Friday, October 29, 2010

Second call

Semalam aku dikejutkan dengan wall post encik zane yang bertanyakan samada aku dapat gi exam PTD lagi tak.Dengan harapan yang aku tak nak dapat call tu padahal dulu nak sangat, aku pun checkla portal SPA. Dengan berdebar-debar jugaklah aku masukkan nombor kad pengenalan aku....and result yang aku dapat is


I was like haaaaa????aku dapat lagi? Malas kot nak pegi lagi, mengadap bape paper tu adik-adik? TUJUH ye....phew~ Pengalaman buat test ni memang exhausted. Kena perah otak for every paper. Aku bukan tak nak pegi sebab aku give up. Kalo aku nak sesuatu benda tu orang tak payah suruh, aku sendiri akan cari jalan camane nak dapat. Samala jugak condition nye dengan PTD ni. Waktu 1st call dulu memerah otak aku study,exercise bagai. Tapi this time aku dah decide nak menumpukan hidup aku dalam bidang education.

Since aku dapat result PAC yang menyatakan aku gagal dalam that assessment, aku fikir kenapa aku tak dapat berdasarkan penilaian aku terhadap group members aku bukan nak underestimate tapi kita boleh menilai kan...Pastu aku tengok jugak macam mana life Encik Azlan yang sangat hectic,yang nak kene menolak 'ganjaran' hebat, yang stress ngan keje but usually client almost everyday, yang nak kena mengadap orang yang kadang-kadang kita terpikir 'ada jugak orang macam ni skang?' And aku consider life aku sebagai ibu nanti..takkan aku nak biar anak-anak aku without their parents' attention bila dua-dua dah busy? Mestilah aku tak sanggup kan..Aku perempuan..bende-bende tu semua kena consider. Biarlah Encik Azlan sorang je yang busy nanti, and biarla aku tengok anak-anak cewwaaahhh cam dah ade anak je ;p Tengok budak-budak skang yang sangat advance, gerun aku weeeiiii. Of coursela aku tak nak anak-anak aku terbiar and terjebak ngan bende-bende tak senonoh kan? Mak bapak sape yang nak????btau aku sket..

Orang kata keje PTD ni duit banyak..keje PTD ni ada nama, orang pandang etc. Keje government banyak benefit nya..lebih dari keje swasta. Ye, aku tak nafikan semua tu.Kalau nak fikir keje government secure, takpela, Encik Azlan dah ade dalam government, insyaallah securelah family nya. Keje PTD banyak duit, ada nama and semua bende yang disenaraikan tadi mahupun yang tak disenaraikan...kita hidup ni kejap je. Sampai bila nak kejar nama and harta..tah-tah baru jadi PTD sehari esok dah kiok, ade ke ko dapat nama and harta jugak? And skarang ni ada banyak benda yang kita boleh buat kalau nak sangatlah dapat nama kan...Bende ni semua duniawi huhuhu. Besides aku sayang dunia pendidikan ni, dah sangat selesa mengajar. Seriously apa yang aku buat skang, aku happy walaupun busy. Aku happy buat students aku happy and ajar diaorang. Keje aku skang ni memerlukan kasih sayang untuk semua berjalan and i like it so much because im a loving person hiiiiiiii perasan kot. So keputusan aku buat masa skang ni aku nak focus kat keje aku skang and aku tak nk pegi exam tu huuu.

p/s:on that 13 pun nak jumpe Encik Azlan so memang sangat-sangat tak boleh pegi sebab kitaorang ade plan bek punya ;p


Tuesday, October 26, 2010

Kasih Sayang

Bila aku dengar this one word, rasa tenang, rasa penuh dengan cinta auuuwww ;p
Tapi kasih sayang ni penting kan dalam hidup kita? Dan die juga adalah satu nikmat yang sangat indah.Susah nak kita express through words betapa hati kita penuh dengan kasih sayang kalau kita sayang seseorang kan?
Hidup ni kene penuh dengan kasih sayang..kasih sayang pada tuhan, parents, siblings, family etc. Barula hidup kita bahagia and happy selalu v(^_^)v

Panjang lebar pulakla aku membebel pasal kasih sayang ni kan?huhu
Ok2 kita fokus kat 'subjek' aku sebenarnya ye..
Pagi Jumaat lepas aku macam biasa berjalan ke bustop nak tunggu bas pegi LRT.Dalam masa aku tunggu bas tu ada dua orang budak lelaki, sekolah rendah, adik beradik nak lintas jalan ke bustop yang sama dengan aku. Tengah dia nak lintas jalan tu, abang die pegang je tangan adik die, pimpin tangan adik die. Kejadian tu sangat menyentuh perasaan aku. Nampak dengan jelasnya kasih sayang seorang abang towards adiknya. Before this aku selalu je tengok dua beradik ni berbual. Bila aku dengar conversation diaorang tu, si abang selalu mengalah dengan adik. Kadang-kadang sampai kene tujah kepala si abang, adik die buat biasala budak lelaki bergurau memang kasar..Tapi abangnya tak pernah membalas. Senyum and gelak je si abang dengan apa yang adik die buat and cakap. Memang aku tersentuh sangat tengok betapa baiknya abang dia melayan adiknya..

Dari kejadian melintas jalan tadi aku dapat rasa cewwah cam psychic plak aku huhu yang abangnya tu insyaAllah akan jadi abang yang bertanggungjawab hehe. Sangat comel diaorang tu..gambar diaorang tak dapat aku candid untuk tatapan semua sebab aku takde kamera yang hebat macam orang len huuu.Camera pun tak canggih jugak. And bila tengok si abang and adik tu teringat pulak kat abang saya yang selalu 'pegang tangan' adik-adiknya dari kitorang kecik sampai dah besar gajah haha saya tak boleh puji abang saya banyak-banyak kat sini nanti die kembang semamgkuk ;p Tapi saya still nak mengucapkan thanks to my brother for being the best brother in the world. Kalau saya boleh bagi award, mesti saya akan bagi award tu kat die huuuu 




Thursday, October 21, 2010

Marah

 Manusia and marah memang tak dapat dipisahkan..
Silap sikit kita marah, kadang-kadang orang tak buat silap pun kita marah
Marah ni tak elok and boleh bawak ke perkara-perkara tak elok jugak
Tadi dalam ceramah Ustaz Muhammad Kazim Elias
Dalam Islam ada beberapa kategori orang yang marah...

Ada jenis orang yang cepat marah and cepat sangat redanya
Ada pulak orang yang cepat marah tapi redanya MasyaAllah lambat..kalo boleh nak pindah rumah, keluar kampung sebab nak tunjuk sangat kita ni marah. yang ni golongan yang dikata 'busuk' huhu
Ada jugak yang lambat marah dan cepat redanya yang ni paling baik

Kita ni marah kadang-kadang tak bersebab
Ada situation bila kita tengah tidur, tapi bila ayam berkokok kita marah pulak ayam tu. Siap pegi cekik lagi tengkok ayam tu. Padahal ayam tu tak salah pape pun kan...die hanya buat apa yang sepatutnya dia buat and dah nature ayam tu sendiri untuk berkokok, tapi at the end die pulak kene cekik. Sometimes kita ni pun kene tengok sesuatu bende yang jadi dari susut yang positif. Kita kene tukar bende yang tak elok tu kepada bende yang elok. Contohnya dalam rumah tangga, si suami tak suka nak dengar si isteri punya bebelan which is women's nature. Then selalu pulak die complaint, cerita kat orang yang isteri die ni suka membebel. Tapi kalau dia ni ambil jalan untuk tak marah, die akan pandang bebelan tu dari sudut yang lain. Dia boleh fikir yang bebelan isteri tu sekejap je..adala dalam 20 minit..kalau nak dibandingkan, bebelan tu sekejap je dibandingkan dengan penat lelah dia masak untuk si suami tu, bebelan isteri tu tak selama masa dia berpeluh nak uruskan pakaian si suami...kalau si suami berfikir atau pandang dengan cara yang macam ni, si suami tu sure takkan marah kan? Si isteri pun bolehla berfikir atau tukar cara kita pandang sesuatu dengan cara yang lebih positif.

Selain dari itu, cewwah cam skema plak ayat aku huhuhuhu marah ni boleh mengakibatkan 'penyakit'
Bila kita marah, kita tend to tell others about the person yang kita marahkan tu and secara tak langsung kita create satu komuniti 'membeci si polan dan si polan'. Nak-nak yang pompuan ni kan, suke bercerita atau meluahkan perasaan untuk releasekan tension tapi dalam masa yang sama kita dah create satu komuniti yang membenci.

For my own opinion it's hard untuk menahan diri kita dari marah. Kalau kita orang yang betul-betul ada iman, insyaAllah kita boleh bersabar dengan apa je keadaan. Sebab tu la dalam Islam ada cakap 'sabar itu separuh daripada iman' betul tak?. Bila kita ditimpa masalah or musibah, kita kena redha, kena fikir positif, kene bersabar..walau sebesar mana pun masalah kita tu, kalau kita beriman pada tuhan kita mesti takde masalah kan? Aku sendiri pun tengah melatih diri untuk bersabar. Yela, kadang-kadang ada benda yang jadi tu betul-betul menguji kesabaran kita. Waktu tu la kalau kita tak sabar, mau terbang pinggan mangkuk semua huhu. So marilah sama-sama kita try do our best yek? ;)



Monday, October 18, 2010

Anak-anak muridku


The final examination is just around the corner.
For Uitm students they already started their revision week.
Rasa sekejap sangat masa yang aku ada dengan diaorang..
Walaupun semester baru is not yet started, dah rasa rindu..
Rindu pada keletah diaorang dalam kelas, all the jokes that make me smile and laugh, the naughtiness (is there such word?huhu) and everything that we share together..
Macam-macam kerenah diaorang ni..dengan yang masuk kelas lambat, yang tak buat keje, yang tido dalam kelas,dengan yang bagi alasan yang macam-macam...bak kata pak cik astro 'macam-macam adaaa...' hehe
Ada students yang buat aku nangis, tapi banyak yang buat aku ketawa..tak ada dendam yang aku simpan cuma doa je yang aku pohon supaya student yang dah buat bende yang tak sepatutnya kat aku tu dibukakan hati.
Tapi tu la yang kita panggil pengalaman...kalau takde pengalaman yang pahit, kita takkan boleh belajar kan?

Semester depan aku mungkin tak ajar students aku semester ni..
Excited sebab nak ajar students baru pun ade, tak best sebab kene lepaskan students yang sekarang pun ada. Aku harap students aku ok la semester depan dengan lecturer baru diaorang.
Ala..lagipun ramai lagi lecturer yang best boleh ajar diaorang huhu

Hai anak-anak..waktu korang ade, lecturer sampai pening-pening dibuatnya..
Wktu dah nak habis-habis ni rindu korang dah takde.
Pape pun teacher loves u =)



Friday, October 15, 2010

PMS


Sume pompuan pun penah mengalami sindrom ni kot kan?
Aku pun tak terkecuali...
Kadang-kadang aku cam tak suke jugak bila tengah PMS ni..
Kang aku jadi malasla, aku bad moodla..tak sukeeeee...
Skang ni aku tgh mengalami sindrom ni..
Muke aku sepanjang minggu ni jangan cakapla kerut bape ribu
Orang buat salah sket memang kenela ngan aku
Orang yang buat aku marah apatah lagi..
Sorila ye kepada sesiapa yang aku termarah or terkasar..
Ini disebabkan oleh emosi yang tengah sangat tak stable huhu
Peace no war v(^_^)v


Thursday, October 14, 2010

I recommend this

Actually I want to post this entry long before but don't know why other ideas written first huhu
Just want to recommend this book...




This book is written by John Gray..and it explains about the characters of each gender
It's good for it teaches us how to understand our partner well..so that there will be less argument with our partner v(^-^)v peaaacccee!!!!!
There are a lot of things that we need to understand about the opposite gender because they really are different from us in every way. Maybe we don't understand why our partner do this and that and we tend to argue. This book will help us to let the quarrels that we have before go away from our life and let the happiness visits us everyday
Also it's not just explain about the characters of others and help us how to understand our partner but then it as well help us in understanding ourself. When I read this book..the thought of 'Oh it's not just me who feel and react this way but WOMEN do'. I was a bit shock yet grateful cause I'm normal yay! ;p
A BIG BUT here....if you read this book, your partner must also do.
Because if you are the only one who read and apply the things explained, it's useless because the cooperation is not there
In relationship the partners have to tolerate and cooperate together as the saying 'it takes two to tango'
Other than this book, John Gray also write books related to relationships
There are many testimonials from the people who got problems with their partner for not 2 or 3 but more than 5 years but thank to God after they read this book they recover.
We love our partner, so why not we do something for the happiness to come? =)



Sunday, October 10, 2010

Ibu yang pintar ;)





Suatu hari John mengundang ibunya makan malam di apartmentnya bersama dengan teman se-apartmennya.
Sewaktu makan, ibunya selalu memperhatikan betapa cantiknya teman se-apartemen John ini.
Sang ibu sudah lama memendam kecurigaan adanya hubungan istimewa antara John dan teman se-apartemennya dan oleh sebab itu menambah keingintahuan sang ibu tentang hubungan anaknya itu.
Hingga malam hari, sang ibu memperhatikan bagaimana kedua insan itu berinteraksi… sang ibu mulai bertanya-tanya dalam hatinya ada apa di balik hubungan John dan temannya itu.
Membaca pikiran sang ibu, John berkata, “Saya tahu apa yang ada dalam pikiran ibu, tetapi saya jamin, Julie dan saya hanyalah TEMAN BIASA saja.”
Satu minggu kemudian , Julie mengatakan pada John, “Sejak ibumu datang makan malam, saya tidak dapat lagi menemukan sendok perak kuah itu. Kau tidak akan mengira jika Ibumu yang membawanya bukan?”
John berkata, “Aku meragukan hal itu, tetapi untuk memastikannya aku akan menulis surat padanya.”
Lalu John menulis suratnya sebagai berikut:
Ibu yang tercinta,
Saya tidak mengatakan ibu “mengambil” sendok kuah dari apartemenku, dan saya juga tidak mengatakan ibu “tidak mengambil” sendok kuah itu. Tetapi faktanya adalah bahwa sendok kuah itu raib sejak ibu datang makan malam di sini.
Beberapa hari kemudian John menerima surat dari ibunya yang berbunyi:
Puteraku sayang,
Ibu tidak mengatakan kau “tidur” dengan Julie, dan ibu juga tidak mengatakan kau “tidak tidur” dengannya.
Tetapi faktanya adalah… bila ia tidur di tempat tidurnya sendiri, ia akan menemukan sendok kuah itu di sana.
Ibumu tercinta.






Udin dan neneknya

Bosan-bosan ni jomla kita baca cerita lawak ni...

Udin ingin menghantar neneknya ke klinik, naik motosikal.


Udin: Ayuh nek, naik kat belakang, jangan lupa pegang kuat-kuat ya.

Nenek: Iya, nenek sudah pegang kuat kuat ni.

Udin: Jangan lupa pegang kuat kuat ya, nek !!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek sudah pegang kuat kuat, cerewet btol kamu ni.

Udin: Ok, kalo begitu kita bertolak ya, nek.

Udin lalu mula memulas minyak motornya, lalu terdengar benda jatuh BRUAAAAKKKK!!!!!

Udin terkejut, lalu menoleh ke belakang, ternyata si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: La kenapa jatuh ni , nek? Nenek tak pegang ya?

Nenek: Nenek dah pegang kuat kuat laaa!!!!

Udin: nenek pegang dimana?

Nenek: Di pagar rumah.

Udin: “$%^&(#…..”




p/s:senang-senang buat camni jela =D

Saya tak nak makan nasi

Nasi oh nasi..tula makanan ruji kita kat sini kan?
Orang Malaysia ni kebanyakannya sehari tak dapat makan nasi rasa macam dah lama sangat tak dapat makan..kalo makan benda len pun rasa sangat-sangat tak puas.
Tapi memang tak dinafikan memang ade je orang yang tak makan nasi bukan sebab diet ye

Macam ade sorang kawan kepada kawan aku ni (aku gelarkan die sebagai A jela)..die memang tak bloleh makan nasi..
Katanya nasi tu macam ulat sampah tu...sebab tu die tak boleh nak makan..eeeiiii
Kalo die pegi makan kat kedai, die of courselah akan order bende selain nasi kan..
And kat kedai biasala,diaorang pakai kuali sama je nak masak..takkan nak tukar-tukar plak,penat kot huhu
So katela dalam makanan yang si A ni order ade tersesat sebutir dua nasi,boleh nangis die dibuatnya...

Tu kes si A..kes aku plak..aku pun tak nak makan nasi..kenapa?jeng..jeng..jeng..
Hehe kes aku ni bukanla sebab aku geli dengan nasi ke apa..
Tapi disebabkan darah..
Ada kaitan ke darah ngan nasi?hmmmm..
Jawapannya ade ok...Penah dengar tak yang sebenarnya cara kita makan or diet yang betul ada kaitan dengan jenis darah kita? Maksudnya len jenis darah,len bende yang kita boleh and kena makan..

Disebabkan aku ni darah O,so aku kene kurangkan pengambilan karbohidrat...
Bukanlah tak boleh makan langsung tapi kene kurangkan..cumanya aku ni nak cepat turun,so aku nak berenti makan nasi dulu buat sementara waktu.
Nanti bila dah dapat berat yang diinginkan,bolehla amik nasi sikit-sikit insyaAllah
Ni aku bagi senarai makanan yang bersesuaian dengan blood type kita:

 Type A       should basically stick to fruits and vegetables (high carbs / low fat).
                    They have thicker blood than other blood types, a sensitive
                    immune system,and should not consume dairy products, animal
        fats and meats.They are at a heightened risk
                    for cardiovascular disease, diabetes and cancer.
                     
Type B        should consume a balanced diet (fruits and vegetables, grains,
                    fish,dairy,meat, but avoid chicken).  They have the best
                    chance of bypassing or overcoming everyday types of diseases
                    including heart disease and cancer.
Type AB  should consume a mostly vegetarian diet, and only
                    on rare occasions some  fish, meat (no chicken),
                    and dairy.
       
Type O        should basically stick to a high protein diet (including red meat),
                    low carbs, and  enriched with fruits and vegetables.
        They should limit the intake of wheat germ, whole wheat products,
         corn, and avoid dairy products and most nuts.            
        Type O types are commonly affected with hypothyroidism,
                    high stomach acid (leading to ulcers), and thinner
        blood with greater resistance to blood clotting.

So for those yang nak diet, selain dari exercise,

boleh jugak korang try berdiet cara yang camni..
Mungkin lebih cepat turun kan..
And sometimes bila kita diet, berat kita still susah nak turun
 

or yang sedihnya naik pulak berbanding kita makan
macam biasa..mungkin kita terfikir-fikir mana silapnya..

and jawapannya mngkin jugak ada kat atas hehe
Selamat berjaya kepada yang nak mencuba! =) 


Tuesday, October 5, 2010

Beautiful 2

Jamuan Hari Raya kat kolej

Saje nak letak this picture coz i loike it so much
Ni hasil kerajinan aku duduk depan cermin meja solek kat rumah selama sejam lbh hehe
And credits to Miss Immie bcoz she contributes a lot to me on this day

p/s:arini datang kerja dgn bercermin mata...kawan2 bsg huuuuu




Monday, October 4, 2010

Beautiful

Lately my interest toward the beauty of face and appearance semakin membukit
Belum lagi menggunung but soon to be hehe
Don't know why rase sangat suke kalo muke ni di 'touch up' and kaki ni pun sekarang agak rajin ke SOGO untuk membeli baju huhu
Alhamdulillah status kewangan aku dah semakin baik and ini juga merupakan faktor langkah kaki aku ni semakin panjang and selalu ke shopping mall..u name it, tmpat ape yang jual baju2 cantik aku akan usahakan pegi ;p Takut keadaan tak tercontrol je ni tapi nasib baikla disebabkan aku ada plan masa depan yang memerlukan aku utk menggunakan duit, so nak tak nak kenela simpan kan? 
Tapi pape pun kene control jugak keinginan aku nak men'cantikkan' diri sebab orang kata kalo muke kite asik ber'make up' tebal nanti waktu kawin xde seri pulak kan..
Skang ni kalo tgk majalah mmg section yg cakap or tnjuk manual camne nk make up je aku fokus
Selain dari make up, baju2 aku pn dah bertambah and em blh dikatakan taste semakin tggi jgk huhu
Perfume?list perfume yang aku nak beli pun dah ade..
Atas meja solek kat rumah dah ade 6 botol perfume...bile nak abis sume pn ntahla =(


Perfume aku yg terbaru adalah yg ni...sahngat wangggiiiiii ok!
So basically taste aku yang dulu cam bese2 je skang dah meningkat sejajar dengan duit yang aku dapat tiap2bulan...kadang2 takut juge jadi manusia yang membazir tapi member aku cakap 'ko dah penat2 keje sebulan,ko kenela reward diri ko ngan something' and suddenly aku sgt setuju!!!! weeeee 


p/s:Huuu bile nak kawin, pasni blh touch up slalu ;p


Latest pic of mine...touch up tu xnampak sbb hanya solekan nipis dikenakan tapi tudung style baru ;)