aku watla macam yang ustaz tu suruh..tapi yang peliknya tak reda plak sakit aku. Aku tak taula kalo aku ada tersalah buat ke huhu. Sepanjang kaset tu dimainkan, sakitla kepala aku ni..tak kurang walau sikit. Terseksa aku tanggung sakit tu..rasa nak pecah sangat-sangat dah kepala ni. Abis je kaset mengaji tu, menandakan waktu zohor dah masuk and azan plak yang dilaungkan.Datang lagi part yang super duper best....abis je azan tu, sakit kepala aku sekelip mata hilang. Senang gile..terus baik ok. Nak kata die berkurang secara beransur-ansur pun takde..hilang terus. Lepas dari dat incident, lamala jugak aku 'sihat'. Dah takde lagi bende-bende yang menumpang..sampaila satu masa ni. Hmm...aku rasa cam panjang plak nak masukkan semua kat sini kan? Aku akan wat entry baru untuk cite seterusnya..

*Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri* ;p