Tuesday, June 7, 2011

Entry khas untuk Siti Shaidatul Zafirah

Bila kaki melangkah masuk ke dalam kelas buat pertama kalinya, ramai yang kata muka aku masam, nampak garang sangat. Memang, memang aku susah nak senyum. Bukan hari ni je, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun-tahun lepas pun sama. Dari sekolah rendah lagi. Tapi inilah anugerah yang tuhan bagi pada aku. Tapi, bila orang dah lama kenal aku, mereka tahu siapa aku. Bila ditanya pada orang yang rapat dengan aku yang aku ni garang ke x...masing-masing gelak je. Ada yang respon 'ha?garang?tak garang langsung'. See...tak kenal maka tak cinta kan :) 

Siti Shadatul Zafirah..student aku yang dulu hanyalah seorang student biasa. Aku pandang dia sama macam students yang lain. Tapi ada satu hari ni, dia katenye memberanikan diri tegur aku dekat chat dalam Facebook. Walaupun takut-takut, digagahinya juge. Dari situlah aku makin rapat dengan dia :)

Sekarang dia dah macam adik and kawan aku. Banyak ilmu yang belajar dari dia. Tengok Facebook and blog dia ni, insaf dan selalu aku bermuhasabah. Dia kini bukan lagi sekadar anak murid aku yang aku pandang sama macam yang lain. Dia dah macam adik dan kawan aku. Bila aku susah, banyak nasihat and kata-kata semangat yang dia bagi. Aku percaya orang-orang disekelilingnya pasti senang dengan dia.

Sejuk perut ibunya mengandungkan anak ini, kerana hormatnya terhadap guru-guru dan orang disekelilingnya sangat tinggi. Bila lama tak jumpa, hati aku mampu rindu pada dia sebab dia mampu buat aku ketawa dengan keletah dia. Bila aku tengok kawan-kawan dia pun, aku tau mereka ni antara golongan yang baik InsyaAllah. Aku akan sentiasa doakan mereka dipelihara olehNya.


Terima kasih Siti Shaidatul Zafirah. Kamu adalah anak yang baik. Semoga kamu direstui dan hidup kamu diberkati olehNya sentiasa. Saya sayang kamu :)




Orang lain berkata hati saya

bukan mudah….
LUPAKAN benda yang pernah kita sayang.
LEPASKAN benda yang pernah kita sayang.
LEPASKAN benda yang kalau boleh ingin kita simpan selama lamanya.
walau bukan dpan mata, biarlah hadirnya dalam hati.
lakukan..
bukan mudah melakukan?
bukan mudah melupakan?
bukan mudah melepaskan?
tahu.
tulis.
niat.
cakap.
senang.
cepat.
tapi, buat.
susah.
lama. lambat.
amik masa.
susah, sangat sangat susah. kan?
tahu, saya tahu.
tapi kalau tak cuba, sampai bila bila kita akan terus terbelenggu.
sakit.
sedih.
susah.
tahu, saya tahu apa rasanya.


Source: tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/



Thursday, June 2, 2011

Heart this one

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta