Kehidupan aku yang normal ni berjalan seperti biasa sampaila ada satu kejadian kat umah sewa aku ni. Ada la satu malam ni,aku tengah tido. Tiba-tiba aku terjaga sebab Encik Azlan call. Lepas aku sembang cam bese, aku letak and nak tido balik. Tapiiii waktu aku nak tido balik ni la aku terdengar something kat tepi aku. Yang pasti bukan suara orangla..aku pun tak tau apa bende. Aku agak cuak di situ. Bila aku toleh tepi, aku nampak figure hitam bergerak ke arah lantai. Aku memang tak boleh blah dah tahap ketakutan aku, terus call Encik Azlan. Dapat je dengar suara Encik Azlan, aku lega btul, terus tak terkata apa-apa dah..tersenyap aku kejap. Encik Azlan pelik mula-mula sebab aku call tapi tak cakap..yang aku sempat cakap is 'hello'. Yela,kalo call tak nak cakap watpe call ye dak?huhu. Lepas aku call, aku terus tido kat bawah. Takde lagi aku nak nek atas and yang penting, aku nangis ok..sebab takut sangat. Tapi..start dari that incident, aku dah jadi penakut macam waktu dulu-dulu. Kalo before ni aku tak kisah tido kat rumah sewa aku ni sorang-sorang waktu weekend walaupun aku slalu je dengar bunyi kat tanggala, apala. Tapi skarang, jangan haraplaaa. Weekend je, aku blah. Pegila mana-mana pun asalkan tempat yang ada orang.
Incident nampak figure hitam tu satu hal. Aku ni pun slalu dikaitkan dengan mimpi. Aku consider ni sebagai kelebihan aku. Sebab aku mimpi tiap-tiap hari and tiap-tiap kali aku tido. Be it pagi, tengahari, petang or malam. Kalo aku tido je, mesti mimpi. Waktu aku tido tak mimpi amatlah sikt and boleh dikira. Aku consider mimpi aku ni satu kelebihan sebab banyak kali jugak apa yang aku mimpi tu macam petunjuk or aku diberitahu tentang something. Contohnye aku ada sorang makcik ni. Die ada 3 orang anak, semuanya lelaki. Kitorang ingat die dah tak nak pregnant lagi sebab tiga-tiga anak die tu lahir through pembedahan. Tapi this one day, aku ada mimpi yang makcik aku ni pregnant and anak die is a girl. Aku pun cite la ape yang aku mimpi ni kat mak aku, and selang beberapa hari, makcik aku call bagitau die pregnant baby girl. And adala beberapa kejadian yang betul according to my dreams. Ia mungkin satu kebetulan and juga mungkin satu petunjuk. Tapi tak semua mimpi aku boleh aku rely ok...kalo mimpi yang petunjuk ni, rasa die lain tau. Bila aku bangun tido, aku rasa len and aku tau mimpi tu bukan sekadar mainan tido macam biasa-biasa. That's why mimpi yang mana aku rasa cam petunjuk tu, aku cite ngan mak aku. Panjang plakla aku membebel pasal mimpi ni huhu. Apa yang mistik pasal mimpi aku ni is...aku ni dulu kadang-kadang je mimpi budak kecik. Tapi lately, especially kat umah sewa aku ni, aku sangat-sangat kerap mimpi budak kecik. Sampaikan aku tertanya-tanya kenapa aku asyik mimpi budak kecik je? And aku pun pegila wat research sket kat internet pasal ni and aku ada terjumpa satu fakta yang menarik. Ok ni aku nak bagitau semua yang mungkin tak tau lagi pasal ni. Ini adalh list simptom-simptom diganggu jin. So checkla sebab kadang-kadang kita tak perasan pun. Kita ingat kita sakit biasa tapi sebnarnya bukan.
1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. (slalu gile aku mimpi)
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. (rasanya ni applicable utk couples gak kot kan)
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin
Kat sini die terang-terang cakap formula die. Kalo ada 3 simptom waktu jaga campur dengan 2 simptom waktu tido, so orang tu diganggulah dengan makhluk ni. Yang aku highlight tu is bende yang jadi kat aku. Selain dari slalu mimpi baby and budak kecik, mimpi bende-bende horror ni pun jangan cakapla. Slalu je..bila bangun tido dari mimpi yang menakutkan ni,rasa meremang satu badan..huuu tak suke (T_T). And semenjak kejadian ternampak figure hitam tu jugak aku slalu rasa diperhatikan. Kadang-kadang macam boleh rasa bende tu ada kat mana. Huhu tak taula ni perasaan je ke apa. Tapi lately ni makin menjadi-jadi. Aku nak wat apa pun tak senang. Pasal rasa diperhatikan tu bukanlah setiap masa tapi tiap-tiap hari. Tapi bende ni jadi dekat rumah sewa aku je. Bila aku balik rumah kakak aku ke, balik rumah sendiri ke, aku memang tak rasa takut langsung and takde plak rasa diperhatikan ke apa. Dekat rumah sewa tu jugak selalu je aku cam ternampak kelibat. Aku nampak slalu dekat tempat yang sama. Tapi aku malas nak bagitau kat tuan empunya bilik. Nanti die takut plak huhu. Aku ada terfikir nak pegi berubat tapi Wan yang janji nak bawak aku kat Terengganu pulak. Tapi aku akan ikhtiar jugak nak pegi sebab seriously aku memang tak selesa hidup camni. Pernah ade satu minggu yang aku rasa aku still terkejut lagi, aku tak boleh tido. Sakit kepala bila kita tahan mengantuk and tak boleh nak rehat. Aku tak taula ada satu mimpi aku ni ada kaitan tak dalam sequence kejadian aku diganggu ni. Satu malam ni, aku mimpi aku kat rumah sewa. Family aku pun ada tolong tengokkan rumah aku tu. Dekat dalam rumah bila ditengok, abang aku kata ada. Dekat luar pagar rumah pun ada tengah berlegar-legar. Aku nampak bende tu..and bende tu memang ke hulu and ke hilir kat luar pagar sebab tak dapat masuk. Dia nak masuk and dia cakap 'tak sabar nak datang dekat Nana'. Taula plak name aku kan? Tapi gerun ok! horror! Tapi mimpi tu before aku nampak figure hitam tu la.
Kejadian terbaru plak is malam tadi. Malam tadi aku takut nak tido sorang. Selalunya kalo aku takut, aku akan tido bukak lampu. Tapi bila aku fikir-fikir balik, dari aku tido bukak lampu, baik aku tido ngan sape-sape, so that kurangla sket rasa takut tu and takdelah membazir elektrik. So disebabkan bilik Citit kecik, aku decide tido dengan Sri kat bawah. Tiba-tiba semalam tengah aku tido, aku terjaga pukul 3 lebih sebab sakit perut. So aku pun bangunla pegi toilet. Bila aku masuk je toilet, guess what? Aku dengar orang menyanyi ok! Aku terbenti jap. Rasa sakit perut pun hilang sebab aku takut. Bila aku positifkan minda aku ni baru aku pegi wat apa yang sepatutnya tapi aku rasa mungkin sebab aku takut sangat, hajat aku tak kesampaian. Bila aku pegi tempat tido balik and rasa sakit lagi sekali, aku pegi lagi ke toilet dengan perasaan yang bercampur-campur. Tapi nasib baik kali ni pegi aku dapat melepaskan hajat. Kalau tak, ntah berapa kalila aku nak kene ulang alik pegi toilet kan. Before tu waktu Maghrib, waktu aku baca Quran, dengan tak semena-mena telekung aku, macam ditarik sikit kat sebelah telinga kanan. Kalau ikut logik, takde pulak orang lalu blakang aku waktu tu kalo nak kata ade terkena sape-sape. Dalam hati wktu tu terus aku betakbir sebab aku memang terkejut and cuak gile.
Aku boleh kata jelesla jugak bila tengok kawan-kawan and orang kat sekeliling aku ni hidup diaorng aman and tenang je. Diaorang takde masalah nak tido pe sume. Aku plak?nak tido pun takut. Aku pun ada jumpe satu info ni:
4 pintu besar untuk jin memasuki tubuh manusia
1) Terlalu marah
2) Terlalu gembira
3) Terlalu sedih
4) Nafsu syahwat terlalu kuat
Bila difikir-fikir semula,tak mustahillah kot aku diganggu. Sebab kalo aku suke tu, gelak tak ingat dunia. So after ni aku akan lebih beringatla. Ada member yang cakap maybe bende ni nak dekat ngan aku la, nak kawan ngan aku la, atau tah-tah 'hijab' aku ni akan terbukakla. Eeeeiiiii mintak simpangla. Aku tak cukup kuat nak tengok bende-bende horror ni. Aku mintak tuhan lindungilah aku dari gangguan-gangguan ni semua. And aku rasa salah kami penghuni rumah sewa tu jugak. Waktu mula-mula masuk kitaorang takde nak wat pendinding pe sume. Ada kitorang baca Quran tapi sekadar baca biasa-biasa je la. Rumah tu pun dah lama tak berpenghuni before kitaorng masuk. Sepatutnya adal buat baca-baca sket semua orang kan? For my part, aku akan buatla apa yang termampu.