Monday, April 4, 2011

Love is...

"Love is the irresistible desire to be irresistibly desired." - Mark Twain



"Attention is the most basic form of love; through it we bless and are blessed." - John Tarrant



Let the words describe the feelings :)


Friday, March 25, 2011

Entry Plagiat

Before ni aku ada baca blog-blog yang ada dalam bloglist aku. This one time, aku tengok ada dua blog yang entry diorang diplagiat. Isi entry diorang adalah hasil nukilan diorang. Kira the words yang ada dalam blog tu, datang dari idea diorang sendiri. Fresh dari kepala otak, isi terus dalam blog tu. Diaorang bercerita pasal vacation with family la,hobi la and macam-macam lagi. Tapi entry macam tu yang diplagiat. Memang tak paham pulak aku. Kenapa je nak plagiat orang punya entry yang bercakap pasal pengalaman diorang ape semua? Kenapa? Pengalaman diorang sama sebijik ke dengan orang yang diorang curi cerita tu?

Tertanya-tanya aku..kenapa perlu curi cerita orang? Sedangkan bukannya pencilok tu tak boleh menulis, tak ada idea kan? Tuhan bagi kta akal. Fikirkan sajelah keistimewaan manusia yang mempunya akal ni..manusia dah berjaya mencipta banyak benda canggih, manusia mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan akal, rasional, logik etc., manusia boleh berfikir, manusia sangat kreatif. Terlalu banyak yang manusia boleh buat. Tapi kenapa benda se simple menulis pun perlu manusia nak ambik idea orang? Kalau nak refer tu sikit-sikit sudahlah..and jangan lupa acknowledge the source.
Mungkin MALAS kot yang menjadi jawapan. Agak-agak entry orang best, ambik je. So dat orang yang baca blog dia ramai. This is just my inference. Tapi tak dinafikan jugak ada manusia yang psycho. We will never understand kenapa dia buat certain things. Mungkin ni pun boleh dijadikan sebab. Tapi apa pun, bagi kita yang tak 'sakit', masih boleh berfikir, gunalah apa yang kita ada. Agak-agaknyelah kan..tak bangga ke bila menulis something (no matter whether it is for entertainment *novel,poem etc.* or just meluahkan isi hati dan memberi pendapat *like what I'm doing now hehe*) and ada orang suka baca, and diorang appreciate hasil tulisan kita. Bukankah itu dah menunjukkan yang kita ni manusia yang at least menggunakan akal yang diberi tuhan. Bukan susah pun nak menulis even just untuk suka-suka macam bloggers yang ada kat Malaysia ni kan. Ye, memang untuk menulis tu ada tekniknya. Tapi mungkin bakat menulis tu dah ada dalam diri. Tonjolkan sajelah. And taste orang lain-lain. Mungkin bila kita menulis, ada je orang yang suka baca walaupun bagi orang lain cara kita tak best..beautiful is subjective *macam aku ni..aku tak tau pun ada ke orang baca blog aku?haha. Takpe,belasah je. Asalkan aku dapat satisfaction dari menulis ;p*
So janganlah malas nak keluarkan idea. Jangan biarkan sifat MALAS tu diwarisi oleh anak-anak kita.
p/s:kalau students aku plagiat waktu buat assignment yang aku bagi, memang habislah~
p/s:aku pun pernah ambik artikel yang content nya ilmu untuk dikongsi. Tapi aku acknowledge source nya dari mana.

Monday, March 21, 2011

Trivia Wanita

Hari Jumaat lepas aku pergi ceramah bertajuk 'When Adam meets Hawa'. So adela die bagi trivia pasal wanita which I considered as interesting and a new knowledge to put in this half empty brain. Let;s us look on what are the things related to women
  • Wanita lebih cepat menangis dari lelaki an labih cepat dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
  • Wanita sangat berlebihan daklam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya
  • Kecantikan seorang wanita terletak sejauh mana dia dapat menahan malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana dia dapat menahan (menjaga) marahnya
  • Wanita tidak diciptakan untuk dikagumo semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang lelaki.
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dab tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri an anak-anaknya.
  • Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya (dosa kecil) diampun Allah.
  • Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat; sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
  • Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menubnaikan tanggungjawab kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
  • Sesungguhnya wanita paling mudah memasuki syurga dan paling banyak menghuni neraka.

Sungguh tinggi darjat seorang wanita di dalam Islam. Jom renung-renungkan dan..selamat beramaaaall ;)

Gambar adalah ehsan Encik Google