Monday, March 21, 2011

Jatuh dan aku adalah SATU

Aku tak taula apa problem kaki aku ni. Korang pernah tak rasa kaki korang macam 'lembik'? Bila jadi macam tu korang jatuh sebab tiba-tiba je cam kaki tak boleh nak support badan korang. Aku selalu giler jadi macam ni. Aku pun tak bape nak paham kenapa bende ni jadi. Ada sorang member aku cakap, sebab foundation aku tak kukuh. Meaning kaki aku tak sesuai dengan saiz badan aku *nak kate aku GEMUK la tu kan?jahat sungguh!haha*


Haa...balik ke cerita kaki lembik aku ni, aku dah terjatuh disebabkan kaki aku ni tak stable ehhh.Kejadian pertama *aku tak ingat actulally ni yang pertama ke tak tapi ni yang kuat di kotak memori aku ni* jadi waktu aku still belajar kat UIA. Waktu tu aku nak pegi library. Waktu tu malam. Aku berjalanlah dari hostel ke library tu. Tapi kat pertengahan jalan, aku kena lintas jalan raya. Waktu aku tengah men'slow'kan gerak langkah aku sebab nak usha kete before lintas, tiba-tiba kaki aku ni buat hal..jadi lembik. Lepas tu ape lagi..terduduklah aku kat tepi jalan tu. Malu gile jangan nak kata sebab ada kereta lalu tu haha. Tapi yang aku harapkan dia tak cam muka aku hua3 and nasib baik jugak aku pakai serba hitam *tapi from head to waist je.waist to bottom pakai kaler biru ;p*

Itu kejadian first..kejadian second plak..setelah lama kaki aku ni tak buat hal, datang pulak satu hari ni. Waktu ni aku dah kerja dah hehe. Pada satu hari yang indah lagi nyaman ni, aku bersemangatlah nak masuk kelas *macam aku bersemangat selalu-selalu tu ceewwaahh ;p* Aku dah mendaki tangga nak ke kelas dari ofis, juga dengan semangat. Dah habis pendakian aku, aku sampai ke level tempat kelas aku berada. Tengah aku syok-syok jalan tu, tiba-tiba aku tak tahu macam mana, kaki kau terpelecok. Aku tak tau nak salahkan lantai ke, sandal aku. Aku tengok lantai, memang permukaannye agak licin. Sandal aku pun tapak agak haus dah. Mungkin bila buku bertemu ruas, jadilah kejadian jatuh menjatuh ini huuu. Sakit bukan kepalang..tapi malu lagi lebihla haha. Aku punya malu takut-takut ada students nampak, terus aku bangun tanpa aku hiraukan kesakitan yang aku alami tu aduusss. Aku tengok depan, selamat takde students. Aku pasang telinga kot-kot kat belakang ada orang, rasanye dah selamat sebab tak dengar bunyi tapak kaki. Aku pun berjalanlah terhencot-hencot sikit *tu pun still cover lagi ok*. Baru aku menapak beberapa langkah, ada orang datang dari tepi. Dia tengok aku sambil tanya "ok tak?" OH NOOOOO!!!!!! ADE ORANG NAMPAK AKU JATUH!!! malu ok! =_="
Tak taulah macam mana muka aku waktu tu..tapi aku sangatlah malu.

Tu kejadian kedua..ada lagi satu incident *haa belum habis lagi eehhh*. Susulan kejadian jatuh kat area kelas, aku pun memang serik nak pakai sandal yang tapak dah haus tu and lalu kat tempat aku jatuh tu. Kalau aku lalu pun, aku jalan pelan-pelan hua3. Kejadian seterusnya jadi waktu pagi jugak. Aku pergi keje naik LRT. Selama aku naik ni tak pernah pulak ada masalah jatuh ke apa. Semuanya clean and clear. Tapi tulah...ku sangka panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari. LRT kat tempat keje aku tu, ada satu waktu ni dia buat renovation. So adela tiles yang dicabut and what not. On this malang day, aku keluar dari tren bila dah sampai ke destinasi. Bila cucuk kad dekat mesin tu, aku pun berjalanlah dengan penuh confident nye. Dahla aku pakai baju and kasut matching hari tu. Bertambah-tambahla confident aku ni kan. Sekali bila aku berjalan tu, tiba-tiba aku tak perasan lantai yang aku pijak tu tak rata. Tiles kat satu tempat ni dicabut. Hah ape lagi murid-murid?memang tersungkur aku kat situ! Memang macam nagka busuklah aku jatuh. Dah takde maknenye lagi itu confident ppfffttt!!!! Malu? Aku rasa aku dah immune dah..tak malu sangatla hahahaha! *tula...jalan tu tengok-tengok sikit kan?Kalau mendongak memanglah jatuh*

Pastu, kejadian last skali selepas dekat LRT tu, ade laaagggiiii satu. Waktu ni aku balik keje plak. Kejadian ni dekat LRT jugak tapi bukan kawasan luar ye murid-murid. This time kena dalam train pulak. Aku dengan kawan aku macam biasalah, berborak-borak waktu tengah tunggu tren. Bila tren dah samapi, kami still bergembira berborak-borak. Tiba-tiba sedang kami asyik bersembang, kitaorang ternampak ade seat kosong. So dengan bangga and confidentnye *aku ni buat apa pun confident kan* aku berjalanla ke arah tempat duduk tu. Sekali bila aku barruuuu je nak melabuhkan punggung aku ke atas seat besi yang keras tu, driver tren tiba-tiba tekan pedal *aku tak taula sistem pemanduan tren ni.Tapi aku slalu bayangkan dia tekan pedal cam orang bawak kereta tu hahaha*. Dah bila tren tu tiba-tiba bergerak, aku yang tengah kaki pun tak tegak, jatuh atas orang sebelah. Sambil aku melatah, aku tahan badan aku. Yela, kang aku henyak orang tu memang menjerit kot *aku ni 'ringan' kan?* Nasib baik aku melatah benda elok-elok tau. Dibuatnya aku melatah bende tuuuutttt memang habislah...muke je comel, tapi melatah tak senonoh *comel ke?hua3*
So tulah cerita-cerita aku pasal aku jatuh ni. Conclusion yang aku buat dari semua kejadian-kejadian ni, jatuh dan aku adalah satu.Memang tak dapat dipisahkan. Dari tak pandai berjalan sampai dah reti berjalan pun asik jatuh je.

No comments:

Post a Comment