Hati ni lembut, mudah terasa, mudah memaafkan,sangat penyayang..hati sorang perempuan. Tapi selembut-lembut hati ni, bila selalu menyimpan rasa, dia jadi sekeras-keras batu. Pernah sekali hati ni hancur sebab lelaki. Tapi aku tak putus asa untuk menyintai lelaki. Hati ni tak pernah putus asa untuk menyayangi dan bersabar andai dia merasa pahit kehidupan ni. Bila hati ni diguris, minda akan memujuk hati ni untuk bersabar dan redha dan kerana lembutnya hati ni, die selalu akur. Hati ni memerlukan belaian dari orang yang disayangi. Hati ini minta difahami. Mungkin hati ini...milik seorang wanita, sangat sukar untuk diselami oleh hati seorang yang asing; hati lelaki. Tapi kerana hati-hati ini kejadian tuhan jugalah maka tuhan jadikan mereka untuk saling memahami. Adakah makna cinta jika hati seorang lelaki dan wanita itu tak mahu untuk saling bertolak ansur dan memahami? Cukupkah jika kita hanya ada hati dan cinta tapi tangga untuk mencapai cinta yang sebenar tak kita punya? Hati ini rindukan waktu yang dulu. Hati ini rindukan si dia yang dulu. Adakah masa memang merubah segalanya? Atau hati-hati ini yang berubah mengikut masa? Harapan aku adalah untuk hati ini semakin cantik, tak dimamah waktu. Kemampuan hati ini untuk semakin merah dan berkembang adalah atas dia..hatiku hanya bergantung pada si dia....