Thursday, December 30, 2010

Sekali lagi bangga

Piala yang direbut-rebut
 Malam tadi Malaysia menang football match lawan dengan Indonesia. Huuuuu aku memang bangga..cukup-cukup bangga dengan pemain kita. Tapi ada kekecewaan sket di hati gue..eh aku tercakap bahasa Indonesia plak. Sebab aku kecewa ialah kerana Malaysia berjaya golkan satu mata je, tewas kat tangan Indonesia 2-1. Kita menang sebab kita bawak mata dari match yang lepas. Kalau match yang lepas pun kita 0-0, maka kalahlah alamatnya semalam. Tapi Alhmdulillah dah selamat pun pasukan kita menang. Tahniah kepada semua pemain hehe.

Aku tengok bola semalam dengan housemate semua. Everyone ada kat depan t.v except Dania yang keluar berjumpa Mr.Sayang nya. Aku punya jerit campur dengan housemate aku yang lain terutamanya K.Mai, memang bergegar rumah tu dibuatnya. Part tak payah jerit pun kitaorang jerit jugak. Tapi suara still maintain okk!Semalam nampaknya Malaysia bekerja keras nak pertahankan pasukan kita dari serangan pemain Indonesia. Dahsyat jugak Indonesia serang kita malam tadi. Bertalu-talu bola diaorang tendang ke gol Malaysia. Tapi nasib baiklah Fahmi si keeper tu hebat pheeewwwiiittt haha. Lagi sorang player yang kitorang perasan, si Norshahrul kalau tak silap aku. Semalam tak tau kenapa dengan dia. Asyik rebah je. Jap lagi kang kepala kene singgung, pastu plak keting kena sepak, then pergelangan kaki pulak yang kena. Asyik jatuh je mamat tu. Yang kelakarnya kitaorang boleh terpikir adakah tu taktik Malaysia nak lambatkan masa ke apa. Macam si Shahrul tu character sebagai penjatuh hahaha. Adakah perkataan itu? Atau mungkin dah nasib dia memang asyik kena je malam tadi huhu.  

Pape pun, aku memang bangga dengan pemian-pemian kita. Walaupun ada yang komplen ada yang malas nak kejar bola, aku paham korang penat. Padang bola tu mak datok besar giler. Memanglah pancit kalau tak berenti korang kejar bola tu selama sejam lebih. Jangan risau, aku tetap sokong korang. Dengan aggregate 4-2, Malaysia telah menang! Hidup Malaysia!yiiihhhaaaa!!!!


Favorite player ;p

Macam muka Edry KRU plak aku tengok si Safee Sali ni huhu



We are the champion!!!!


No comments:

Post a Comment