Thursday, March 3, 2011

Buat kaum Adam

Adam...


Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.



Wahai Adamku...

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.



Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.



Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.



Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.



Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.



Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.



Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.



Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.



Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.



Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.



Kau diberi amanah untuk mendidik aku.



Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.



Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.



Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.



Dimana perginya keadilanmu?



Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.



Adam..

Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?



Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?



Adam...

Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.



Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.



Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.



Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.



Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.



Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.



Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.



Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.



Maafkan aku sekali lagi Adam...



Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.



Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.



Waspadalah Adam...

Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.



Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...



Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...



Adam...

Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...


Sumber:ILUVISLAM.COM


Wednesday, March 2, 2011

Aku Tak Tau asal Usulku

Korang rasa korang Melayu ke? Korang ni pure Melayu ke? Apa definition Melayu sebenarnye? Apa yang korang paham dengan perkataan 'Melayu'? Mungkin senang je jawapannya korang rasa kan? Melayu is a race. Yes I am a Malay because it is stated on my ID. And adakah Islam itu Melayu? Aku selalula dengar yang orang punye misunderstanding terhadap Melayu and Islam. Orang selalu beranggapan yang orang Islam tu Melayu and vice versa. Habis tu adakah Orang Cina yang bertukar agama ke Islam, dia bertukar bangsa jugak? The answer is NO. Pertukaran agama tu tak bermaksud orang tu kena bertukar bangsa. Selalunye jugak, orang yang bertukar ke agama Islam, dia mesti nak kena tukar nama. Aku ambik kata-kata lecturer aku dulu, die kata pertukaran nama pun tak perlu. Sebab itu nama asal dia and dalam bahasa diorang pun, nama tu dah ada maksud dan insyaAllah baik *sape nak nama maksud buruk kan?* So benda tu taklah wajib tapi kalau itu kehendak penukar nak tukar nama dia tu, atas diala kan?

Berbalik kepada Melayu tadi, ni aku ada jumpa definition Melayu daripada Abdul Rahim Kajai..

Inila definition Melayu..and Abdul Rahim Kajai ada jugak listkan orang kacukan yang tak dikategorikan sebagai Melayu..contohnye keturunan yang bapanya Melayu,ibu Arab and so on. So as for me myself, kadang-kadang *selalu jugak sebenarnye huhu* takde the sense of belonging..like i'm not belong to any place kat dalam Malaysia ni. Kalau aku isi borang-borang, aku letakkan 'Melayu' sebab itu yang tertulis dalam ID aku. Tapi kalau ikutkan aku ada campuran Belanda, Cina and orang Melayu. Tu baru nenek moyang yang sempat aku tau asal usul diorang. Yang aku and memang atuk nenek aku pun tak tau, aku pun tak dapat kenal pasti siapa diorang and dari mana asal diorang. So Melayukah aku? Macam aku kata, atas kertas jela kot kan.. 

Tu baru asal usul keturunan. Bila orang tanya aku orang mana, serious aku pening. Aku lahir kat Perak, membesar dekat Perak selama 14 tahun, Selangor 4 tahun, Melaka 7 tahun and sekarang aku tinggal kat Kedah. Parents aku pulak due-due orang Kedah. Ada orang kata, asal kita tu ikut ayah kita. Kalau ayah kita orang Selangor, kita pun orang Selangor la. Ada pulak orang kata ikut mana tempat kita lahir. Aku pun tak tau mana yang betul and mana satu aku nak ikut. Oleh sebab-sebab inilah aku tak tahu mana usul aku. Aku ada kat bumi Malaysia ni adalah sebab aku dilahirkan kat sini. Aku Melayu adalah sebab itulah yang tertulis kat atas kad pengenalan aku and aku pun tak tau aku ni dari negeri mana. Selalu bila orang tanya aku soalan camtu, aku akan hanya jawab 'I'm nomadic' Itu lebih mudah. Tapi yang penting, aku bersyukur aku dilahirkan sebagai Islam. Biarla mana pun asal aku, agama tu lebih penting :)

Saturday, February 26, 2011

Budak kecik mulut besar

Anak buah aku sorang ni memang keletah budaknya. Namanye Adam. Daripada tak sekolah, sampailah dah sekolah sekarang ni, ada je idea yang boleh buatkan aku and orang-orang ayng dengar die cakap tu tergelak besar...Tu belum dengar kalau die menyanyi lagi. Asalkan bunyi cam kena je dengan lagu, tah ape die sebut pun aku tak tahu. Ada satu hari ni, aku duduk melayan adik kecik die. Tengah main-main, adik (Aniq) menangis.


Dialog 1:


Aku: Eh adik, kenapa nangis ni, takkan nak susu kot..kan baru lepas minum...


Adam: Tah-tah susu ibu dah habis


p/s: Aniq menyusu badan :D


Haha kelakar betul...budak kecik kan...ape je lah yang die pikir




Dialog 2:


*Adam cakap die tak nak kawin.


Adam: Ibu, kalau dekat hospital, baby yang lahir tu comel, doktor bagi hadiah ye?


Ibu: Kenapa pulak?


Adam: Sebab adik lahir dapat hadiah


Ibu: Oohhh..tu sebab adik lahir waktu Hari Raya..


Adam: Kalau camtu, Adam nak anak Adam lahir waktu Hari Rayala..boleh dapat hadiah


Ibu: Aik?Adam kate Adam tak nak kawin?


Adam: Tu kalau Adam terlupala yang Adam tak nak kawin....


Satu rumah gelak besar hahahahahaha!!!

Adam Syazwi, 8 years old

Dah pandai operate DSLR sket2 haha

Aniq NurIlman, 5 months