Friday, June 18, 2010

Aku tau ada yang membenci

Last few days I did mention yang I don't want to think and talk about sad things. Tapi....malam tadi aku pun tak taulah kenapa, sorang kawan aku ni die buat perangai pulak..mungkin die nak tunjukkan betapa dia benci kat aku ke apa, aku pun tak tau. Sejak adala sebulan lebih kot aku and S (bukan nama sebenar) tak ok. Itupun sebab aku tak boleh nak tahan diri aku daripada sikap-sikap negatif die. Bukan aku nak kata aku baik sangat ke apa, tapi mungkin kami datang dari different background, different cara didikan and so on and so forth. Jadi, bila aku tak dapat nak tahan, aku pun mula menjauhkan diri. Bukan niat untuk putuskan hubungn sebagai kawan cuma aku nak berada di zon yang selesa untuk diri aku. Aku tak nak hidup aku kene ikut orang je ke mana-mana aku pegi. Aku tak nak asyik kene ikut cakap orang je, and aku tak nak kalo aku nak wat hal aku sendiri, die cam tak kasi, nak ikut mana aku pegi, nak tau sume bende yang aku wat. Aku rimas ok. Aku dah besar kot, so aku tak perlukan org len utk 'jaga' aku and tepi kain aku. Thanks but no thanks.

So dengan aku menjauhkan diri tu, aku pegi kerja sendiri, balik kerja sendiri etc. Aku selesa dengan cara yang macam ni. Bukan aku suka being a lone ranger tapi aku selesa bila hidup aku tak 'diganggu'. Tapi keadaan jadi semakin parah bila aku tau ada orang yang bawak mulut. Aku tak tau ape yang dah diceritakan kepada S tapi sejak satu hari ni, S mmg dah tak bercakap dengan aku. Aku masuk bilik, die menghempas-hempas barang, muka jangan nak cakapla..muncung seribu batu. Takpe, aku sabar lagi.

S dah jarang tido kat rumah. Mungkin die tak suke tengok muke aku ke ape, aku pun tak tau. Tapi bagi aku takpelah..tu hak masing-masing. Keadaan berlanjutan sampaila semalam, aku rasa apa yang dia buat and tunjuk sangatlah kebudak-budakan. Semalam aku bawak Atim tido kat rumah aku sebab pagi ni die ada interview kat kolej aku. So, after balik keje aku and Mekyah pegi amik Nazri kat UIA and terus amik Atim kat Lrt Gombak. Then kitorang pegi makan and jalan-jalan jap. Bila balik je rumah, kitorang masuk bilik,cam biasa. Atim lepak kat atas tilam aku macam biasa and kitorang borak-borak. S ada kat tepi aku tapi mungkin die meluat tengok kitorang ke ap (aku tak tau ape perasaan die waktu tu), die keluar dati bilik,pegi iron baju. Waktu die pegi amik baju tu, Atim tengok muka die, masam.

          Atim kata 'Na, memang macam ni ke tiap-tiap hari?' and aku just nod my head sambil senyum. 
          Atim kata lagi 'sabarnye kau..kalo aku mesti dah nangis'.

Bagi aku tak berbaloi pun nak nangis for things yang aku rasa aku tak salah pun. Buat apa nak berat-beratkan kepala sedangkan aku ada banyak lagi bende utk aku fikirkan.

Stop sampai malam semalam. Aku pun malas nak amik kisah pasal die moody ke ap. Biarlah..and kalo die tak suka aku pun, aku boleh wat apa? So aku pun tido kat hall bawah dengan Atim (aku pun paham bahasa, takkanla aku nak suh Atim tido satu tilam dengan aku,kang orang sebelah tak suke plak. Tah ape pulak yang dihempasnye nanti). And bila jam dah menunjukkan pukul 6 pagi lebih, aku bangun and dalam pukul 7 pagi aku nek utk iron baju. Bila aku masuk bilik nak amik baju, aku terkejut bila tengok tilam aku dah ditolak sampai ketepi dinding. Ya Allah, bencinya die dekat aku. Kalau benci sangat, kenapa tak cakap or buat something? tukar bilik ke, tukar umah ke. Aku tak kisah, sket pun tak kisah. Aku nak kata sedih tu takla bila aku tengok keadaan tilam aku tu macam tu (nampak kot ape yang die nak tunjukkan) tapi aku agak frust la kenapa die tak boleh berfikir secara matang and macam orang dewasa. Umur dah banyak, so fikirlah sebanyak mana umur tu..jangan fikir untuk jangka masa yang pendek je.

Macam aku pernah mention dulu, aku tau kita hidup ni tak semua orang suka kita. Aku selalu ingat bende tu and sbb ape yang aku ingat tu la, aku agak berhati-hati utk wat something. Takut orang terasa hati dengan aku ke apa. Tapi not for people yang dah wat taik ngan aku, tu mmg aku balas double taikla ok. Tapi yela..kalo orang tak suka aku pun, aku boleh wat apa? Aku pun ada life aku sendiri, aku ada problem yang lebih penting untuk aku fikir daripada aku pening-pening pasal kawan-kawan yang membenci. Suke hati korangla kalo nak tak suke aku pun..korang ada hak untuk mempunyai perasaan macam tu. Aku hidup ni, aku tau apa aku buat, and aku ada tuhan yang selalu jaga aku. Aku tak takut pun dengan sape-sape yang benci aku tu. Mungkin untuk ada perasaan tak suke tu normal tapi kalo sampai nak tunjukkan dengan action yang melebih-lebih (tolak tilam aku,muncung pjg sejengkal tiap-tiap hari,hempas-hempas barang bila aku ada,hempas-hempas pintu etc.) aku rasa itu sangatla tak bijak. Ikut sukela ye..agak-agak rasa dah takde masalah,and saje nak tambahkan masalah, saje nak bagi kepala pening, silala buat lagi bende yang tah pape tah yang aku rasa tak patut pun. Ko tak bercakap ngan aku pun aku dah boleh paham yang ko tak suke aku. Aku malas nak mengungkit sbb kalo aku dah start, banyak sangat bende yang aku boleh ungkitkan. Ko jangan ingat selama ni aku diam, aku suke je sume bende yang buat ok..there are lots of things yang aku memang tak boleh blah ngan ko tapi aku sabr je. Sebab aku ingat bende ni 'setiap orang ada kelemahan dia sendiri'. Aku pun mungkin dah tak lama dah kat sini. Kalo aku berjaya interview ni, aku akan pergi ok. Ko jangan risau, and aku rasa tak payah nak hempas-hempas barang bagai. Sayang barang-barang tu, nanti rosak pulak. Jagalah barang-barang ko tu elok-elok. Aku paham je ko benci aku, ko sabarla sket ye. Mungkin tak lama je lagi aku akan pegi. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan sebab aku banyak belajar daripada apa yang aku tengok kat ko. Kalo ko nak tau, bila ko tunjuk yang ko benci kat aku, hati aku senyum je. Sket pun aku tak rasa takut, sket pun aku tak kecik hati. Penat je kot ko tunjuk kat aku sume tu..habis rosak barang-barang ko,aku sket pun tak rasa apa..terima kasih jela ye..

Aku sabar sebab aku tau sabar tu tak ada hadnya. Aku percaya yang semakin kita sabar dengan masalah yang datang, insyaAllah semakin tinggi tahap kesabaran kita. Mungkin tuhan uji kita sikit demi sikit and tahap ujian tu pun pelbagai. Ada yang masalah kecik, ada yang sederhana and ada yang besar. So, dengan konsep yang aku pegang ni, bila kita boleh sabar ngan masalah yang kecik, sederhana and besar, insyaAllah tahap kesabaran kita makin tinggi and bila ada masalah yang LEBIH BESAR daripada yang BESAR, dengan izin tuhan kita masih boleh bersabar.