Friday, February 25, 2011

Makan nasi pun boleh kurus???

Dulu aku pernah menulis entry ni yang menyatakan aku tak nak makan nasi kan? So hari ni aku nak review balik apa pendapat + sedikit knowledge yang aku ada pasal diet berdiet ni semua. Ok, dalam family aku, semua sedia maklum kot yang aku ni memang jaga makan jugak. Sebab aku selalu cakap 'nak diet' *tapi kalau balik sekali sekala tu memang tersasar jugak disiplin aku ni huuuu.*
Ada sekali aku balik kampung, aku dah kecoh2 konon-kononnya tak nak makan nasi. Then few months lepas tu, abang aku yang jugak tengah nak maintain and menurunkan berat badan bagi atu info kat aku. Die jumpe satu info dalam satu blog ni. Blog ni memang bagus sebab dia bagi tips untuk turunkan berat badan and what not. And ada satu entry dalam blog ni yang mengatakan bahawa actually mitos yang mengatakan tak makan nasi boleh turun berat badan ni tak betul.Kita kena amik nasi actually. Tuan punya blog ni ada bagi cara macam mana nak turunkan berat melalui pemantauan pengambilan kalori setiap hari *if i'm not mistaken huhu* Abang aku pun dah ikut cara yang die bagi tu and die kate die dah berjaya turun 2 kilo *tapi tak ingat dalam masa berapa minggu or bulan..maaf ye (T_T)*

Haaa...info menarik pasal tips ni is, dengan menggunakan cara yang die bagi tu, tuan punye blog sendiri dah berjaya turunkan berat sebanyak 40 kilo dalam masa 10 bulan *interesting kan?kan?kan? (@_@)*
Kepada sape2sape yang nak ikut ikut jejak langkah orang-orang yang dah berjaya ni, meh kita baca blog ni ramai-ramai :)

p/s:tuan punye blog ni makan nasi 2 kali sehari pun boleh turun berat badan...so mari kita makan nasi! ;p

No comments:

Post a Comment