Bila aku dengar this one word, rasa tenang, rasa penuh dengan cinta auuuwww ;p
Tapi kasih sayang ni penting kan dalam hidup kita? Dan die juga adalah satu nikmat yang sangat indah.Susah nak kita express through words betapa hati kita penuh dengan kasih sayang kalau kita sayang seseorang kan?
Hidup ni kene penuh dengan kasih sayang..kasih sayang pada tuhan, parents, siblings, family etc. Barula hidup kita bahagia and happy selalu v(^_^)v
Panjang lebar pulakla aku membebel pasal kasih sayang ni kan?huhu
Ok2 kita fokus kat 'subjek' aku sebenarnya ye..
Pagi Jumaat lepas aku macam biasa berjalan ke bustop nak tunggu bas pegi LRT.Dalam masa aku tunggu bas tu ada dua orang budak lelaki, sekolah rendah, adik beradik nak lintas jalan ke bustop yang sama dengan aku. Tengah dia nak lintas jalan tu, abang die pegang je tangan adik die, pimpin tangan adik die. Kejadian tu sangat menyentuh perasaan aku. Nampak dengan jelasnya kasih sayang seorang abang towards adiknya. Before this aku selalu je tengok dua beradik ni berbual. Bila aku dengar conversation diaorang tu, si abang selalu mengalah dengan adik. Kadang-kadang sampai kene tujah kepala si abang, adik die buat biasala budak lelaki bergurau memang kasar..Tapi abangnya tak pernah membalas. Senyum and gelak je si abang dengan apa yang adik die buat and cakap. Memang aku tersentuh sangat tengok betapa baiknya abang dia melayan adiknya..
Dari kejadian melintas jalan tadi aku dapat rasa cewwah cam psychic plak aku huhu yang abangnya tu insyaAllah akan jadi abang yang bertanggungjawab hehe. Sangat comel diaorang tu..gambar diaorang tak dapat aku candid untuk tatapan semua sebab aku takde kamera yang hebat macam orang len huuu.Camera pun tak canggih jugak. And bila tengok si abang and adik tu teringat pulak kat abang saya yang selalu 'pegang tangan' adik-adiknya dari kitorang kecik sampai dah besar gajah haha saya tak boleh puji abang saya banyak-banyak kat sini nanti die kembang semamgkuk ;p Tapi saya still nak mengucapkan thanks to my brother for being the best brother in the world. Kalau saya boleh bagi award, mesti saya akan bagi award tu kat die huuuu
No comments:
Post a Comment