Thursday, May 19, 2011

I've been sexually harrased!

Actually benda ni dah beberapa minggu lepas jadi. Tapi lupa nak diselitkan kat dalam blog yang dah penuh dengan daddy long leg yang berjaya mensawangkan blog ni. Ok straight to the story...ni pengalaman aku diganggu secara seksual. Macam mana? Macam ni..

On this one day, hari Khamis,aku ingat sebab aku pakai baju kebaya batik, aku balik dari kerja sorang-sorang sebab housemate aku ada hal. So die balik berasingan dengan aku. Then disebabkan aku balik sorang, ada permintaan dari sorang kawan ofis aku ni mintak aku temankan dia pergi Jusco. Aku pegilah menunaikan permintaan dan waktu nak balik tu, hari pun dah malam. Dari Jusco aku naik teksi ke LRT berdekatan and terus menuju ke arah kawasan tempat tinggal aku.

Sampai dekat LRT rumah aku ni, jam dah pukul 9 malam lebih. Aku pun duduklah dekat bench yang ada kat situ tunggu bas nak balik rumah. Waktu duduk kat bench tu, sebelah kanan aku ade pakcik Cina *dalam lingkungan 50 lebih*, sebelah kiri aku ada sorang perempuan Melayu muda. Dalam 20 minit ke setengah jam aku duduk situ, tiba-tiba perempuan Melayu sebelah aku ni bangun, tak tau pegi mana. And tak berapa lama lepas perempuan tu blah, ada sorang mamat ni datang duduk sebelah aku menggantikan tempat perempuan ni tadi. Dia tinggi,muka ala-ala mamak. Mula-mula masing-masing tak bercakap *aku memang tak suke bercakap ngan orang tak kenal kat tempat awam huhuhu.sungghuh tak peramah*.

"Ish lama btol bas ni" tiba-tiba laki mamak ni cakap ngan aku. Aku pun tak taulah kenapa, mood baik agaknya aritu aku pegi berbalas-balas sembang ngan die *selalu kalo orang nak bercakap ngan aku,aku akan senyum je, hint yang mengatakan aku tak nak bersembang huhu* Aku pun cakapla bas kalo waktu malam memang lambat sikitla apelah. Sebab aku tak familiar ngan mamat ni. Tak pernah nampak pun sebelum ni. So aku pun bagitaula jadual bas kat situ.

Dah start dengan sembang pasal bas *tak memberangsangkan lagsung topik*, si mamat ni tanya aku dok mana la, keje ape, keje kat mana etc. And yang bestnya aku jawab je soalan die semua. Yelah, aku ni takdela nak syak pape yang buruk dekat laki ni sebab aku tengok die dress up ok je, wangi lagi huhu. So aku assume oklah kot die ni kan. Lepas tu, die pun cakap die ni Executive bahagian Sales and Promotion dekat satu company jamu ni. Memang glamourla company ni. Pastu die cakap skang ni company die tengah ade buat promotion, nak give out barang baru untuk customer untuk diambil testimoni. Kalau berjaya, dapat sponsor pakai produk company die and what not. So aku ni pun, kaki yang tak boleh nak dengar dapat sponsor ke, barang free ke, ape ke. Produk kecantikan plak tu. Sape tak nak kan. Dapat kurus and cantik tanpa keluarkan modal *cam mustahil je nak dapat kat zaman orang tamak ni* =_="

And bila aku cam interested, die mintak nombor fon aku. Katenye nak menerangkan pasal produk die tu malam tu. Aku sekali lagi dengan selambernya pegi bagi. Adoi aku tak taula kenapa. Kalu dah nafsu nak barang free and nak kurus tu dah daatng, abis lupa semua. On the way balik umah, aku dapat mesej dari si mamat ni. Dia bagitau yang nombor yang die guna hantar mesej tu nombor die. Tak kisahlah tu. Bila sampai rumah, jam pun dah pukul 10 lebih. Aku ade mintak die untuk call aku esoknye tapi die nak jugak brief kat aku pasal produk die malam tu jugak *produktif betul kalau semua syarikat kat Malaysia ni ade staff cam die*. Mule-mule aku tunggu tapi kalo dah sampai pukul 11.30 malam tak call lagi memang dah cukup lewatlah nak terang menerang ni sume. Then aku tido.

Tengah sedap aku tido, aku terjaga dek phone aku bergegar berkali-kali. Tengok si mamat tu yang call. Dah pukul 1.30 pagi waktu tu. Nak terang ape tah pagi-pagi bute tu. Sekali due die bergegar, aku biar. Tapi bila dah lebih tiga kali, aku rimaslah. Bila aku jawab call die, die start tanye pasal body measurement aku and all. Aku at the first place ok je sebab dah kate barang kecantikan untuk pompuan, so aku ingatkan tu a part of the basic info yang die nak taula. Banyak die tanya. Yang bengongnye aku ni, gi jawab and dengar je die cakap. Siap ajar aku cara nak urut breast bagai. Adoi.

Towards the end, si mamat ni dah memang cakap merapu. Die siap tanya aku pernah imagine my first night ke tak. Soalan ape tu? Ade kene mengena ngan produk kau ke kan? Kemuncaknya bila die cerita ngan aku saiz die pune tuuutttt!!! Menggeletar tangan aku pegang phone. Die cerita tu sebab katenye nak bagi aku horny so that senang aku nak masukkan jari aku kat dalam (paham-paham jela ye). Sebab ape tau die nak suruh aku buat tu..sebab die kate one of the products is Krim Perapat. So nak ukur kerapatan akulah agaknye. Bang,aku belum kawin. Kau pun tau. Abis tu perlu ke aku nak kene ukur segala? Then die ade cakap nak bukak boxer. Aku dengar je die cakap macam tu, memang harapanlah aku nak stay on the phone lagi. Hiiiiii geli geleman aku.

Few days after that aku pegi buat report polis. Hari-hari awal after the incident aku memang blur gile. Rase trauma pun ade jugak. Yelah, tak pernah aku kene gangguan macam ni. Rasa macam jijik gile laki tu. Aku pun tak berani nak balik keje and, nak jalan-jalan sorang-sorang. Gerun woooo. Naik LRT pun aku berjaga-jaga. Keliling tren aku tengok. Aku buat report polis kat Sungai Besi. Then the case forwarded to IPD Cheras. Kat sana aku kene bagi keterangan kat Inspektor. Aku pun baru tau rupenye kes macam ni serius. Aku ingat bagi keterangan habis stakat dekat depan kaunter polis tu je.

Aku nak pesanla dekat kaum wanita semua, kalau ada jadi pape kat kita ynag membuatkan kita rasa terganggu, tak selesa, buatlah report. Aku pun rasa macam mana perasaan bila kita cam blur, tak tau nak buat apa. Tapi untuk kebaikan and keselamatan, bila rasa je macam yang aku cakap tadi, better pegi report. Lagipun tak rugi pun buat report, untuk keselamatan kite jugak. Jangan sampai dah teruk baru nak pegi cari polis.




Aku Hanya HambaNya

Sebagai seorang hamba Allah yang kerdil, aku hanya mampu berserah kepadaNya.
Segala yang tersurat dan tersirat di muka bumi ini hanya milik Allah.
Aku tak layak untuk meminta Dia untuk membahagiakan aku kerana berapa saat sahajalah
dari masaku terluang untukNya.Malu itu aku.
Tapi aku yakin Dia tetap menyayangi hamba-hambaNya.
Segala yang tersimpan di dalam hati aku
akan ku serahkan segalanya kepada tuhanku
Kerana Dia yang lebih tahu.
Aku yakin dengan kasihNya.
Aku yakin Dia akan memberi kita yang terbaik walaupun itu bukanlah yang kita mahukan
tetapi atas ilmuNya dan kasihNya itulah yang terbaik untuk kita.
Ya Allah, aku berserah selepas aku telah lakukan yang termampu.