Monday, May 30, 2011

Ingatan untukmu




Bila jauh di mata tak bermakna aku lupa
Bila diam tak bermakna aku tak sayang
Andai dapat ku lihat dari jauh, aku bersyukur
Dapat berjumpa dalam mimpi itu nikmat

Walaupun kenangan yang ada tak dapat diulang dek kerana keadaan yang menghalang
Syukur itu masih ada kerana mata ini masih dapat melihat dan kadangkala bertentang
Senyum akan sentiasa terukir bila memori yang indah bermain dalam fikiran
walau secara zahirnya semua itu tak dapat diulang

Akan ku ingat segala-galanya; yang manis dan yang pahit, yang indah dan yang pedih
Takkan ku lupa nasihat dan teguran yang selalu menyedarkan tentang siapa aku,
dan yang selalu mengingatkan aku tentang segala-galanya
Kesedaran ini membawa perubahan yang belum pernah dapat dilakukan oleh siapa-siapa
Aku bersyukur kerana dapat memiliki
walaupun sementara di pandangan mata tapi selama-lamanya di hati
Cintaku akan bersamamu selagi hayat dikandung badan



No comments:

Post a Comment