Friday, October 29, 2010

Second call

Semalam aku dikejutkan dengan wall post encik zane yang bertanyakan samada aku dapat gi exam PTD lagi tak.Dengan harapan yang aku tak nak dapat call tu padahal dulu nak sangat, aku pun checkla portal SPA. Dengan berdebar-debar jugaklah aku masukkan nombor kad pengenalan aku....and result yang aku dapat is


I was like haaaaa????aku dapat lagi? Malas kot nak pegi lagi, mengadap bape paper tu adik-adik? TUJUH ye....phew~ Pengalaman buat test ni memang exhausted. Kena perah otak for every paper. Aku bukan tak nak pegi sebab aku give up. Kalo aku nak sesuatu benda tu orang tak payah suruh, aku sendiri akan cari jalan camane nak dapat. Samala jugak condition nye dengan PTD ni. Waktu 1st call dulu memerah otak aku study,exercise bagai. Tapi this time aku dah decide nak menumpukan hidup aku dalam bidang education.

Since aku dapat result PAC yang menyatakan aku gagal dalam that assessment, aku fikir kenapa aku tak dapat berdasarkan penilaian aku terhadap group members aku bukan nak underestimate tapi kita boleh menilai kan...Pastu aku tengok jugak macam mana life Encik Azlan yang sangat hectic,yang nak kene menolak 'ganjaran' hebat, yang stress ngan keje but usually client almost everyday, yang nak kena mengadap orang yang kadang-kadang kita terpikir 'ada jugak orang macam ni skang?' And aku consider life aku sebagai ibu nanti..takkan aku nak biar anak-anak aku without their parents' attention bila dua-dua dah busy? Mestilah aku tak sanggup kan..Aku perempuan..bende-bende tu semua kena consider. Biarlah Encik Azlan sorang je yang busy nanti, and biarla aku tengok anak-anak cewwaaahhh cam dah ade anak je ;p Tengok budak-budak skang yang sangat advance, gerun aku weeeiiii. Of coursela aku tak nak anak-anak aku terbiar and terjebak ngan bende-bende tak senonoh kan? Mak bapak sape yang nak????btau aku sket..

Orang kata keje PTD ni duit banyak..keje PTD ni ada nama, orang pandang etc. Keje government banyak benefit nya..lebih dari keje swasta. Ye, aku tak nafikan semua tu.Kalau nak fikir keje government secure, takpela, Encik Azlan dah ade dalam government, insyaallah securelah family nya. Keje PTD banyak duit, ada nama and semua bende yang disenaraikan tadi mahupun yang tak disenaraikan...kita hidup ni kejap je. Sampai bila nak kejar nama and harta..tah-tah baru jadi PTD sehari esok dah kiok, ade ke ko dapat nama and harta jugak? And skarang ni ada banyak benda yang kita boleh buat kalau nak sangatlah dapat nama kan...Bende ni semua duniawi huhuhu. Besides aku sayang dunia pendidikan ni, dah sangat selesa mengajar. Seriously apa yang aku buat skang, aku happy walaupun busy. Aku happy buat students aku happy and ajar diaorang. Keje aku skang ni memerlukan kasih sayang untuk semua berjalan and i like it so much because im a loving person hiiiiiiii perasan kot. So keputusan aku buat masa skang ni aku nak focus kat keje aku skang and aku tak nk pegi exam tu huuu.

p/s:on that 13 pun nak jumpe Encik Azlan so memang sangat-sangat tak boleh pegi sebab kitaorang ade plan bek punya ;p


Tuesday, October 26, 2010

Kasih Sayang

Bila aku dengar this one word, rasa tenang, rasa penuh dengan cinta auuuwww ;p
Tapi kasih sayang ni penting kan dalam hidup kita? Dan die juga adalah satu nikmat yang sangat indah.Susah nak kita express through words betapa hati kita penuh dengan kasih sayang kalau kita sayang seseorang kan?
Hidup ni kene penuh dengan kasih sayang..kasih sayang pada tuhan, parents, siblings, family etc. Barula hidup kita bahagia and happy selalu v(^_^)v

Panjang lebar pulakla aku membebel pasal kasih sayang ni kan?huhu
Ok2 kita fokus kat 'subjek' aku sebenarnya ye..
Pagi Jumaat lepas aku macam biasa berjalan ke bustop nak tunggu bas pegi LRT.Dalam masa aku tunggu bas tu ada dua orang budak lelaki, sekolah rendah, adik beradik nak lintas jalan ke bustop yang sama dengan aku. Tengah dia nak lintas jalan tu, abang die pegang je tangan adik die, pimpin tangan adik die. Kejadian tu sangat menyentuh perasaan aku. Nampak dengan jelasnya kasih sayang seorang abang towards adiknya. Before this aku selalu je tengok dua beradik ni berbual. Bila aku dengar conversation diaorang tu, si abang selalu mengalah dengan adik. Kadang-kadang sampai kene tujah kepala si abang, adik die buat biasala budak lelaki bergurau memang kasar..Tapi abangnya tak pernah membalas. Senyum and gelak je si abang dengan apa yang adik die buat and cakap. Memang aku tersentuh sangat tengok betapa baiknya abang dia melayan adiknya..

Dari kejadian melintas jalan tadi aku dapat rasa cewwah cam psychic plak aku huhu yang abangnya tu insyaAllah akan jadi abang yang bertanggungjawab hehe. Sangat comel diaorang tu..gambar diaorang tak dapat aku candid untuk tatapan semua sebab aku takde kamera yang hebat macam orang len huuu.Camera pun tak canggih jugak. And bila tengok si abang and adik tu teringat pulak kat abang saya yang selalu 'pegang tangan' adik-adiknya dari kitorang kecik sampai dah besar gajah haha saya tak boleh puji abang saya banyak-banyak kat sini nanti die kembang semamgkuk ;p Tapi saya still nak mengucapkan thanks to my brother for being the best brother in the world. Kalau saya boleh bagi award, mesti saya akan bagi award tu kat die huuuu 




Thursday, October 21, 2010

Marah

 Manusia and marah memang tak dapat dipisahkan..
Silap sikit kita marah, kadang-kadang orang tak buat silap pun kita marah
Marah ni tak elok and boleh bawak ke perkara-perkara tak elok jugak
Tadi dalam ceramah Ustaz Muhammad Kazim Elias
Dalam Islam ada beberapa kategori orang yang marah...

Ada jenis orang yang cepat marah and cepat sangat redanya
Ada pulak orang yang cepat marah tapi redanya MasyaAllah lambat..kalo boleh nak pindah rumah, keluar kampung sebab nak tunjuk sangat kita ni marah. yang ni golongan yang dikata 'busuk' huhu
Ada jugak yang lambat marah dan cepat redanya yang ni paling baik

Kita ni marah kadang-kadang tak bersebab
Ada situation bila kita tengah tidur, tapi bila ayam berkokok kita marah pulak ayam tu. Siap pegi cekik lagi tengkok ayam tu. Padahal ayam tu tak salah pape pun kan...die hanya buat apa yang sepatutnya dia buat and dah nature ayam tu sendiri untuk berkokok, tapi at the end die pulak kene cekik. Sometimes kita ni pun kene tengok sesuatu bende yang jadi dari susut yang positif. Kita kene tukar bende yang tak elok tu kepada bende yang elok. Contohnya dalam rumah tangga, si suami tak suka nak dengar si isteri punya bebelan which is women's nature. Then selalu pulak die complaint, cerita kat orang yang isteri die ni suka membebel. Tapi kalau dia ni ambil jalan untuk tak marah, die akan pandang bebelan tu dari sudut yang lain. Dia boleh fikir yang bebelan isteri tu sekejap je..adala dalam 20 minit..kalau nak dibandingkan, bebelan tu sekejap je dibandingkan dengan penat lelah dia masak untuk si suami tu, bebelan isteri tu tak selama masa dia berpeluh nak uruskan pakaian si suami...kalau si suami berfikir atau pandang dengan cara yang macam ni, si suami tu sure takkan marah kan? Si isteri pun bolehla berfikir atau tukar cara kita pandang sesuatu dengan cara yang lebih positif.

Selain dari itu, cewwah cam skema plak ayat aku huhuhuhu marah ni boleh mengakibatkan 'penyakit'
Bila kita marah, kita tend to tell others about the person yang kita marahkan tu and secara tak langsung kita create satu komuniti 'membeci si polan dan si polan'. Nak-nak yang pompuan ni kan, suke bercerita atau meluahkan perasaan untuk releasekan tension tapi dalam masa yang sama kita dah create satu komuniti yang membenci.

For my own opinion it's hard untuk menahan diri kita dari marah. Kalau kita orang yang betul-betul ada iman, insyaAllah kita boleh bersabar dengan apa je keadaan. Sebab tu la dalam Islam ada cakap 'sabar itu separuh daripada iman' betul tak?. Bila kita ditimpa masalah or musibah, kita kena redha, kena fikir positif, kene bersabar..walau sebesar mana pun masalah kita tu, kalau kita beriman pada tuhan kita mesti takde masalah kan? Aku sendiri pun tengah melatih diri untuk bersabar. Yela, kadang-kadang ada benda yang jadi tu betul-betul menguji kesabaran kita. Waktu tu la kalau kita tak sabar, mau terbang pinggan mangkuk semua huhu. So marilah sama-sama kita try do our best yek? ;)