Showing posts with label Leisure. Show all posts
Showing posts with label Leisure. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Cintaku bersatu

Currently listening to this song....did 100 times already :D
But seriously this is one of the Malay songs that I love.The music as well as the lyrics.
Dengar ni macam feeling feeling bercinta gitu awww ;p

Here it is..Cinta Bersatu by Liyana Jasmay :)





Thursday, June 2, 2011

Heart this one

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


Sunday, December 26, 2010

Aku bangga dengan Malaysia!

Wiiihhhhuuuuuu pasukan Malaysia kita menang dalam football match dengan Indonesia tadi!haha. Bangga sungguh aku jadi warga Malaysia ni. Yelah, before ni susah sangat nak dengar Malaysia ni menang rasanya..eerrrr aku bukan peminat bola sebenarnya tapi aku rasa itulah yang aku selalu dengar. Betulkan aku kalau aku salah wahai peminat-peminat bola sekalian huhu.
Aku ni bukanlah peminat bola. Tak penah teringin pun nak tengok bola. Tapi match kali ni aku dah sedia maklum akan kewujudannya since officemate aku peminat tegar bola sepak. Malam ni dia pergi tengok bola dengan family dia..bapak, mak, adik-adik semua dia angkut. Aku pun sebenarnya teman dia pergi beli tiket bola tu Jumaat lepas. Tapi waktu tu takde terlintas labgsung yang aku kan tengok match ni walau di mana aku berada.

Nak dijadikan cerita, lepas aku siapkan diri mandi apa semua kat rumah kakak aku, aku nampak t.v dah bukak pertandingan malam ni. Waktu tu match dah start. Bila aku tengok je Malaysia main, tiba-tiba rasa nak duduk depan t.v tu pulak. And mungkin disebabkan aku ni bersemangat patriotik, rasa nak tengok and bagi sokongan pulak kat pasukan kita. Walaupun ianya hanya dari jauh...and bila dapat bagi dari jauh je, aku terpikir pulak.."napela aku tak rasa nak tengok kat stadium hari tu eh? Best jugak support secara 'live' " hehe. Dah terlambat cik Kiah...nak buat macam mana...

Takpelah,jauh pun jauhlah hehe. Yang bestnye, seisi rumah aku dok tengok bola. Baik yang pompuan mahupun yang laki, semua layaaaannnnn. And aku yang menjadi baby sitter kepada anak buah aku, memang tak lepas pandang skrin t.v tu walaupun tangan tengah dukung cik baby. Semangat tuuu tengok pasukan Malaysia main haha. And bab makan....sanggup kitaorang tunggu bola habis dulu baru nak makan. Pukul 10 lebih baru nak makan malam. Orang dah makan supper dah waktu ni, kitaorang baru nak dinner. Tapi aku rasa berbaloilah 'pengorbanan' yang dilakukan kerana pasukan Malaysia telah memenangi match tersebut. Suke!suke!suke!haha.

Awal match tu kitaorang gerun sebab game macam tak memberangsangkan tapi towards the end everything was awesome! But in the middle tu macam hangin pulak dengan spectators sebab buat hal. Baling mercunlah, suluh laserlah...adoi. Dah game jadi tak smooth. Sebagai penonton, marilah kita sama-sama jadi professional ye. Bukan golongan profesional je yang kene berfikir and bertindak profesional tapi kita semua kena buat macam tu...huuu bersyarah plak aku kat sini. Pape pun congratulations kepada pasukan Malaysia pada first leg ni. Hopefully they can perform dalam second leg kat Indonesia nanti. Go Malaysia go!!!!

Gambar match tadi belum boleh dapat dari Mr.Yahoo image hehe


 p/s: handsome jugak goalkeeper Malaysia ni ;p