Tuesday, November 9, 2010

Wanita

Disebabkan aku wanita, aku nak post something untuk para wanita hehe. Dalam Islam dikatakan yang wanita ni ada kelebihannya, and kaum Adam juga sepatutnya harus menjaga kaum Hawa sebaik yang mungkin kan..apasal tah ayat aku skema semacam haha. Dah malas nak berceloteh panjang..nah aku list kan apa kelebihan wanita ye...
1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh. 

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat. 

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
 
9.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan 
berkatkan rezekinya

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga. 
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah


 

Lihatlah betapa istimewanya wanita di mata Islam...jadi un tuk dapat ganjaran yang dah dijanjikan, jomla buat ape yang patut hehe 


p/s :renung-renungkan,daaann selamat beramal! ;p

p/s 2: aku tak paham kenapa ayat aku jadi skema kalo aku post entry yang agak ilmiah huuuu


1 comment:

  1. wah..sangat best
    untungnya wanita-wanita yang solehah
    dan wanita-wanita yang istiqamah dengan pemakaian purdah di dunia..
    :))

    ReplyDelete