Showing posts with label Horror. Show all posts
Showing posts with label Horror. Show all posts

Monday, September 19, 2011

The haunted hotel room~

Last 16-18 September I was among 'the chosen ones' taken to a place somewhere in PD. The place has a very beautiful scenery and it is BIG. Really. We were there while others were enjoying their three days holiday to moderate final exam question papers. They make us sick (@_@). Just imagine how can you sit in front of your computer for like not hours but days *you have time for break of course but just like few hours*. You will not only vomit out but it will take your eyes out huuu. Ok, enough of that. So back to the topic, the hotel. It is a four stars one *don't wanna mention its name though huhu* and believe me it is so very beautiful! But pity us, we will only sit in the luxurious room during the nights (T_T) because during the days, we will be in the hall to moderate the papers. The food is quite good and we were served like six times per day. The food were so tempting and I have to say bye bye to my diet plan for a while. 

Ok, move to the room, it is so spacious and cute and classy and I would give all the very good descriptions to it hehe. Everything was alright until we met the nights. *the horror story begins muehehehe* The first night we were there, nothing happened to me pheww~. But the next morning I woke up, my friend said that she heard something early that morning. When she was performing her Subuh, she said that she heard some noise. The noise of people opened and closed the cupboard. As if someone were there but....you know, I was asleep. The story ends there because we don't want to scare others as well.

So the next day went well until early that morning. At 2 o'clock in the morning, near to 3 o'clock, I went to the toilet. After everything is settled, I went to my bed again and sleep. The night was O.K until we woke up the next morning. Guess what? The bathroom door was closed. Tight. And it was locked from inside. I was very surprised as it is CONFIRMED that the door was not even closed when I went out from the bathroom last night. And it is confirmed too that I was the last person using the toilet. We did try to open the door because we wanted to us the toilet badly *it's early in the morning aite* After the pulling and pushing the door trial failed, we turn to the technician asking for HELP!!! It was scary, it took me myself to stay in the bathroom for a short time huuu. But the funny part is, my friend said that there must be someone died in the sea next to our building haha. That's what TV serves us with :D


Thursday, September 2, 2010

Penawar


Bila cakap pasal penawar, teringat lagu Penawar Rindu kan?kan?kan?hehe. Tapi penawar yang aku nak cakap ni bukan penawar yang tu..Ingat lagi tak posts aku pasal Mistik yang aku tulis before ni? Haaa ni nak cakap pasal penawar tula...

Setelah membuat sedikit kajian pasal simptom-simptom diganggu jin ni, aku pun telah di 'introduce' kan dengan sorang abang ni yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam skemala kan ayat aku huhuhu. Dia ni dulu anak murid Dato' Ismail Kamus. So alhamdulillah akhirnya aku pun dapat jumpa orang yang betul..yela, skarang ni kadang-kadang ada orang yang mengaku diaorang dapat 'ubatkan' pesakit yang diganggu jin tapi caranya bercanggah plak dengan cara Islam, takde plak guna ayat-ayat Al-Quran dalam rawatan kan. Actually before aku jumpe abang ni aku dah jumpe jugak sorang yang dikatakan boleh ubatkan orang tapi bila aku tengok balik, die punye minyak-minyak yang die guna tu cam mencurigakan...ada nama 'Mayang Sari', 'Garuda' apa tah bagai. Cuak jugak aku tengok. Terus aku 'lari' tak nak pegi dah tempat tu after balik dari meeting yang 1st tu.

Sampai je aku kat umah abang tu, kitaorang sembang-sembang dulu tanya apa problem sume. Then bile dah sampai waktu rawatan, die suh aku amik wudhuk dulu before start. After amik je wudhuk, kaki tangan aku sume jadi sejuk giler and dada jadi berdebar-debar. Surprisingly abang tu tau because tu simptom biasa pesakit after amik wudhuk and before mulakan rawatan.

Start rawatan tu, abang tu suh aku duduk mengahadap kiblat. Then die pegang kepala aku and azan tiga kali. Waktu die bacakan azan tu aku takde rasa pape lagi. Tapi bila die angkat je tangan die dari kepala aku, terus rasa lemah giler, macam nak tumbang. And sepanjang rawatan tu die bacakan ayat-ayat Quran dengan kuatnya. Effect dari tu aku rasa nak termuntah giler-giler...dah ber 'uwek uwek' aku tapi isi perut tak nak keluar. Bengang pun ada jugak sebab tak nak keluar-keluar pulak bende tu. Aku dah sampai meleleh-leleh air mata sebab asik 'uwek' tapi isinye tak keluar. Lama jugakla rawatan ni..isteri abang tu pun tolong tepuk-tepuk blakang aku nak bagi aku muntah tapi still tak boleh.

Dari apa yang abang tu tengok and check, die kata 'ada orang buat aku'..die bagi tru makanan. Tula sebabnye die kata aku slalu sakit perut sebab ade jugak aku bagitau aku asik sakit perut je. Then die suh aku amalkan berpuasa and baca surah-surah Al-Baqarah tiap-tiap kali after Maghrib and Surah Al-Mulk every night before tido. Rawatan len yang aku kene buat sendiri pun ade jugak cam mandi limau and minum air campur ngan minyak zaitun tiap-tiap hari.

Aku go tru tiga kali jugak rawatan ngan abang tu. The last session tu die kata dah quite ok dah..tapi waktu rawatan tu berjalan, badan aku jadi panas giler. Tak tau apa sebabnya sampai abang tu pun pelik jugak sebab haba yang keluar dari badan aku tu tersangatla panasnya sampai abang tu pun boleh rasa. The last resort jugak untuk rawatan yang aku buat sendiri kat rumah is mandi ais..

Mandi ais ni tersangatlah seksanya. Aku kene ready satu bungkus ais yang besar tu, campur dengan limau purut yang dah dijampi and air sikit. Mula-mula aku kene jirus air ais tu dari kaki sampai kepala, then amik limau yang dah dipotong-potong and dah dicampur dalam air tu gosok kat badan. Lepas step ni la yang perit giler sebab air ais yang baki tu aku kene jirus non stop..ais sejuk kot. Nak setelkan the last step ni aku memerlukan pertolongan orang len sebab kalo tak memang tak setel la sesi mandi ais tu. Wan tolong aku jiruskan...and tentu-tentula aku menjerit dengan sekuat hati sebab sakit giler. Kepala pun cam nak pecah jek rasa..badan takyah cakapla merah-merahnye.

After rawatan tu alhamdulillah aku dah ok. Takde lagi mimpi-mimpi tu semua yang banyak kali aku dapat. Tapi still kene berjaga-jaga, tak boleh leka dalam nak amalkan bende-bende yang abang tu suh wat. Hopefully everything will be fine after this..tak tenang ok hidup dibelenggu misteri (T_T)
Aku agak sdih jugakla sebab dalam kita hidup dalam zaman yang orang kata moden ni, still ada orang yang berfikiran sempit camni..bila tak dapat pape, dengki ke apa guna ilmu hitam. Suke bila tengok orang yang dikenekan tu hidupnya tak aman and sakit. Seksanya nanti biar tuhan jela yang balas. Aku pun sendiri tak tau sape yang buat aku. Biarlah tak tau, kalo tak nanti bila aku jumpa die, aku akan pandang dia dengan perasaan benci. Biarla sape pun die, aku cume harap aku bek and sihat je.




Wednesday, June 23, 2010

Mistik Part 3

Kejadian-kejadian mistik yang berlaku kat aku waktu zaman belajar dulu dah abis aku cite. Skang aku nak cite kejadian yang jadi kat aku sepanjang aku kerja plak. Dulu aku ni memangla seorang yang penakut sangat-sangat. Nak pegi toilet memang kene berteman. Tapi after kejadian waktu Form 3 dulu aku dah jadi semakin berani. Pegi toilet taklah berteman lagi. Pernah jugak aku diganggu waktu aku tengah stay up dekat UIA Gombak, aku still relax lagi. Waktu tu awal-awal pagi,aku tengah baring baca buku. Bilik aku menhadap tingkap. Waktu tu tingkap bilik aku ni terbukak, and kalo nak bukak kite kene tolak ke luar (ala-ala tingkap kat dalam iklan adabi tuuu). Tengah aku leka baca buku, tingkap tu tertutup sendiri,rapat ke tempatnye. Aku tengok sendiri tingkap tu bergerak. Amatlah mustahil tingkap tu bergerak sebab angin kerana memang takde angin waktu tu and tingkap tu cermin die berat ok. And frame die tu besi yang berat. Selalunye kalo ade angin, kuat mana pun takkan bergeraklah tingkap tu. Tapi waktu aku tengok tu aku boleh relax lagi. Takde rasa pape..and terus sambung baca buku.
Kehidupan aku yang normal ni berjalan seperti biasa sampaila ada satu kejadian kat umah sewa aku ni. Ada la satu malam ni,aku tengah tido. Tiba-tiba aku terjaga sebab Encik Azlan call. Lepas aku sembang cam bese, aku letak and nak tido balik. Tapiiii waktu aku nak tido balik ni la aku terdengar something kat tepi aku. Yang pasti bukan suara orangla..aku pun tak tau apa bende. Aku agak cuak di situ. Bila aku toleh tepi, aku nampak figure hitam bergerak ke arah lantai. Aku memang tak boleh blah dah tahap ketakutan aku, terus call Encik Azlan. Dapat je dengar suara Encik Azlan, aku lega btul, terus tak terkata apa-apa dah..tersenyap aku kejap. Encik Azlan pelik mula-mula sebab aku call tapi tak cakap..yang aku sempat cakap is 'hello'. Yela,kalo call tak nak cakap watpe call ye dak?huhu. Lepas aku call, aku terus tido kat bawah. Takde lagi aku nak nek atas and yang penting, aku nangis ok..sebab takut sangat. Tapi..start dari that incident, aku dah jadi penakut macam waktu dulu-dulu. Kalo before ni aku tak kisah tido kat rumah sewa aku ni sorang-sorang waktu weekend walaupun aku slalu je dengar bunyi kat tanggala, apala. Tapi skarang, jangan haraplaaa. Weekend je, aku blah. Pegila mana-mana pun asalkan tempat yang ada orang.

Incident nampak figure hitam tu satu hal. Aku ni pun slalu dikaitkan dengan mimpi. Aku consider ni sebagai kelebihan aku. Sebab aku mimpi tiap-tiap hari and tiap-tiap kali aku tido. Be it pagi, tengahari, petang or malam. Kalo aku tido je, mesti mimpi. Waktu aku tido tak mimpi amatlah sikt and boleh dikira. Aku consider mimpi aku ni satu kelebihan sebab banyak kali jugak apa yang aku mimpi tu macam petunjuk or aku diberitahu tentang something. Contohnye aku ada sorang makcik ni. Die ada 3 orang anak, semuanya lelaki. Kitorang ingat die dah tak nak pregnant lagi sebab tiga-tiga anak die tu lahir through pembedahan. Tapi this one day, aku ada mimpi yang makcik aku ni pregnant and anak die is a girl. Aku pun cite la ape yang aku mimpi ni kat mak aku, and selang beberapa hari, makcik aku call bagitau die pregnant baby girl. And adala beberapa kejadian yang betul according to my dreams. Ia mungkin satu kebetulan and juga mungkin satu petunjuk. Tapi tak semua mimpi aku boleh aku rely ok...kalo mimpi yang petunjuk ni, rasa die lain tau. Bila aku bangun tido, aku rasa len and aku tau mimpi tu bukan sekadar mainan tido macam biasa-biasa. That's why mimpi yang mana aku rasa cam petunjuk tu, aku cite ngan mak aku. Panjang plakla aku membebel pasal mimpi ni huhu. Apa yang mistik pasal mimpi aku ni is...aku ni dulu kadang-kadang je mimpi budak kecik. Tapi lately, especially kat umah sewa aku ni, aku sangat-sangat kerap mimpi budak kecik. Sampaikan aku tertanya-tanya kenapa aku asyik mimpi budak kecik je? And aku pun pegila wat research sket kat internet pasal ni and aku ada terjumpa satu fakta yang menarik. Ok ni aku nak bagitau semua yang mungkin tak tau lagi pasal ni. Ini adalh list simptom-simptom diganggu jin. So checkla sebab kadang-kadang kita tak perasan pun. Kita ingat kita sakit biasa tapi sebnarnya bukan.

           
1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. (slalu gile aku mimpi)
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. (rasanya ni applicable utk couples gak kot kan)
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin

Kat sini die terang-terang cakap formula die. Kalo ada 3 simptom waktu jaga campur dengan 2 simptom waktu tido, so orang tu diganggulah dengan makhluk ni. Yang aku highlight tu is bende yang jadi kat aku. Selain dari slalu mimpi baby and budak kecik, mimpi bende-bende horror ni pun jangan cakapla. Slalu je..bila bangun tido dari mimpi yang menakutkan ni,rasa meremang satu badan..huuu tak suke (T_T). And semenjak kejadian ternampak figure hitam tu jugak aku slalu rasa diperhatikan. Kadang-kadang macam boleh rasa bende tu ada kat mana. Huhu tak taula ni perasaan je ke apa. Tapi lately ni makin menjadi-jadi. Aku nak wat apa pun tak senang. Pasal rasa diperhatikan tu bukanlah setiap masa tapi tiap-tiap hari. Tapi bende ni jadi dekat rumah sewa aku je. Bila aku balik rumah kakak aku ke, balik rumah sendiri ke, aku memang tak rasa takut langsung and takde plak rasa diperhatikan ke apa. Dekat rumah sewa tu jugak selalu je aku cam ternampak kelibat. Aku nampak slalu dekat tempat yang sama. Tapi aku malas nak bagitau kat tuan empunya bilik. Nanti die takut plak huhu. Aku ada terfikir nak pegi berubat tapi Wan yang janji nak bawak aku kat Terengganu pulak. Tapi aku akan ikhtiar jugak nak pegi sebab seriously aku memang tak selesa hidup camni. Pernah ade satu minggu yang aku rasa aku still terkejut lagi, aku tak boleh tido. Sakit kepala bila kita tahan mengantuk and tak boleh nak rehat. Aku tak taula ada satu mimpi aku ni ada kaitan tak dalam sequence kejadian aku diganggu ni. Satu malam ni, aku mimpi aku kat rumah sewa. Family aku pun ada tolong tengokkan rumah aku tu. Dekat dalam rumah bila ditengok, abang aku kata ada. Dekat luar pagar rumah pun ada tengah berlegar-legar. Aku nampak bende tu..and bende tu memang ke hulu and ke hilir kat luar pagar sebab tak dapat masuk. Dia nak masuk and dia cakap 'tak sabar nak datang dekat Nana'. Taula plak name aku kan? Tapi gerun ok! horror! Tapi mimpi tu before aku nampak figure hitam tu la.

Kejadian terbaru plak is malam tadi. Malam tadi aku takut nak tido sorang. Selalunya kalo aku takut, aku akan tido bukak lampu. Tapi bila aku fikir-fikir balik, dari aku tido bukak lampu, baik aku tido ngan sape-sape, so that kurangla sket rasa takut tu and takdelah membazir elektrik. So disebabkan bilik Citit kecik, aku decide tido dengan Sri kat bawah. Tiba-tiba semalam tengah aku tido, aku terjaga pukul 3 lebih sebab sakit perut. So aku pun bangunla pegi toilet. Bila aku masuk je toilet, guess what? Aku dengar orang menyanyi ok! Aku terbenti jap. Rasa sakit perut pun hilang sebab aku takut. Bila aku positifkan minda aku ni baru aku pegi wat apa yang sepatutnya tapi aku rasa mungkin sebab aku takut sangat, hajat aku tak kesampaian. Bila aku pegi tempat tido balik and rasa sakit lagi sekali, aku pegi lagi ke toilet dengan perasaan yang bercampur-campur. Tapi nasib baik kali ni pegi aku dapat melepaskan hajat. Kalau tak, ntah berapa kalila aku nak kene ulang alik pegi toilet kan. Before tu waktu Maghrib, waktu aku baca Quran, dengan tak semena-mena telekung aku, macam ditarik sikit kat sebelah telinga kanan. Kalau ikut logik, takde pulak orang lalu blakang aku waktu tu kalo nak kata ade terkena sape-sape. Dalam hati wktu tu terus aku betakbir sebab aku memang terkejut and cuak gile.

Aku boleh kata jelesla jugak bila tengok kawan-kawan and orang kat sekeliling aku ni hidup diaorng aman and tenang je. Diaorang takde masalah nak tido pe sume. Aku plak?nak tido pun takut. Aku pun ada jumpe satu info ni:

4 pintu besar untuk jin memasuki tubuh manusia


                          1) Terlalu marah
                          2) Terlalu gembira
                          3) Terlalu sedih
                          4) Nafsu syahwat terlalu kuat

Bila difikir-fikir semula,tak mustahillah kot aku diganggu. Sebab kalo aku suke tu, gelak tak ingat dunia. So after ni aku akan lebih beringatla. Ada member yang cakap maybe bende ni nak dekat ngan aku la, nak kawan ngan aku la, atau tah-tah 'hijab' aku ni akan terbukakla. Eeeeiiiii mintak simpangla. Aku tak cukup kuat nak tengok bende-bende horror ni. Aku mintak tuhan lindungilah aku dari gangguan-gangguan ni semua. And aku rasa salah  kami penghuni rumah sewa tu jugak. Waktu mula-mula masuk kitaorang takde nak wat pendinding pe sume. Ada kitorang baca Quran tapi sekadar baca biasa-biasa je la. Rumah tu pun dah lama tak berpenghuni before kitaorng masuk. Sepatutnya adal buat baca-baca sket semua orang kan? For my part, aku akan buatla apa yang termampu.

Tuesday, June 22, 2010

Mistik Part 2

Ok sambung cite pasal kejadian diganggu makhluk halus ni...aritu dah abis cite part waktu aku dekat sekolah menengah..ni nak sambung cite experience aku waktu dekat zaman matrik plak..

Aku blaja dulu dekat matrik UIA dekat P.J. Best blaja situ hehe. Course yang aku amik kat sana kire cam foundation before masuk main camp. Course aku bertajuk English Language and Literature. Kitaorang punya course ni kan art..so slalu la jugak wat pementasan teater..tapi teater shakespeare and sewaktu dengannyala..bukan teater bangsawan bagai. So every year kitorg akan adala event yang sebegini..kira event rasmi kitaorgla. Usually kitorang wat event macam ni, takde pape masalah pun. Tapi pada satu tahun ni (bukan tahun gajah hehe) event kitorang ni 'diganggu'.

Starting nya gangguan ni berpunca dari kejadian darah yang diderma pada hari tersebut (blah pagi dewan yang kitorang guna tu ada wat kempen derma darah) tertumpah kat atas lantai. Dengar cite satu beg. Waktu bende tu jadi pulak waktu maghrib and staf-staf hospital ni sepatutnya kene balik before maghrib. Tapi sebab ada bende yang tak setel, lanjut sampai nak dekat maghrib and berlakulah kejadian darah yang tumpah tu. And..dikhabarkan juge darah tu tak dicuci dengan bersih. Kira atas lantai tu ada lagi yang tertinggal. Malam kejadian tu pulak,students Kolej Aishah wat event dengan tajuk 'Malam Sakaratul Maut'. Kalo dah namanye malam sakratul maut, wajibla dewan tu bergelap segala waktu program dijalankan. Lepas tu plak budak-budak ni nak effect yang lagi gempak, diorang ade pakai kemenyan. Dah guna kemenyan tu, ko memangla mengundang bende tu datang kan..and malam tu dalam dewan tu jugak ade sorang student histeria. Melarat jugakla student tu..lama jugak nak elok. Kes histeria ni merebak sampai beberapa hari dekat kolej Aisyah tu..ramai yang berjangkit..berhari-hari. So kolej tu diisytiharkan darurat sebab ramai sangat students yang kene jangkit. Kitorang yang dari kolej lain pun dinasihatkan supaya berjaga-jagala jugak kan..So satu malam selepas malam Sakaratul maut tu, budak-budak course kitaorng plak punya turn nak guna dewan tu untuk teater kitorang.  Malam tu kitorang wat teater yg bertajuk Midsummer Night's Dream..adapted from Shakespeare punye karya la. The performance jalan macam biasa..tapi bila dah habis, start ade bende pelik. Cuba bayangkan tiba-tiba, takde kemalangan jadi ke apa, suddenly ada darah atas lantai. I saw the blood, byak ok. Kuantitinya macam satu beg amik darah tu..bukan yang cam menitik sikit-sikit. Aku dah pelik and aku tegurla dari mana darah tu datang and aku suh member aku yang berjawatan President event tu utk suh anak buah die cuci. Lepas aku tegur tu, aku duduk je tengok darah tu. Dari mula aku nampak sampaila diorang cuci. Nak cuci pun amik masa yang lama sebab sume orang pun nak bergambar pe sume. So akula yang setia duduk tepi darah tu sampai diaorg cuci (at this point pun kalo pk balik psycho juge duduk tggu darah utk masa yang lama kan). After dah setel, lecturer kitorang suruh buat bacaan yassin sebab untuk elakkan bende yang tak diinginila jadi (actually lecturer aku dah rasa something sbb die ada 6th sense and sebab die tau pasal ni die pun tak datang tgk teater tu huhu). Waktu budak-budak laki ni baca yassinla, bende tu dah start. Waktu ni aku uzur so aku dduk jela kat depan diaorang yang tengah baca atas pentas. Ok this time aku memang tak ingat ape yang jadi sebab aku tak sedar. So ni ape yang diceritakan oleh member aku yang tengok and berada kat tepi aku waktu bende ni jadi:

Mula-mula serangan berlaku kat Nani (the main actress). Nani tiba-tiba mengilai and jatuh. As soon as Nani jatuh, aku pun merengus and aku pegang tangan Wan (die kata aku pegang kuat gile smpai sakit tangan die hua3). Kira waktu ni 2 orang serentak yang terkena serangan. Aku kat hujung dewan belah kiri, Nani kat belah kanan..kitaorg duduk jauh-jauh. Lepas aku merengus tu, aku lari ke wing belah kiri dewan tapi budak-budak ni sempat tangkap aku. And waktu tu aku dihandle oleh sorang budak laki ni. Pastu kitorang diarahkan untuk dibawak ke wing dewan sebelah kanan sebab ustaz sume dah tunggu kat situ. Masuk je sana, aku tengok Nani dah ada. Aku nak pegi kat Nani tapi dihalang. So aku dikawal oleh budak-budak yang pakai tudung labuh sume. Kire diaorg ni kuatla kot kan. Bila ustaz ni dah ubatkan aku, die suh aku dibawak balik. Waktu aku dibawak balik plak, si Nani ni plak nak keluar. Bila ditanya kenapa, die kata nak cari anak die (yang ada kat akula tu huhu). Haaa..before ustaz tu merawat kitorang, die masuk kat dalm main hall tu. Dia kata die nampak bende tu penuh kat atas bergayut-gayut...huuuuu seram! So bila aku dah dibawak balik, at first aku ok je. Pastu tetibe aku rasa nak membuang air kecil so aku cakap ngan member aku nak gi toilet. Diorang pun ragu-ragu gak sebab takut aku ni ada bende tu lagi and yang request nak pegi tu bukan aku. Tapi at last diorang teman aku gak. On the way aku nak ke toilet tu, waktu hampir-hampir dah aku kat sana, aku sedar waktu tu yang ada angin kuat datang kat aku. Aku terkejut and terberhenti gak. Tapi angin tu datang kejap jela..bila dah abis tu aku pun gi toilet. After setel je kat toilet, aku masuk bilik cam bese. Pastu diorang budak-budak bilik ni pasang kaset ngaji. Dah pasang je, aku jerit lagi. Tak ok lagi rupanya huuu. Diaorang cuakla..ada sorang member ni die takut, die gi bilik sebelah. Pastu aku nak ikut die. Then die lari ke bilik Atim, aku pun nak gi sana gak. Waktu tu die memang cuak gilela bende tu kejar die kan (bukan aku yang kejar ok). Pas dah aku cam meracau-racau tu, aku nak plak pegi kolej yang darurat sebab bende tu 'berkampung' kat situ. Last-last Wan kata Ustaz suh jugak bawak aku sebab aku tak ok lagi. Kat sana ustaz baca-baca aku and bagi buah limau wat mandi. So malam tu member-merber akula yang tolong mandikan aku ngan air limau tu. Ni datang lagi part best....malam yang diorang tolong mandikan aku tu, yang aku nampak waktu tu ade 2 orang je..Esah and Ira. Tapi ada sorang lagi yang cakap die pun mandikan aku tapi aku tak nampkak pun die..seriously. So aku tak taula yang mana bende tu, yang mana yang orang real. So malam tu ustaz suh aku tido kat bilik junior sebelah and kene pasang kaset ngaji. Tapi malam tu aku tak boleh tido sebab aku rasa bende tu ada...tengah pandang aku. Pastu aku kejutkan budak-budak junior ni suh panggilkan Esah tido ngan aku. Bila Esah dah datang, baru aku rasa secure sket and aku tido. Esoknye aku tepon mak aku suh amik sebab aku pun memang dinasihatkan balik. Cite aku kene kaco ni tak benti kat sini je. Kat umah pun ada lagi bersisa simptom-simptom diganggu ni. Memula, aku kat umah memang pemalas gile nak mampos ok. Aku before ni kalo balik memang takkannye aku berehat je tak wat keje. Tapi bila balik dari matrik, aku punya pemalas, tuhan je yang tau. Aku tido je sepanjang hari. Bila aku makan, memang banyak gile.Ada tu aku makan, habiskan nasi yang tinggal dalm periuk..bayak gile..tengah-tengah makan tu plak aku suh adik aku masak lagi sebab aku lapar. Adik aku terkejut gile kot sebab aku mana penah makan banyak camtu. Adik aku cakap

 'K.teh biar betol?dah bayak dah nasi tu'

Tapi sebab aku lapr,aku suh gak die masak and aku makan. Belah malam plak, adik aku cite..ade malam aku balik tu aku ddk lepak ngan abang and adik-adik aku kat depan. Diaorang sume tengah tengok tv sambil menyembang. Aku ni ada kat situ tapi aku tak cakap sepatah pun. Aku diam je but tetibe aku cakap

'k.cik, dalam bilik tu ada p*d belum buang kan?'..adik aku mengiyekan. Then aku cakap 'pegi buang skang'

Adik aku cuak gile, terus bangun gi setelkan. Abang aku pun terkedu. Pas aku cakap tu aku senyap balik. Tapi tak cukup ngan tu, ada satu pagi ni, aku bangun nak mandi. Tapi bila aku keluar bilik, aku bau hanyir macam darah kat luar toilet. Aku dengan selambernye tanye 'Ape bau hanyir ni' dengan nada yang marah huhuhu. Simptom aku ni jugak dialami oleh Nani tapi die lagi terukla. Tapi nasib baikla bende tu tak melarat-larat. Cite ni sume yang dah lepas..cite yang terkini akan disambung dalam post yang akan datang.