Tuesday, November 9, 2010

Wanita

Disebabkan aku wanita, aku nak post something untuk para wanita hehe. Dalam Islam dikatakan yang wanita ni ada kelebihannya, and kaum Adam juga sepatutnya harus menjaga kaum Hawa sebaik yang mungkin kan..apasal tah ayat aku skema semacam haha. Dah malas nak berceloteh panjang..nah aku list kan apa kelebihan wanita ye...
1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh. 

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat. 

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
 
9.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan 
berkatkan rezekinya

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga. 
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah


 

Lihatlah betapa istimewanya wanita di mata Islam...jadi un tuk dapat ganjaran yang dah dijanjikan, jomla buat ape yang patut hehe 


p/s :renung-renungkan,daaann selamat beramal! ;p

p/s 2: aku tak paham kenapa ayat aku jadi skema kalo aku post entry yang agak ilmiah huuuu


It's a nightmare, and still a nightmare

Troble is a friend..
Oh trouble is a friend owh..owh..

Terngiang-ngiang plak lagu Lenka yang bertajuk macam liriknye di atas..
Bila difikir-fikir balik memang betul pun kan, dalam hidup sape je yang takde masalah? And kadang-kadang masalah ni la yang menceriakan hidup kita..kalau tak, hidup kikta ni macam biasa je tiap-tiap hari. Takde UUMMPPHH orang kate hehe. Tapi yela, kalau pulak dapat masalah yang besar-besar tu, sakit kepala jugak nak fikir kan?

Aku pun samela macam orang-orang biasa and anda-anda semua..tak terlepas dari masalah tapi tak boleh cerita kat sini.it's a P&C huhu. Ahad lepas aku dapat satu problem yang aku kira sangat mengganggu emosi aku sebagai wanita yang penyayang..haha ade kaitan ke? Aku menangis sampai mata aku bengkak..sampai tak boleh bukak langsung..serious tak tipu. Bahana aku nangis tu plak sakit kepala sampai sekarang...berdenyut-denyut. Bagi aku..ape yang aku dapat hari tu memanglah sangat nightmare..aku harap aku mimpi je waktu tu..tapi..harapan jelah kan..

Dulu aku dah pernah alami bende yang sama and aku memang berharap sangat-sangat yang aku takkan dapat masalah yang macam ni lagi. Tapi apekan daya, Tuhan tu maha berkuasa. Die uji aku lagi dengan masalah yang sama tapi alhamdulillah, kurang berat dari dulu. Aku banyak belajar dari kesilapan. Aku discover bende baru yang after 2 tahun lebih ni aku tak pernah terperasan. Pape pun, aku bersyukur dengan dugaan ni sebab aku still ade ape yang aku ade, aku belajar bende baru and aku tau aku kene improve diri aku. So, kalau ade korang-korang yang tengah sedih macam aku, we have to at least bersyukur dengan apa yang kita ade..sebab actually dugaan ni membawa something yang baik jugak. And dalam kita sedih, ada orang yang problem diaorang lagi teruk dari kita. Maybe ade unsur-unsur cliche di situ tapi bila aku sendiri tengah sedih, itula bende yang aku selalu ingatkan diri aku.



Kajian bulan lahir part 2

Tadi check dashboard, ade satu comment dari Cik Khumaera kite...ade permintaan dari beliau pasal kajian tarikh lahir ni.So disebabkan ade permintaan  ni, aku pun dah tolong carikan kajian untuk Januari sampaila November.Jadi sape-sape yang berkenaan bolehla check it out ;p

JANUARI:

[][] Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
[][] Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
[][] Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
[][] Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
[][] Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
[][] Pandai mengambil hati orang lain.
[][] Pendiam kecuali telah dirangsang.
[][] Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
[][] Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
[][] Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
[][] Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
[][] Cukup sayang pada kanak-kanak.
[][] Suka duduk di rumah.
[][] Setia pada segala-galanya.
[][] Perlu belajar kemahiran bersosial.
[][] Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI:

[][] Berfikiran abstrak.
[][] Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
[][] Bijak dan pintar
[][] Berpewatakan yang mudah berubah.
[][] Mudah menawan orang lain.
[][] Agak pendiam.
[][] Pemalu dan rendah diri.
[][] Jujur dan setia pada segalanya.
[][] Keras hati untuk mencapai matlamat.
[][] Tidak suka dikongkong.
[][] Mudah memberontak apabila dikongkong.
[][] Suka kegiatan yang lasak.
[][] Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
[][] Mudah mempamerkan marahnya.
[][] Tidak suka benda yang remeh-temeh.
[][] Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
[][] Sangat berani dan suka memberontak.
[][] Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
[][] Pemerhatian yang tajam.
[][] Suka hiburan dan sukan.
[][] Suka benda yang bersifat seni.
[][] Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
[][] Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
[][] Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
[][] Belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC:

[][] Berpesonaliti menarik dan menawan.
[][] Mudah didampingi.
[][] Sangat pemalu dan pemendam rasa.
[][] Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
[][] Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
[][] Suka pada kedamaian.
[][] Sangat peka pada orang lain.
[][] Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
[][] Tidak cepat marah dan sangat amanah.
[][] Tahu membalas dan mengenang budi.
[][] Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
[][] Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
[][] Suka berangan-angan.
[][] Suka melancong.
[][] Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
[][] Kelam kabut dalam memilih pasangan.
[][] Suka dengan hiasan rumahtangga.
[][] Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
[][] Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
[][] Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL: 
[][] Sangat aktif dan dinamik.
[][] Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
[][] Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
[][] Punya daya mental yang sangat kuat.
[][] Suka diberi perhatian.
[][] Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
[][] Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
[][] Sangat berani dan tiada perasaan takut.
[][] Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
[][] Emosi cepat terusik.
[][] Cuba kawal perasaan.
[][] Kecenderungan bersifat pendendam.
[][] Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
[][] Kuat daya ingatan.
[][] Gerak hati yang sangat kuat.
[][] Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
[][] Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
[][] Sangat cemburu dan terlalu cemburu. 
MEI:
[][] Keras hati & degil.
[][] Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
[][] Pemikiran yang tajam.
[][] Mudah marah apabila tidak dikawal.
[][] Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
[][] Perasaan yang amat mendalam.
[][] Cantik dari segi mental & fizikal.
[][] Tidak perlu dimotivasikan.
[][] Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
[][] Mudah dipujuk.
[][] Bersikap sistematik (otak kiri).
[][] Suka berangan.
[][] Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
[][] Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
[][] Daya khayalan yang tinggi.
[][] Permikiran yang tajam.
[][] Pandai berdebat.
[][] Fizikal yang baik.
[][] Kelemahan sistem pernafasan.
[][] Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
[][] Tidak berapa suka duduk di rumah.
[][] Tidak boleh duduk diam.
[][] Tidak punya ramai anak.
[][] Rajin dan bersemangat tinggi.
[][] Agak boros.

  
JUN:
 [][] Berfikiran jauh & berwawasan.
[][] Mudah ditawan kerana sikap baik.
[][] Berperangai lemah lembut.
[][] Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
[][] Idea yang terlalu banyak di kepala.
[][] Bersikap sensitif.
[][] Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
[][] Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
[][] Bersikap suka menangguh-nangguh.
[][] Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
[][] Cepat marah & cepat sejuk.
[][] Suka bercakap & berdebat.
[][] Suka buat lawak & bergurau.
[][] Otaknya cerdas berangan-angan.
[][] Mudah berkawan & pandai berkawan.
[][] orang yang sangat tertib.
[][] Pandai mempamerkan sikap.
[][] Mudah kecil hati.
[][] Mudah kena selsema.
[][] Suka berkemas.
[][] Cepat rasa bosan.
[][] Sikap terlalu memilih & cerewet.
[][] Kurang mempamerkan perasaan.
[][] Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
[][] Suka pada barang yang berjenama.
[][] Mudah menjadi eksekutif.
[][] Kedegilan yang tidak terkawal.
[][] Sesiapa yang memuji, dianggap musuh.
[][]Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI:
[][] Sangat suka didamping.
[][] Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
[][] Agak pendiam kecuali dirangsang.
[][] Ada harga dan maruah diri.
[][] Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
[][] Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
[][] Sangat menjaga hati orang lain.
[][] Sangat peramah.
[][] Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
[][] Berjiwa sentimental.
[][] Jarang berdendam.
[][] Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
[][] Tidak suka benda remeh-temeh.
[][] Membimbing cara fizikal dan mental.
[][] Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
[][] Layanan yang serupa terhadap semua orang.
[][] Tinggi daya simpati.
[][] Pemerhatian yang tajam.
[][] Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
[][] Mudah dan rajin belajar.
[][] Suka muhasabah diri.
[][] Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
[][] Suka mendiamkan diri.
[][] Suka duduk di rumah.
[][] Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
[][] Tidak agresif kecuali terpaksa.
[][] Lemah dari segi kesihatan perut.
[][] Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
[][] Minta disayangi.
[][] Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
[][] Terlalu mengambil berat.
[][] Rajin dalam membuat kerja.  
OGOS:
[][] Suka berlawak.
[][] Mudah tertawan padanya.
[][] Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
[][] Berani dan tidak tahu takut.
[][] Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
[][] Pandai memujuk orang lain.
[][] Terlalu pemurah & bersikap ego.
[][] Nilai harga diri yang sangat tinggi.
[][] Dahagakan pujian.
[][] Semangat juang yang luar biasa.
[][] Cepat marah & mudah mengamuk.
[][] Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
[][] Sangat cemburu.
[][] Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
[][] Cepat berfikir.
[][] Fikiran yang berdikari.
[][] Suka memimpin & dipimpin.
[][] Sifat suka berangan.
[][] Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
[][] Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
[][] Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
[][] Belajar untuk bertenang.
[][] Sikap kelam kabut.
[][] Romantik, pengasih dan penyayang.
[][] Suka mencari kawan. 



SEPTEMBER:
[][] Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
[][] Sangat cermat, teliti & teratur.
[][] Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
[][] Pendiam tapi pandai bercakap.
[][] Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
[][] Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
[][] Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
[][] Sangat sensitif yang tidak diketahui.
[][] orang yang banyak berfikir.
[][] Daya pentaakulan yang baik.
[][] Otak bijak & mudah belajar.
[][] Suka mencari maklumat.
[][] Kawal diri dari terlalu mengkritik.
[][] Pandai mendorong diri sendiri.
[][] Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
[][] Suka sukan, hiburan & melancong.
[][] Kurang menunjukkan perasaannya.
[][] Terluka hatinya sangat lama disimpan.
[][] Terlalu memilih pasangan.
[][] Sukakan benda yang luas.
[][] Bersistematik. 



OKTOBER:
[][] Suka berbual.
[][] Suka orang yang sayang padanya.
[][] Suka ambil jln tengah.
[][] Sangat menawan & sopan santun.
[][] Kecantikan luar & dalam.
[][] Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
[][] Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
[][] Sentiasa berkawan.
[][] Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
[][] Cepat marah.
[][] Macam pentingkan diri sendiri.
[][] Tidak menolong orang kecuali diminta.
[][] Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
[][] Tidak suka terima pandangan orang lain.
[][] Emosi yang mudah terusik.
[][] Suka berangan & pandai bercakap.
[][] Emosi yang kelam kabut.
[][] Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
[][] Suka melancong, bidang sastera & seni.
[][] Pengasih, penyayang & lemah lembut.
[][] Romantik dalam percintaan.
[][] Mudah terusik hati & cemburu.
[][] Ambil berat tentang orang lain.
[][] Suka kegiatan luar.
[][] orang yang adil.
[][] Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
[][] Mudah patah semangat. 



NOVEMBER:
 [][] Banyak idea dalam perkara.
[][] Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
[][] Berfikiran kehadapan.
[][] Berfikiran unik dan bijak.
[][] Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
[][] Pemikiran yang tajam.
[][] Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
[][] Sesuai jadi seorang doktor.
[][] Cermat dan teliti.
[][] Personaliti yang dinamik.
[][] Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
[][] Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
[][] Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
[][] Terlalu degil dan keras hati.
[][] Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
[][] Tak suka marah kecuali digugat.
[][] Mudah ambil berat terhadap orang lain.
[][] Pandai muhasabah diri.
[][] Cara berfikir yang lain dari orang lain.
[][] Otak yang sangat tajam.
[][] Pandai mendorong diri sendiri.
[][] Tidak hargai pujian.
[][] Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
[][] Cuba sampai berjaya.
[][] Badan yang sasa.
[][] Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
[][] Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
[][] Suka duduk d irumah.
[][] Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
[][] Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
[][] Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
[][] Bercita-cita tinggi.
[][] Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.