Before this kita dengar berita dekat T.V pasal gempa bumi di Jepun, tsunami di Indonesia, ribut di California and macam-macam lagi. Tapi Malaysia belum lagi terkena bencana alam yang dahsyat kan? Kalau kena pun tempias je. Mungkin bergegar rumah.sikit. Yet it still scares us. Tengah-tengah sedap baring atas katil, tiba-tiba rasa katil bergoyang. Tengok cermin kat diniding, bergerak jugak. Air dalam botol atas meja solek berkocak jugak.'Alamak,dunia dah kiamat ke?' That is the first thing yang akan terlintas kat fikiran.
Ada yang berkata, disebalik bencana alam ni, ada perkara yang berlaku. Ada kejadian yang dimurkai tuhan berlaku di negara-negara berkenaan. Sejauh mana kebenarannya, aku puntak dapat nak pastikan sebab dalam berita hanya ditunjukkan reason dari sudut saintifik. Tak ada pulak pembaca berita tu cakap 'tsunami yang berlaku di Indonesia adalah disebabkan rakyatnya derhaka'. So that's why perkara yang diperkatakan tu tak dapat dikenal pasti kesahihannya. Tapi kemungkinan benda tu betul tak mustahil. Perkara-perkara mungkar ni Allah boleh bayar dengan bayaran cash, Allah mampu buat apa sahaja. Itu memang tak disangkal.
Andai katalah betul apa yang dikata bahawa ada certain places yang bencana alam ni berlaku disebabkan kemungkaran yang terjadi dalam kawasan tersebut, tak salah kalau kita ambil that incident as a lesson. Tengok pada diri kita, orang sekeliling kita and persekitaran kita. Adakah kita cukup selamat dari bencana alam? Adakah kita selamat dari dihukum sebagaimana saudara-saudara kita dihukum? Malaysia sekarang dah nak sama level dah dengan negara barat and negara bukan Islam. Mana orang Islam yang pergi ke kelab, minum arak, bermaksiat and sebagainya. Kalau kita jalan malam-malam dekat Bangsar contohnye...dapatlah kita tengok kemeriahan kelab-kelab malam kat sana. 'Uish...banyaknya kelab malam.ramainye orang malam-malam kat sini'..ternganga mulut tengok suasana kat sana. Tu baru kat Bangsar. Belum kita pergi tempat-tempat lain lagi yang sama naik je kemeriahannya. Cuba bayangkan kalau kat KL je ada 20 tempat yang macam tu. Banyak mana kemungkaran yang berlaku pada setiap malam?
Bila bayangkan this kind of situation, takut mengenangkan apa balasan yang akan kita dapat. Tak takut ke kita semua dengan balasan tuhan? Tengok mangsa-mangsa bencana alam dalam paper pun dah seram sejuk rasanya. Macam manala keadaan kita bila dicabut nyawa nanti? Huuu..takut takut! Jadi rasa-rasanya kita kene prepare je. Bak kata housemate aku, 'jangan sangka Malaysia ni dah cukup selamat'. Sangat setuju dengan pendapat dia sebab bukan sebab Malaysia ni kedudukannya jauh dari gunung berapi ke ap kita nak rasa selamat, tapi akidah penduduk-penduduknya juga diambil kira. Kalau separuh dari penduduk murtad, maksiat berleluasa, baby dibuang merata-rata, orang yang berilmu pun tinggal berapa kerat, bukan kedudukan tanah lagi yang jadi ukuran untuk kita ditimpa bencana ataupun tak.
p/s:akhir zaman,macam-macam jadi