Thursday, November 11, 2010

Tak paham plak aku

One of my hobbies is observing people. Best wooo tengok orang. Bila aku tunggu bas, tunggu LRT, dalam LRT, kat kedai makan...boleh kata mana saja aku pergi memang aku akan observe orang. Apa yang bestnye tengok orang ni? Best sebab aku boleh jumpe macam-macam perangai and jenis orang. Ada perangai ngok ngek, ada yang dress up pelik, ada yang bergaduh, and macam-macam lagila.

Tapi ade satu orang ni memang aku dah berapa kali nampak gak la. That orang is a woman. Aku selalu nampak die bila aku turun dari LRT bila aku balik kerja. Satu hari ni aku keluar dari pintu LRT, aku jalan and pompuan ni jalan kat depan aku. Aku mula-mula tu jalan macam biasa je la...and disebabkan die pun dah jalan depan aku, aku tengokla die. Dari atas aku tengok die macam biasa je..bertudung orangnya. Aku tengok plak baju die, ok je takde ape-ape masalah..die pkai blouse. Pastu bile aku nak naik tangga, aku tundukla sebab nak tengok anak tangga betul-betul kalo aku jatuh sape pulak nak tanggungjawab angkat aku kan? Tibe-tibe waktu tu aku terpandang kaki depan aku.......pompuan tu pakai skirt..labuh skirt tu...paras betis die je. Theeennnnn, part blakang skirt die terbelah sampai lutut. Aku cam whaatttt??? Apa guna die pakai tudung kalau pakai skirt yang menampakkan kaki die sampai lutut?

Aku tetibe cam tak paham orang zaman sekarang ni macam mana..apa je pemahaman diorang pasal aurat. Aku ni takdela baik sangat nak cakap pasal ni tapi yela, normally kalau orang pakai tudung yang normal macam tudung bawal tu and baju pun takde ketat-ketat, selalunye taula bahagian bawah die pun kene tutup gak tapi tula, tak taula kenapa je die dress up macam tu kan?huhu

Lagi satu observation aku yang berjaya manangkap cara dress up yang pelik is when satu hari  ni aku tengah tunggu LRT kat stesyen Chan Sow Lin. Tibe-tibe ade due orang budak pompuan ni range umur macam budak sekolah naik LRT ke Ampang. Cara dress up die memang menjengkelkan mata aku. Budak ni pakai legging yang tengah jadi trend dalam berfesyen sekarang ni, pastu die pakai mini skirt kat luar yang pendek tutup *b_n__t* je tuuu,t shirt kecik ikut badan tapi lengan panjang pastuuuuu die pakai tudung. Adoi diiikkk...kot ye pun nak pakai legging ke, mini skirt ke, awak bawak-bawakla pakai kat rumah, dekat tempat yang orang awam macam kami yang lain ni tak boleh nampak awak. Aku tau yang trend pakai legging ni tengah hangat sekarang. Nak pakai tu tak salah tapi kalau awak tu dah pakai tudung, maksudnye awak memang berniat nak tutup aurat kan...so sesuaikanla cara pemakaian awak tu dengan imej bertudung awak. Bukan nak kata apa, legging tu macam stokin je aku rasa, tak boleh diangkat ke taraf seluar pun sebab kalau pakai legging, bila kita duduk ke, kain tu akan stretch and boleh menampakkan kulit kita aku pun pakai jugak tapi kat rumah jela. And die pun betul-betul 'balut' kaki kita ni. Takde ruang langsung ditinggalkan untuk kulit bernafas. So aku rasa for those yang pakai tudung tak sesuai kot sebab kalau nak tutup aurat, macam tak kena je nak pakai legging kat luar..sebab kalau pakai legging tu sama macam tak pakai seluar pun..sebab 'balutan' yang aku cakap tadi.

Samalah jugak kalau pakai baju kurung yang longgar tapi jarang sampai nampakkan kita punya badan and kulit. Sama je macam tak pakai baju kan? Pastu pakai tudung. Kawan-kawan seofis aku ni memang dah kene sound ngan aku sebab pakai baju jarang, tapi pakai singlet or tube je kat dalam. Abis tangan tu nampakla sebijik-sebijik kalau ade kudis ke kurap ke, tak segan ke orang tengok?. Bila kena harassment ke ape, marah pulak. Abis camane kan...? Bila dah kene sound, barula nak pakai inner yang berlengan panjang tu. Elokla sikit mata orang tengok sebab dah tutup semua yang perlu kan..

Tapi pape pun hak berpakaian tu atas orang jugak kan...kalau orang rasa pakai legging tu korang rasa menutup aurat sebab at least ada selapis kain atas kulit kita, tu ku tak boleh nak cakap apala kan. Mungkin kita boleh sama-sama belajar balik apa guideline yang betul untuk kita ikut. Aku ni pun takdelah baik sangat macam aku cakap tadi, tapi apa yang boleh aku kongsi, aku kongsi and dalam masa yang sama ni pun peringatan and pengajaran untuk aku jugak. Ni aku letakla apa kesalahan kita dalam berpakaian yang mungkin kita terlepas pandang before ni dek kerana trend fesyen yang melanda setiap masa pun.. Ni untuk yang bertudunglah kan..kalau yang tak bertudung tu mungkin cara berfesyen diaorang tak macam kita ni. Nak bergaya tak salah tapi kita kene tau imej kite, tu je...



p/s:renung-renugkan dan selamat beramaaaalllll..... v(^_^)v