Aku ni bukanlah peminat bola. Tak penah teringin pun nak tengok bola. Tapi match kali ni aku dah sedia maklum akan kewujudannya since officemate aku peminat tegar bola sepak. Malam ni dia pergi tengok bola dengan family dia..bapak, mak, adik-adik semua dia angkut. Aku pun sebenarnya teman dia pergi beli tiket bola tu Jumaat lepas. Tapi waktu tu takde terlintas labgsung yang aku kan tengok match ni walau di mana aku berada.
Nak dijadikan cerita, lepas aku siapkan diri mandi apa semua kat rumah kakak aku, aku nampak t.v dah bukak pertandingan malam ni. Waktu tu match dah start. Bila aku tengok je Malaysia main, tiba-tiba rasa nak duduk depan t.v tu pulak. And mungkin disebabkan aku ni bersemangat patriotik, rasa nak tengok and bagi sokongan pulak kat pasukan kita. Walaupun ianya hanya dari jauh...and bila dapat bagi dari jauh je, aku terpikir pulak.."napela aku tak rasa nak tengok kat stadium hari tu eh? Best jugak support secara 'live' " hehe. Dah terlambat cik Kiah...nak buat macam mana...
Takpelah,jauh pun jauhlah hehe. Yang bestnye, seisi rumah aku dok tengok bola. Baik yang pompuan mahupun yang laki, semua layaaaannnnn. And aku yang menjadi baby sitter kepada anak buah aku, memang tak lepas pandang skrin t.v tu walaupun tangan tengah dukung cik baby. Semangat tuuu tengok pasukan Malaysia main haha. And bab makan....sanggup kitaorang tunggu bola habis dulu baru nak makan. Pukul 10 lebih baru nak makan malam. Orang dah makan supper dah waktu ni, kitaorang baru nak dinner. Tapi aku rasa berbaloilah 'pengorbanan' yang dilakukan kerana pasukan Malaysia telah memenangi match tersebut. Suke!suke!suke!haha.
Awal match tu kitaorang gerun sebab game macam tak memberangsangkan tapi towards the end everything was awesome! But in the middle tu macam hangin pulak dengan spectators sebab buat hal. Baling mercunlah, suluh laserlah...adoi. Dah game jadi tak smooth. Sebagai penonton, marilah kita sama-sama jadi professional ye. Bukan golongan profesional je yang kene berfikir and bertindak profesional tapi kita semua kena buat macam tu...huuu bersyarah plak aku kat sini. Pape pun congratulations kepada pasukan Malaysia pada first leg ni. Hopefully they can perform dalam second leg kat Indonesia nanti. Go Malaysia go!!!!
Gambar match tadi belum boleh dapat dari Mr.Yahoo image hehe |
p/s: handsome jugak goalkeeper Malaysia ni ;p