Wednesday, May 25, 2011

No title

Dalam hidup ni, tak semua benda yang kita nak kita dapat. Kadang-kadang kita rasa pilihan kita adalah yang terbaik tapi tak semestinya realitinya macam tu. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi in the future. So tuhan bagi kita apa yang kita perlu instead of apa yang kita nak.

Sedih bila kita tengok sesuatu yang kita nakkan tu depan mata kita tapi kita tak dapat memilikinya. Sesuatu tu pulak dapat menyenangkan dan menggembirakan hati kita bila kita ada die. And bila kita 'ada' sesuatu tu bersama,hati dan diri akan terus tersenyum. Walau macam mana kita suka dan sayangkan sesuatu tu, kita tetap tak dapat memilikinya.   jadi...pujuklah hati untuk terima kenyataan dan takdir yang pasti. 



Tuesday, May 24, 2011

Penghinaan ke atas agama Allah

Pagi-pagi tadi masuk ofis, bukak blog. Tengah browse through update dari para blogger lain, aku ternampak satu post yang tajuknya agak menarik dekat blog ni. Bila bukak, entry tu, contentnya cerita pasal ada satu blog ni menghina Islam. Tak sanggup aku nak nak baca sebab author blog ni yang mengaku dia Islam menghina agama, nabi kita nad tuhan sendiri. Nauzubillah...mintak kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan orang-orang yang dimurkai. Tak dapat aku bayangkan kalau dia mati sebelum sempat bertaubat, azab yang macam manalah yang akan diterima. Dah malas nak cakap banyak..korang baca blog mak cik hajjah ni.


Dunia akhir zaman...macam-macamlah yang Allah tunjukkan pada kita. Semoga kita yang masih percaya dan tetap di jalan Allah ambik iktibar dari apa yang ada di depan mata.


p/s:Jangan sampai Malaysia kena tsunami baru nak tergopoh gapah mengucap.
     Jangan sampai dah tiba waktu-waktu akhir dan genting baru nak bertaubat.




Monday, May 23, 2011

Kalau aku dah takde...

Bila aku dah takde...

Ada ke orang ingat kat aku?
Ada ke orang yang nak mendoakan aku?
Sampai bila aku akan diingati? Cukup lepas kenduri tahlil je ke?
Berapa ramai orang yang akan sembahyangkan aku?Kalau ramai alhamdulillah..moga doa mereka termakbul..
Siapa yang akan melawat pusara aku?
Selepas sembahyang raya je ke kuburku akan dibersihkan?

Kalau aku dah takde nanti...
Doakanlah aku.
Maafkanlah semua dosa-dosa aku..supaya aku tak terseksa di dalam sana.
Halalkanlah makan minumku..
Jika ada perkataan yang menyinggung hati, perbuatan yang terkasar, ampunkanlah diri ini
Carilah ahli keluargaku jika ada hutangku yang belum terlangsai.

Untuk anak-anak muridku, guna pakailah ilmu yang diberi sebaiknya
Untuk kawan-kawan, ketahuilah yang aku sentiasa menyayangi kamu
Untuk keluarga, ingatlah yang aku menyayangi kamu sepenuh hati.
Redhalah pemergian aku dan doakanlah aku sentiasa
Semoga kita akan berjumpa di sana nanti.

Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita akan kembali..


Ehsan Google