Orang Malaysia ni kitalah tu huhu selalu mengaku yang kita ni bertamadun kan? Kalau ada orang cakap kita ni tak bertamadun uiiisssshhh marah sungguh. Rasa memang orang tu sangat tak betullah!haish! Tapi kan, aku adala tengok beberapa situasi yang merasakan orang Malaysia ni kita lagi taklah bertamadun sangat tapi tak semua yeeeee marah orang kat aku nanti.tiiidaaaaakkkk!!! Ni aku bagi situasi-situasai yang aku nampak..
Situasi 1:
Aku tengah tunggu bas dekat bustop di salah satu stesyen LRT kat KL ni lupe plak nak cakap,aku dalam position duduk kat bench yang disediakan. Lepas tu tiba-tiba ada sorang minah ni datang duduk sebelah aku. Then dia bawak keluar koci yang dia baru beli. Mana aku tau dia baru beli? Sebab aku nampak kertas bungkus die tak bukak lagi. Pastu dia start makan. Tapiiiiiii korang tau tak, die kopek/kupas or whatever you call it kulit koci tu, kulit koci tu dia boleh buang je atas lantai. Dah pulak tu kalau makan koci takkan kau makan satu biji yang kecik tu...mana puas kaaannnnn?????mestilah lepas makan satu, makan satu lagi dan satu lagi dan beribu-ribu lemon. Korang bayangkanla...lepas kupas kulit,terus je die campak kulit tu atas lantai. Jadinya banyakla kulit koci berterabur atas lantai tu. Aiiiiyyyoooo orang macam ni pun ada ke? Takkanlah dia tak tau yang kulit koci tu SAMPAH? ke dia nak kutip balik kulit yang dia dah buang tu msuk dalam beg die semula ke aku tak tahulah.
Situasi 2:
Aku tengah tunggu bas dekat stesyen yang sama seperti di atas asyik-asyik kejadian pelik berlaku kat tempat sama haha.Apa boleh buat...Again aku dalam position yang sama jugak. Adala dua orang minah ni datang tapi sorang je yang duduk kat tepi aku. Lepas tu diaorang borak-borak, and suddenly aku dengar yang minah yang duduk ni mengarahkan kawan dia yang tengah berdiri tu belikan dia keropok lekor yang dijual di stall kat sebelah tempat duduk kitaorang tu. Lepas aku dengar yang kawan dia yang berdiri tu macam malas nak pegi belikan and dia suruhla kawan dia yang nak makan tu beli sendiri. Pastu si 'pengarah' tu kate "ala aku penatla nak bangun..ko belikanla..aku lemah sikit bab jalan-jalan ni" padahal dekat je kot....sejengkal je stall tu dari tempat duduk kitaorang. Aku simpulkan bahawa samada dia memang pemalas atau takut tempat duduk dia orang lain amik. Terpaksala kawan dia ni pegi belikan keropok lekor tu and bila si kawan ni bagi kat dia, dia boleh cakap apa tau...."eh,ko tak beli skali ke?" ewah ewah....ko pandai pulak nak berbasa basi. Dah sedap suruh orang tu pegi beli, siap tanya macam tu kan? Dah dari awal kawan ko tu tak nak pegi, maksudnye dia pun takde niat nak belila...adoi. Pas minah ni makan, makan and makan sampai keropok lekornye habis........die trus pusing blakang and campak plastik keropok lekornye kat belakang,atas lantai..boleh? Padahal tong sampah ada je kat belakang tempat duduk kitaorang tu je.
Situasi 3:
Aku tengah jalan nak ke ofis setelah turun dari LRT. Dekat stesyen LRT tu ade sebatang sungai yang tak rupe sungai sangat sebab kotor and baunye 'wangiiiiiii'. Biasanya aku lalu kat situ ok je, takde apa yang menarik or pelik. Tapi satu pagi ni tengah aku jalan, around 7.40 camtu, orang yang berjalan depan aku tiba-tiba menghayunkan tangannya yang memegang plastik and dengan bangganya die melepaskan plastik yang dipegang tu ke dalam sungai tu. Aku cam 'APEKAH?' Kot ye pun nak membuang sampah, before lalu kat sungai tu, ada je tong sampah. Tapi aku tak tau kenapa dia memilih sungai sebagai tempat dia membuang sampah dia tu. Patutla sungai tu dah tak macam sungai aku tengok. Kalau ada sepuluh orang macam tu, and masing-masing pun bawak beg plastik yang penuh ngan sampah,buang kat situ...memang 'cantik'la sungai tu jadinye.
So pada pendapat korang, bertamadunkah mereka or rakyat Malaysia ni? Ni baru bab buang sampah beb and situations ni yang kita nampak. Yang kita tak nampak tu kita pun tak tahulah kan? Harapan aku supaya marilah kita sama-sama improve untuk kemajuan Malaysia. Malaysia boleh! tetibe haha
No comments:
Post a Comment