Tuesday, June 8, 2010

Ada aku kisah?

Aku tak kisah orang nak cakap ape pasal aku. Aku tak kisah kalau orang nak benci aku sebab aku tak pernah lupe yang kat dunia ni tak semua orang suke kita. Aku pun ade tak suke orang and aku tak kisah kalau orang ada perasaan yang sama kat aku. Aku tak mati pun kalau orang benci aku or mengata aku. Aku boleh je hidup macam biasa. Orang nak cakap lebih-lebih pasal aku, diaorang tau ke ape yang aku tengah hadap? diaorang tau ke apa masalah aku? Memang semua orang ada kelemahan sendiri, tapi kalau sampai kelemahan tu melibatkan kesabaran aku, duit aku dan bende-bende penting dalam hidup aku, aku kene telan ke semua tu? Orang yang bercakap tu pun sendiri selfish, nak cakap lebih-lebih tu proper ke? Memang kita kene ingat yang semua orang ada kelemahan  tapi diri sendiri jangan dibiarkan untuk 'melahirkan' lebih banyak kelemahan. Seeloknya ambillah iktibar atau pengajaran atas ape yang kita nampak. Jangan sedar je orang itu ini ada kelemahan and diri sendiri just tutup mulut and mata, tak wat ape-ape walaupun untuk kebaikan diri sendiri. We have the right dalam hidup kita. So kenape nak biarkan hak kita dipijak-pijak? Orang yang bercakap ala-ala menasihat tu pun selalu buat bende yang memberi kesan kat hati orang lain,camane? Tahla, sendiri mau ingatla kan..tapi pape pun aku tak kisah orang nak mengata belakang aku ke apa. Walaupun aku tau ade je orang berkata pasal aku tapi nak wat camane kalau die dah tak suke? Aku tau sape aku, aku ade cara hidup aku sendiri. Takkan semua pun nak ikut orang? Kalau dah rasa diri tu perfect sangat, takkan orang yang sound aku tu pun wat bende yang orang lain tak suke kan? Bila bercakap tu kene fikir..jangan men redah je..cermin diri sendiri jugak. Masing-masing dah besar and dah boleh fikir. Takkan mata masih buta, telinga masih pekak and otak masih mentah lagi untuk observe bende kat sekeliling kita, untuk belajar and untuk muhasabah diri. Come on la, jadilah orang dewasa yang bukan hanya pada zahir sahaja. Untuk ini, aku senyum je dengar orang yang ala-ala menasihat aku tu berkata-kata. Aku tak kisah pun..



Jika..




Jika aku diperlukan,
aku akan sentiasa ada untukmu.
Jika aku ditinggalkan,
aku akan terus setia menanti kepulanganmu.
Jika aku yang bersalah,
aku tunduk memohon ampun darimu.
Jika aku dipersalahkan,
aku tidak keberatan untuk memohon maaf darimu.
Jika kau dambakan kasih sayang,
aku akan memberinya dengan sepenuh hati.
Jika kau memerlukan seorang teman,
aku akan menjadi teman yang paling setia untukmu.
Jika kau dambakan kebahagiaan,
aku akan ukir senyuman kebahagiaan untukmu.

Namun...

Jika aku menjadi penghalang,
aku rela pergi demi kebahagiaanmu.
Jika tiada lagi kasih sayang,
aku akan simpan kasihku hingga jasad terkubur.
Jika tiada lagi cinta,
aku sedia mengundur diri.

Cinta yang aku pegang ini akan aku lepaskan supaya tiada keraguan dan kesengsaraan dalam hatimu lagi.