Tuesday, June 14, 2011

Malaysia kena bencana

Before this kita dengar berita dekat T.V pasal gempa bumi di Jepun, tsunami di Indonesia, ribut di California and macam-macam lagi. Tapi Malaysia belum lagi terkena bencana alam yang dahsyat kan? Kalau kena pun tempias je. Mungkin bergegar rumah.sikit. Yet it still scares us. Tengah-tengah sedap baring atas katil, tiba-tiba rasa katil bergoyang. Tengok cermin kat diniding, bergerak jugak. Air dalam botol atas meja solek berkocak jugak.'Alamak,dunia dah kiamat ke?' That is the first thing yang akan terlintas kat fikiran.

Ada yang berkata, disebalik bencana alam ni, ada perkara yang berlaku. Ada kejadian yang dimurkai tuhan berlaku di negara-negara berkenaan. Sejauh mana kebenarannya, aku puntak dapat nak pastikan sebab dalam berita hanya ditunjukkan reason dari sudut saintifik. Tak ada pulak pembaca berita tu cakap 'tsunami yang berlaku di Indonesia adalah disebabkan rakyatnya derhaka'. So that's why perkara yang diperkatakan tu tak dapat dikenal pasti kesahihannya. Tapi kemungkinan benda tu betul tak mustahil. Perkara-perkara mungkar ni Allah boleh bayar dengan bayaran cash, Allah mampu buat apa sahaja. Itu memang tak disangkal.

Andai katalah betul apa yang dikata bahawa ada certain places yang bencana alam ni berlaku disebabkan kemungkaran yang terjadi dalam kawasan tersebut, tak salah kalau kita ambil that incident as a lesson. Tengok pada diri kita, orang sekeliling kita and persekitaran kita. Adakah kita cukup selamat dari bencana alam? Adakah kita selamat dari dihukum sebagaimana saudara-saudara kita dihukum? Malaysia sekarang dah nak sama level dah dengan negara barat and negara bukan Islam. Mana orang Islam yang pergi ke kelab, minum arak, bermaksiat and sebagainya. Kalau kita jalan malam-malam dekat Bangsar contohnye...dapatlah kita tengok kemeriahan kelab-kelab malam kat sana. 'Uish...banyaknya kelab malam.ramainye orang malam-malam kat sini'..ternganga mulut tengok suasana kat sana. Tu baru kat Bangsar. Belum kita pergi tempat-tempat lain lagi yang sama naik je kemeriahannya. Cuba bayangkan kalau kat KL je ada 20 tempat yang macam tu. Banyak mana kemungkaran yang berlaku pada setiap malam?

Bila bayangkan this kind of situation, takut mengenangkan apa balasan yang akan kita dapat. Tak takut ke kita semua dengan balasan tuhan? Tengok mangsa-mangsa bencana alam dalam paper pun dah seram sejuk rasanya. Macam manala keadaan kita bila dicabut nyawa nanti? Huuu..takut takut! Jadi rasa-rasanya kita kene prepare je. Bak kata housemate aku, 'jangan sangka Malaysia ni dah cukup selamat'. Sangat setuju dengan pendapat dia sebab bukan sebab Malaysia ni kedudukannya jauh dari gunung berapi ke ap kita nak rasa selamat, tapi akidah penduduk-penduduknya juga diambil kira. Kalau separuh dari penduduk murtad, maksiat berleluasa, baby dibuang merata-rata, orang yang berilmu pun tinggal berapa kerat, bukan kedudukan tanah lagi yang jadi ukuran untuk kita ditimpa bencana ataupun tak.

p/s:akhir zaman,macam-macam jadi

Friday, June 10, 2011

Too much trust...

Trust can hardly be given to anyone. Only the chosen one will get it and he should take a good care of that trust. Yet sometimes when we trust a person, they do not even know and easily break that trust that we have given. When this happened, frustrated is all we'll feel. A very big mountain fell on our head, that's how we'll feel. They don't have to explain or tell us whether 'yes I am lying' or the other way around. We can 'read' people when they lie.

After this moment, no more trust for the people who are lying. No more hope will be put for the future. Everything is gone. Everything is vanished. Too much trust can't be given to anyone in this world. I won't. Because I won't know what's in others' heads. Thanks to those who are lying or had lied since you taught me not to trust you and others.

p/s:People who believe in those lies are not because they are dumb but because they trust you won't cheat and lie on them.


Dulu camtu, sekarang pun macam tu

Dulu waktu zaman sekolah asrama, masuk kelas mesti tidur dalam kelas. Walaupun dah tidur awal malam tu, tetap nak tidur dalam kelas jugak. Tak paham. Penat cari punca, tapi tak jumpa. Bila tanya budak asrama lain, diorang pun sama. So aku buat je conclusion sendiri, maybe budak asrama memang camtu kot haha. Generalization sedikit berlaku kat sini sebab bila aku masuk sekolah biasa, aku memang tak pernah tidur dalam kelas huhu. Masuk matrik and main campus, nak kata tidur dalam kelas selalu tu takdelah tapi adelah sekali dua. Tu pun sebab malam before nya tidur lewat ke apa. Ada reason, so tak apa haha.

Dulu waktu zaman belajar, selalu je study last minute. Tak tahulah kenapa *padahal malas nak study awal.saje tak nak mengaku ;p*. Lepas tu buatlah alasan kate kalau study awal tu nanti lupe apa yang dah study lah apalah. Tu alasan yang tak bagus ok, so jangan tiru. Nak sangat study lewat, tiba-tiba jadual keluar exam berturut-turut harinya tak ke menggagau nak study semua benda sampai tak tidur bagai. Bila tak tidur, nak pulak dijadikan cerita otak jam, blank, hah..apa mau jawab *pernah di experience sendiri ok.sangat bahaya ini macam*

Dulu waktu zaman belajar, selalu buat assignment last minute. Tunggu due date tinggal dua tiga hari baru nak terhegeh-hegeh start. Lecturer dah pesan dah jangan buat lambat-lambat. Tapi degil, tak nak dengar. Konon-konon dah terer sangatlah tu. Confident jek boleh dapat markah tinggi dengan kerja yang last minute tu. Orang yang buat awal lagi boleh cari banyak reference. Yang kita ni dah start lewat, research pun tak dapat nak buat sangat. So markah macam mana? Markah pun last minute jugaklah~

  Dulu waktu zaman belajar, bila lecturer dah habis lecture, mesti diorang tanya kalau ada soalan. Tapi satu kelas akan cakap ‘Noooooo…’. Lepas tu lecturer akan habiskan kelas *yayyyy!!!*. setapak je keluar kelas tanya member sebelah ‘Eh,ko paham tak part A, B and C yang madam cakap tadi?’ Naahhhh tadi tak nak tanye. Lecturer pun ada pesan kalau ada apa-apa datang jumpa dia dekat bilik. Tapi tak pergi pun. Konon-konon boleh buat belaka. Padahal ada je benda tak tahu, tapi tanya member je. Nasib baiklah tanya kawan and belajar sendiri boleh gak jawab soalan exam semua. Tapi kalau pegi jumpa lecturer mungkin better.

Sekarang bila dah mengajar, students ada yang tidur dalam kelas. Terpikir jugak, ‘boring ke lesson arini?’. Tapi sorang dua je yang tidur, yang lain takde pun. So buat conclusion sendiri lagi, student yang tidur tu jadi kelawar kot malam tadi. Aku tak marah pun kalau students tidur dalam kelas. Asalkan kalau ada kuiz or exam, jawab mesti boleh. Kalau tak boleh jawab baru aku marah huuu. Tak semua students yang tidur dalam kelas tu tak pandai. Mungkin tu weakness diorang tapi bila jawab exam, diorang excellent, so tak bolehlah nak marah kan. But observation tu penting. Kalau dah nampak students yang bermasalah tidur dalam kelas, lepas tu tak boleh bagi dia tidurlah.

Sekarang bila dah mengajar, students selalu buat assignment last minute. Takpe nak buat last minute pun, tapi make sure siap jugak and hantar on time. Itu tak apa. Yang tak bolehnya bila buat last minute, lepas tu tak siap and mintak tangguh nak hantar without any valid reason. Itu memang boleh buat angin naik sampai kepala ok. Kadang-kadang pulak ada yang tak dapat nak siapkan and siap bagi alasan yang aku tau sangat ko menipu. Nak menipu pun kena pandai tau sebab orang yang nak ditipu tu bukannye bodoh. Die pun pernah jadi students jugak dulu and pernah encounter situation yang sama. Ada jugak yang hantar lambat tu muka sama je. Takdelah muka lain. Alasan pulak macam-macam. Silih berganti alasan diorang. Itu pun budaya yang tak sihat. Nak buat kerja last minute ke apa suka hati koranglah tapi, make sure everything settled on time.

Sekarang bila mengajar, habis je lecture, mesti tanya students whether diorang paham ke tak apa yang aku ajar. Tapi kan….kalau ada yang tanya pun, jarang and dua tiga orang je. Memang jarang sangat nak dapat respon yang macam ni ‘Yes..I want to ask about part C. can you explain again?’ hehe. Susah sikit nak dapat, bukan tak ada. Lepas tu, bila suruh buat exercise ke, kene jawab kuiz ke, exam ke, tak boleh buat sebab tak tanya. Yang bestnya ada yang bila suruh buat exercise pun, the minute dia stuck pun tak nak tanya. Tak elok tu…kalau tak tanya takut tersesat jalan. And sekarang bila dah mengajar, rasa happy bila ada students yang datang, tanya pape yang dia tak paham. Rasa kerja pun lebih senang sebab indirectly boleh pantau students punye weaknesses. Kita dah tau apa yang dia lemah so kita boleh buat apa yang patut. And baru tau yang lecturer tak pernah kisah bila kita jumpa and asking for the things yang kita tak paham malah kita dialu-alukan buat macam tu.

Zaman sekarang and dulu mungkin berbeza. Tapi I’ve been at my students’ place. I did what they do. Lebih kurang je kirenye.There was once, my students cakap yang aku ni memahami. I do understand sebab I’ve experienced the same thing kan. Sometimes tak semua benda yang tak elok jadi berpunca daripada keadaan yang tak elok. Students yang tidur dalam kelas tak semestinya tak pandai or malas, students yang meniru dalam exam tak semestinya jahat, students yang tak perform dalam exam tak semestinya tak study. Benda-benda macam tu la kan. We have no right to judge without questioning or find the reason. Tapi bila dah mengajar and boleh nampak apa yang elok and tak, kita boleh pesan jelah. nak ikut ke tak tu atas diorang. Tak elok biar diorang buat benda yang kita tau tentu-tentu tak berapa nak bagi result yang memberangsangkan. Mana yang tak elok tu jangan diikut-ikut. Unless kalau korang tau macam mana nak handle keadaan. Lagi satu, kalau nak menipu tu biar pandai sikit. Jangan samapai kantoi sebab tak susah nak tangkap orang menipu ni. Bak kate orang..’kacang jeee’ ;D