Thursday, November 4, 2010

Kajian bulan lahir

Aku memang suke buat ujian personaliti since aku sekolah lagi. Aku rasa bende ni menarik sangat hehe. Kita boleh tau sifat kita dengan berdasarkan tarikh lahir ke, bulan lahir ke and macam-macam lagi. Aku ni even though dah buat test or jawab soalan yang sama pun aku tetap jugak nak buat lagi...and walaupun jawapan die tak penah berubah pun sebenarnye, aku buat jugak. So sape yang lahir bulan Disember, ni kajian yang dah dibuat..

Sifat Bulan Lahir untuk bulan Disember ialah:


Sangat setia dan pemurah.

Bersifat patriotik.

Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

Bercita-cita tinggi.

Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

Seronok bila didampingi.

Suka bercampur dengan orang.

Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.

Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

Tidak pandai berpura-pura.

Cepat marah.

Perangai yang mudah berubah-ubah.

Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.

Benci pada kongkongan.

Suka berlawak.

 Pandai buat lawak dan berfikiran logik.


Hehe tengok bende ni pun aku boleh kenal orang lain. Bila baca, kadang-kadang terdetik 'oh...betulla die macam ni'.Sape yang nak kenal diri masing-masing or nak kenal bende len bolehla try cari apa plak sifat korang hehe.


Tuesday, November 2, 2010

Gadget baru

Setelah sekian lama aku mengidamkan benda ni, benda yang semua orang mampu nak beli dah skrang cume aku je yang sayang duit huhuhu akhirnya aku dah pun beli semalam..
Plan nak beli bende ni memang lamala jugak..yela aku ni bukan orang 'kayap' cam orang len yang mak bapak boleh belikan, tak payah tunggu kerja pun dah dapat huhu. So setelah berfikir panjang, disebabkan kerja tergendala jugak and terpaksa tebalkan muka pinjam member yang sama busy ngan aku, aku pun buat keputusan untuk bazir-bazirkanla duit aku untuk bende yang penting ni..Inilah die bendenye


Ni bukanlah laptop sebenar aku...ni pinjam gambar dalam internet kui3.kabel fon aku rosak utk aku amik gambar die and post kat sini huhu.
Aku pilih DELL sebab aku dah tanya-tanya lecturers yang ajar Computer Science, laptop ape yang best and ok, diaorang suggest DELL sebab service die tip top and laptop die pun ok and barang-barang die memang ori. Mule-mule aku iyekan ajelah..nanti kalo ade pape yang rosak barula aku tengok betul ke service die ok. Tapi belum pun aku bayar laptop ni aritu, orang kedai tu cakap, kalo ade pape masalah ngan laptop, blh pegi bawak kedai balik n if nak tukar pun boleh dengan syarat tak buang resit and kotak lagi nak tukar tu pun kene ade syaratla kan..takkan senang-senang je die nak kasi tukar ye dak? Tu laptop, biasala..tapi ni kalo beg laptop rosak pun, die suh call and orang die akan datang ke rumah kite. Waaaaa sangat best kan? Tak payah nak pegi kuar bawak laptop gi kedai..die dtg umah je *suke*

Aku dapat upload screen die jela ye...hehe

Wallpaper ni saje aku pilih yang ni sebab sama dengan En.Azlan punye...barula SAME ;p
So stakat ni kerja aku berjalan dengan lancar. Takde lagi masalah aku nak kena tebalkan muka nak pinjam orang punye laptop sebab nak siapkan aku punye kerja huuuuu
And berjayala jugak aku untuk memiliki barang mampu milik yang aku nak. Beli  ni dengan abang Atem..die yang tolong aku survey laptops yang ade dekat Low Yat tu. Die tanye pasal processor segala aku diam je bukan tanda paham tapi diam tanda aku tak paham langsung ape yang diaorang cakap. Macam dengar bahasa len plak muahaha. Processor laptop ni is intel core i3..abang cakap ni processor baru. So seronok sangat dapat laptop harga yang murah dengan processor yang baru n laju wihhhuuuu!!!! Gadget seterusnya akan aku usaha untuk dapatkan 2 bulan lagi ye adik-adik hehe..

p/s:bilala nak penuh tabung untuk kawin aku ni :(


Friday, October 29, 2010

Second call

Semalam aku dikejutkan dengan wall post encik zane yang bertanyakan samada aku dapat gi exam PTD lagi tak.Dengan harapan yang aku tak nak dapat call tu padahal dulu nak sangat, aku pun checkla portal SPA. Dengan berdebar-debar jugaklah aku masukkan nombor kad pengenalan aku....and result yang aku dapat is


I was like haaaaa????aku dapat lagi? Malas kot nak pegi lagi, mengadap bape paper tu adik-adik? TUJUH ye....phew~ Pengalaman buat test ni memang exhausted. Kena perah otak for every paper. Aku bukan tak nak pegi sebab aku give up. Kalo aku nak sesuatu benda tu orang tak payah suruh, aku sendiri akan cari jalan camane nak dapat. Samala jugak condition nye dengan PTD ni. Waktu 1st call dulu memerah otak aku study,exercise bagai. Tapi this time aku dah decide nak menumpukan hidup aku dalam bidang education.

Since aku dapat result PAC yang menyatakan aku gagal dalam that assessment, aku fikir kenapa aku tak dapat berdasarkan penilaian aku terhadap group members aku bukan nak underestimate tapi kita boleh menilai kan...Pastu aku tengok jugak macam mana life Encik Azlan yang sangat hectic,yang nak kene menolak 'ganjaran' hebat, yang stress ngan keje but usually client almost everyday, yang nak kena mengadap orang yang kadang-kadang kita terpikir 'ada jugak orang macam ni skang?' And aku consider life aku sebagai ibu nanti..takkan aku nak biar anak-anak aku without their parents' attention bila dua-dua dah busy? Mestilah aku tak sanggup kan..Aku perempuan..bende-bende tu semua kena consider. Biarlah Encik Azlan sorang je yang busy nanti, and biarla aku tengok anak-anak cewwaaahhh cam dah ade anak je ;p Tengok budak-budak skang yang sangat advance, gerun aku weeeiiii. Of coursela aku tak nak anak-anak aku terbiar and terjebak ngan bende-bende tak senonoh kan? Mak bapak sape yang nak????btau aku sket..

Orang kata keje PTD ni duit banyak..keje PTD ni ada nama, orang pandang etc. Keje government banyak benefit nya..lebih dari keje swasta. Ye, aku tak nafikan semua tu.Kalau nak fikir keje government secure, takpela, Encik Azlan dah ade dalam government, insyaallah securelah family nya. Keje PTD banyak duit, ada nama and semua bende yang disenaraikan tadi mahupun yang tak disenaraikan...kita hidup ni kejap je. Sampai bila nak kejar nama and harta..tah-tah baru jadi PTD sehari esok dah kiok, ade ke ko dapat nama and harta jugak? And skarang ni ada banyak benda yang kita boleh buat kalau nak sangatlah dapat nama kan...Bende ni semua duniawi huhuhu. Besides aku sayang dunia pendidikan ni, dah sangat selesa mengajar. Seriously apa yang aku buat skang, aku happy walaupun busy. Aku happy buat students aku happy and ajar diaorang. Keje aku skang ni memerlukan kasih sayang untuk semua berjalan and i like it so much because im a loving person hiiiiiiii perasan kot. So keputusan aku buat masa skang ni aku nak focus kat keje aku skang and aku tak nk pegi exam tu huuu.

p/s:on that 13 pun nak jumpe Encik Azlan so memang sangat-sangat tak boleh pegi sebab kitaorang ade plan bek punya ;p