Wednesday, January 5, 2011

Tersalah Percaturan

Kelas aku hari ni ada dua. Satu pukul 10 pagi tadi sampai pukul 12. Satu lagi ikut catatan aku pukul 1. So habis kelas pukul 10 tu aku pun pergilah makan. Konon-kononnya nak menyiapkan diri untuk ke kelas lagi satu. Tak adalah perut aku ni berbunyi-bunyi nanti, and supaya bersemangatlah hendaknya daku di dalam kelas mengajar. Aku pun pergilah makan dengan budak-budak ofis macam biasa and makanlah aku dengan sedapnye hehe. Menu hari ni nasi lauk sayur kangkung, tauhu telur and ikan kembung masak lemak. Fuuuhhh sedap beb!

Selesai makan, aku berjalanlah menuju ke ofis. Tengah jalan tu, aku terserempak dengan students aku. Dari jauh aku dah senyum kat diaorang. Lepas tu tiba-tiba aku disapa dengan satu soalan yang berbunyi 'Miss, takde kelas ke arini?' Aku pun dengan bangganya jawab ade. Aku pikirkan budak-budak ni nak main-main ngan aku. Lepas tu diaorang cakap 'Ada?Sekaranglah kelas Miss' Aku cam blur..sebab seingat aku, aku tulis dalam notebook kelas diaorang pukul 1. Bila dah menjalani soal jawab ngan aku and setelah aku meyakini yang diaorang memang tak main-main dengan aku, aku pun buat keputusan untuk replace kelas tu. Kalau nak buat jugak pun, ramai yang dah balik.

Apa-apa pun murid-muridku, saya memohon maaf diatas kesilapan saya huhu. Esok saya pasti akan berjumpa kamu semua.

p?s:bila aku check notebook, memang aku tulis pukul 1. Mungkin mata ni tersilap waktu aku amik info dari dalam website huuu. Tersilap percaturan rupanya aku......


Monday, January 3, 2011

Arrrggghhhh!!!!Students ke tu?

Selama sebulan dua ni aku telah menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik yang sangatlah relax akibat ketiadaan anak-anak muridnya. Selama percutian anak-anak muridku, aku dan rakan-rakanku sangatlah bekerja secara santai. Datang office dengan lenggang kangkung, tanpa perle memikirkan apa-apa. Course planner? Jadual? Credit hoor? Kelas kat mana? Ah...nanti-nanti je aku pikir.

Tapi setelah masa itu berlalu, aku tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan students ke kolej. Kolej yang before ni lengang je, tiba-tiba penuh. Tu belum semua datang...separuh pun tak sampai. Mental dan fizikalku belum bersedia waaaaa...

Namun dengan keadaan ini jugaklah aku terpaksa menjalankan tanggungjawab aku. Kalau tk, dahla sebulan dua ni makan gaji buta...ooopppsss haha. Takdela buta sangat..dah takde students, rilexlah sikit. Tapi actually ade jugak benda-benda sampingan yang aku kena buat huhu. Students sekalian...tunggulah mood cikgumu yang akan berkobar-kobar tak lama lagi nescaya cikgumu ini akan menjadi guru yang sangat efficient!habislah korang.....muahahaha

Thursday, December 30, 2010

Sekali lagi bangga

Piala yang direbut-rebut
 Malam tadi Malaysia menang football match lawan dengan Indonesia. Huuuuu aku memang bangga..cukup-cukup bangga dengan pemain kita. Tapi ada kekecewaan sket di hati gue..eh aku tercakap bahasa Indonesia plak. Sebab aku kecewa ialah kerana Malaysia berjaya golkan satu mata je, tewas kat tangan Indonesia 2-1. Kita menang sebab kita bawak mata dari match yang lepas. Kalau match yang lepas pun kita 0-0, maka kalahlah alamatnya semalam. Tapi Alhmdulillah dah selamat pun pasukan kita menang. Tahniah kepada semua pemain hehe.

Aku tengok bola semalam dengan housemate semua. Everyone ada kat depan t.v except Dania yang keluar berjumpa Mr.Sayang nya. Aku punya jerit campur dengan housemate aku yang lain terutamanya K.Mai, memang bergegar rumah tu dibuatnya. Part tak payah jerit pun kitaorang jerit jugak. Tapi suara still maintain okk!Semalam nampaknya Malaysia bekerja keras nak pertahankan pasukan kita dari serangan pemain Indonesia. Dahsyat jugak Indonesia serang kita malam tadi. Bertalu-talu bola diaorang tendang ke gol Malaysia. Tapi nasib baiklah Fahmi si keeper tu hebat pheeewwwiiittt haha. Lagi sorang player yang kitorang perasan, si Norshahrul kalau tak silap aku. Semalam tak tau kenapa dengan dia. Asyik rebah je. Jap lagi kang kepala kene singgung, pastu plak keting kena sepak, then pergelangan kaki pulak yang kena. Asyik jatuh je mamat tu. Yang kelakarnya kitaorang boleh terpikir adakah tu taktik Malaysia nak lambatkan masa ke apa. Macam si Shahrul tu character sebagai penjatuh hahaha. Adakah perkataan itu? Atau mungkin dah nasib dia memang asyik kena je malam tadi huhu.  

Pape pun, aku memang bangga dengan pemian-pemian kita. Walaupun ada yang komplen ada yang malas nak kejar bola, aku paham korang penat. Padang bola tu mak datok besar giler. Memanglah pancit kalau tak berenti korang kejar bola tu selama sejam lebih. Jangan risau, aku tetap sokong korang. Dengan aggregate 4-2, Malaysia telah menang! Hidup Malaysia!yiiihhhaaaa!!!!


Favorite player ;p

Macam muka Edry KRU plak aku tengok si Safee Sali ni huhu



We are the champion!!!!