Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Sayang isteri tinggal-tinggalkan?

Ada pepatah kata ‘sayang isteri tinggal- tinggalkan, sayang anak, tangan-tangankan’. Aku musykil..kenapa kalau sayang isteri kena tinggal?  Zaman sekarang boleh pakai ke pepatah ni?

Mungkin orang dulu-dulu bila kate nak mencari rezeki tu die kena berjalan jauh. Nak pegi ke satu tempat bukannya senang. Yelah, transport pun takde kan? Tapi sekarang ni tak payah cakaplah…nak pegi kerja bukanlah nak kena berbulan-bulan *unless kerja offshore dan yang sewaktu dengannya*. Zaman sekarang ni, orang kerja dekat KL tapi rumah dekat N.Sembilan pun ade…..so maksudnye masalah nak mencari rezeki tu takde. Kereta ada, keretapi ade, tren ade, bas, teksi..hah cakap ape lagi benda yang takde? Jadi…relevan ke pepatah tu sekarang eh? *kalau nak cakap pasal kerjalah* Tak kot kan?

Orang perempuan nak selalu dibelai, dipuji, dilayan elok-elok oleh orang yang disayanginya. Kalau ditinggal, sunyilah mereka. Bila bergaduh, tak salah kalau perempuan ni dipujuk. Bila orang lelaki memujuk, mestila die guna bahasa yang lembut, cakap elok-elok, sejuuukkkk je hati orang perempuan bila kena pujuk kan? Hmm…best3 ;p *tetibe haha* Orang kate, bila bergaduh ni pujuklah orang perempuan. Cukup dengan kata-kata yang dapat menenangkan hati orang perempuan. Tak perlu berlebih-lebih. Jangan ditinggalkan selalu orang perempuan ni bila bergaduh. Kenapa lagi? Sebab….kalau dibiar je hati yang tak ok tu tak dipujuk selalu, die yang kena pujuk hatinya sendiri. Bila lama-lama macam tu, hatinya dah tawar. Mana taknye, diharap pasangannya pujuk and belai *sikit pun jadilah* tapi agak susah nak dapat. Mula-mula bolehlah dia letak harapan. Tapi lama-lama tak larat nak berharap dah. Nanti jadi macam ‘bagai menunggu bulan jatuh ke riba’. So, janganlah ditinggal orang perempuan ni lama-lama bila bergaduh. Orang perempuan ni hatinya lembut. Bukan susah pun nak buat dia sejuk hati and suke pada sesuatu. Dan memang nature orang perempuan ni suke kepada belaian, suka dimanja, suka dilayan lembut-lembut etc. Lumrah tu…kejadian tuhan. 

Bila suami tinggal-tinggalkan isteri, macam lain jugak keadaannye. Dunia boleh jadi kucar kacir. Rumahtangga tonggang langgang. Kenapa? Salah satunya sebab suami tinggalkan isteri. Bukan mencari dan menambah rezeki tapi mencari dan menambah isteri. Ada yang sayang pada isteri tua and ada jugak yang sebaliknya. Kalau yang sayang, adil and niat tu betul insyaAllah tuhan permudahkan. Tapi yang tinggal terus isteri tua, sampai dah tak peduli langsung kat isteri tua ni, tu memang parahlah. Sayang tah ke mana, cinta tah ke mana. Bila jadi macam ni, bukan tinggalkan isteri sebab sayang tapi sebab dah menyampah nak tengok muka, tak nak layan isteri tua sebab ada yang lebih bergetah menanti kat luar sana.

Kalau sayang isteri tinggal-tinggalkan, kalau sayang kawan macam mana pulak ye? Ada jugak jenis suami yang sayang sangat dengan kawan-kawannya. Pagi, petang, siang, malam, hari minggu, hari tak minggu, semua masa die luangkan untuk kawan-kawan dia. Tak taulah apa yang sayang sangat dengan kawan-kawannya tu. Nak kata kawan perempuan, bukan. Semuanya lelaki. Ooohhh…zaman bujang dulu dah biasa sangat lepak dengan kawan-kawan ye? Lupe pulak. Tapi tu zaman bujang bang, waktu takde tanggungjawab. Sekarang ni tanggungjawab dah besar. Ada isteri, anak-anak empat lima orang berderet..alaaa kecik-kecik sangat semuanya. Tu belum kira yang dalam perut, tunggu masa je nak keluar..haish. Tapi keadaan macam ni pun, die boleh lagi nak keluar, buat macam zaman bujang-bujang dulu. Isteri kena tinggal kat rumah jaga anak. Mana nak masak, nak dodoikan anak, nak kemas rumah, nak tengokkan anak buat kerja sekolah. Tu pinggan kat dapur, sape nak basuh? Baju yang bertimbun macam Gunung Kinabalu sape nak lipat? Suami? Keluar tinggalkan isterila..kan sayaaaannngggg…. Tak boleh bang buat macam ni. Kesian isteri tu. Perut boyot, tah-tah check up kat klinik pun die kena pergi sendiri. Bahaya tu..kalau jadi apa-apa kat isteri, sapa jugak yang susah? Ke abang tak rasa pape? Oohh no! 

‘Sayang isteri tinggal-tinggalkan’..kena betul pada tempatnya. Kalau tak kena gaya haru dunia dibuatnya. Dalam setiap sebuah ‘masjid’ yang dibina, akan ada dua ‘masjid’ yang runtuh *ni statistik ye*. Jadi berhati-hatilah. Bukan senang nak jadi suami and isteri. Bukan senang nak pikul tanggungjawab and amanah tuhan. Kahwin bukan untuk seronok-seronok je. Perkahwinan tu bermakna tanggungjawab. Bertolak ansur tu yang penting. Memang tak mudah untuk kita paham pasangan kita tapi kalau kita willing nak belajar, insyaAllah Dia akan bantu. Lepas ni, kalau sayang isteri, belai-belailah mereka ye..

p/s:kalau suami punya nature kerja tak sibuk, sangatlah tak dialu-alukan untuk tinggalkan isteri.
p/s:aku tak kawin lagi.so kalau ada yang tersilap,ampukanlah hamba,ilmu belum penuh di dada.sebab itu belum sampai ke Terusan Suezzzz….



Saturday, February 26, 2011

Budak kecik mulut besar

Anak buah aku sorang ni memang keletah budaknya. Namanye Adam. Daripada tak sekolah, sampailah dah sekolah sekarang ni, ada je idea yang boleh buatkan aku and orang-orang ayng dengar die cakap tu tergelak besar...Tu belum dengar kalau die menyanyi lagi. Asalkan bunyi cam kena je dengan lagu, tah ape die sebut pun aku tak tahu. Ada satu hari ni, aku duduk melayan adik kecik die. Tengah main-main, adik (Aniq) menangis.


Dialog 1:


Aku: Eh adik, kenapa nangis ni, takkan nak susu kot..kan baru lepas minum...


Adam: Tah-tah susu ibu dah habis


p/s: Aniq menyusu badan :D


Haha kelakar betul...budak kecik kan...ape je lah yang die pikir




Dialog 2:


*Adam cakap die tak nak kawin.


Adam: Ibu, kalau dekat hospital, baby yang lahir tu comel, doktor bagi hadiah ye?


Ibu: Kenapa pulak?


Adam: Sebab adik lahir dapat hadiah


Ibu: Oohhh..tu sebab adik lahir waktu Hari Raya..


Adam: Kalau camtu, Adam nak anak Adam lahir waktu Hari Rayala..boleh dapat hadiah


Ibu: Aik?Adam kate Adam tak nak kawin?


Adam: Tu kalau Adam terlupala yang Adam tak nak kawin....


Satu rumah gelak besar hahahahahaha!!!

Adam Syazwi, 8 years old

Dah pandai operate DSLR sket2 haha

Aniq NurIlman, 5 months



Tuesday, October 26, 2010

Kasih Sayang

Bila aku dengar this one word, rasa tenang, rasa penuh dengan cinta auuuwww ;p
Tapi kasih sayang ni penting kan dalam hidup kita? Dan die juga adalah satu nikmat yang sangat indah.Susah nak kita express through words betapa hati kita penuh dengan kasih sayang kalau kita sayang seseorang kan?
Hidup ni kene penuh dengan kasih sayang..kasih sayang pada tuhan, parents, siblings, family etc. Barula hidup kita bahagia and happy selalu v(^_^)v

Panjang lebar pulakla aku membebel pasal kasih sayang ni kan?huhu
Ok2 kita fokus kat 'subjek' aku sebenarnya ye..
Pagi Jumaat lepas aku macam biasa berjalan ke bustop nak tunggu bas pegi LRT.Dalam masa aku tunggu bas tu ada dua orang budak lelaki, sekolah rendah, adik beradik nak lintas jalan ke bustop yang sama dengan aku. Tengah dia nak lintas jalan tu, abang die pegang je tangan adik die, pimpin tangan adik die. Kejadian tu sangat menyentuh perasaan aku. Nampak dengan jelasnya kasih sayang seorang abang towards adiknya. Before this aku selalu je tengok dua beradik ni berbual. Bila aku dengar conversation diaorang tu, si abang selalu mengalah dengan adik. Kadang-kadang sampai kene tujah kepala si abang, adik die buat biasala budak lelaki bergurau memang kasar..Tapi abangnya tak pernah membalas. Senyum and gelak je si abang dengan apa yang adik die buat and cakap. Memang aku tersentuh sangat tengok betapa baiknya abang dia melayan adiknya..

Dari kejadian melintas jalan tadi aku dapat rasa cewwah cam psychic plak aku huhu yang abangnya tu insyaAllah akan jadi abang yang bertanggungjawab hehe. Sangat comel diaorang tu..gambar diaorang tak dapat aku candid untuk tatapan semua sebab aku takde kamera yang hebat macam orang len huuu.Camera pun tak canggih jugak. And bila tengok si abang and adik tu teringat pulak kat abang saya yang selalu 'pegang tangan' adik-adiknya dari kitorang kecik sampai dah besar gajah haha saya tak boleh puji abang saya banyak-banyak kat sini nanti die kembang semamgkuk ;p Tapi saya still nak mengucapkan thanks to my brother for being the best brother in the world. Kalau saya boleh bagi award, mesti saya akan bagi award tu kat die huuuu 




Tuesday, September 14, 2010

Hunky-dory day!

Some of the family members (^_^)
 The good mood for Hari Raya is still ON! Even though this is the fifth day of it, the celebration and the happy feelings are still there. It's a hunky-dory time for me this year because I am now celebrating it at Kedah the place where we should be huhu and on the first day of it, a new member of our family born. This is a very meaningful raya for me. If I'm not mistaken this is the second entry that talks about raya though haha that shows that I'm very excited eh? ;p. As usual we take pictures during hari raya and there is not even one picture of mine that snapped without me laughing or smiling hehe. I think maybe all this while we are celebrating it far from our relatives. We do visit our friends' houses but no relatives means no excitement. So this year Alhamdulillah we get the chance to celebrate this day with our relatives...we just can go to Tok's grandma house and go back to our house to settle down things in a day. Our houses are near yay! Before this we have to stay at Tok's house for some days and then after that we go back to our house at Melaka but now we can go to Tok's house everyday if we want ;p
And another thing is the feelings of staying in a town and village is different. For hari raya, I prefer o have it at Tok's place, in a village, besides the paddy field hehe. I hope that this hunky-dory time during hari raya will not go away for the years coming for hari raya

The Baby!

Monday, September 13, 2010

Newborn nephew


Hari Raya tahun ni memang masyuk...bukan sbb dapat duit raya tau walaupun I still receive some money even dah keje huhu. Tapi raya kali ni masyuk sbb raya kat kampung halaman yang memang dah lama aku tak balik sini. Selalu raya kat Melaka je..tapi before puasa this year my family moved to Jitra, so dapatla beraya kat kampung halaman huuu. Excited nak balik raya aritu memang dah lama tak dirasa

Tapi.....ada satu lagi bende yang mmbuatkan raya aku kali i sangat masyuk....
Dia adalah anak buah aku yang baru lahir on 1st raya aritu..
Namanya belum lagi didaftarkan...so skang ni pggl die Baby jela dulu hehe
Yela,dalam proses mencari nama ni banyakla list nama yang keluar kan...tapi belum finalized lagi
Orangnya sangatlah comel..suke mengerutkan dahinya macam banyak masalah je heee
Die lahir aritu berat die 2.5 je..so kecik je orangnya
Baju newborn pun die tak muat sbb besar haha sooo cute
Kalo pegang die kire satu lengan jela panjangnye..
Pastu another cute thing pasal Cik Baby ni is..die tengok orang jeling tau..
haaaa kecik-kecik dah pandai jeling orang..muke garang kot ;p
Tapi pape pun I'm so happy die ade kat sini huhuhu
Tak sabar nak tengok kerenah die bila die dah besar nanti ;)

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya!

As we will celebrate Eid in like three days more so I wanna wish Selamat Hari Raya Aidilfitri. I would like to ask for forgiveness if there is anything that make anyone feels not so comfortable with what I wrote. Hope this Syawal will bring us happiness and may Allah bless us. I also hope that our deeds good I mean will be accepted. Me still in a dilemma whether want to go back tomorrow by bus or the day after tomorrow by car with my sis. It's like making a very tough decision because it involves my leave. Now everything has to be counted because I'm leaving far far away now. jauh tapi best! Can't wait to meet my relatives without thinking of the day left before going back to the South. And now we can welcome our relatives to our home rather than we are the one who visit their places. It's a pleasure to serve and make our relatives happy hehe.

By the way I guess Syawal is the month of eating all kinds of 'Raya' food...afraid of getting fat though huhu. I'll pray that I will stop myself from putting too much food in my stomach huuu. This month there will be a lot of open houses and that is the temptation....to eat and eat and eat ~phew~

Whatever happened..Selamat Hari Raya to everyone..drive safe and have a great one with ur family =)