Thursday, May 19, 2011

Aku Hanya HambaNya

Sebagai seorang hamba Allah yang kerdil, aku hanya mampu berserah kepadaNya.
Segala yang tersurat dan tersirat di muka bumi ini hanya milik Allah.
Aku tak layak untuk meminta Dia untuk membahagiakan aku kerana berapa saat sahajalah
dari masaku terluang untukNya.Malu itu aku.
Tapi aku yakin Dia tetap menyayangi hamba-hambaNya.
Segala yang tersimpan di dalam hati aku
akan ku serahkan segalanya kepada tuhanku
Kerana Dia yang lebih tahu.
Aku yakin dengan kasihNya.
Aku yakin Dia akan memberi kita yang terbaik walaupun itu bukanlah yang kita mahukan
tetapi atas ilmuNya dan kasihNya itulah yang terbaik untuk kita.
Ya Allah, aku berserah selepas aku telah lakukan yang termampu.


No comments:

Post a Comment