Tuesday, November 30, 2010

Perlu ke???

Pagi tadi aku pegi kerja macam biasa tapi tren tak macam biasa..lembab nak m*mp*s! Waktu aku turun di stesen perantaraan, aku ternampak sorang mamat ni. Apa yang tak kene dengan die? Cara die pakai baju. Die pakai baju kemeja, seluar slack, and leather shoes. Tapiiiii....butang baju die tak dibutang sepenuhnya. Tiga butang dari atas tak termasuk yang kat leher tu yee..terbukak. Jadi dari cara pemakaian die tu, nampaklah dada die nasib baik tak b*r*u*u huhuhu..

Gaya dah macam kasanova dalam filem-filem sebab muke die putih, and licin dari segala misai dan janggut. Tapi aku rasa.....perlu ke ko nak pakai pegi kerja macam tu? Perlu???


Bagai telur dihujung tanduk

No words can describe what I feel right now but my heart says...bagai telur dihujung tanduk. Tertunduk sikit je lagi, jatuh and pecahlah telur tu.



Monday, November 29, 2010

Hati

Hati ni lembut, mudah terasa, mudah memaafkan,sangat penyayang..hati sorang perempuan. Tapi selembut-lembut hati ni, bila selalu menyimpan rasa, dia jadi sekeras-keras batu. Pernah sekali hati ni hancur sebab lelaki. Tapi aku tak putus asa untuk menyintai lelaki. Hati ni tak pernah putus asa untuk menyayangi dan bersabar andai dia merasa pahit kehidupan ni. Bila hati ni diguris, minda akan memujuk hati ni untuk bersabar dan redha dan kerana lembutnya hati ni, die selalu akur. Hati ni memerlukan belaian dari orang yang disayangi. Hati ini minta difahami. Mungkin hati ini...milik seorang wanita, sangat sukar untuk diselami oleh hati seorang yang asing; hati lelaki. Tapi kerana hati-hati ini kejadian tuhan jugalah maka tuhan jadikan mereka untuk saling memahami. Adakah makna cinta jika hati seorang lelaki dan wanita itu tak mahu untuk saling bertolak ansur dan memahami? Cukupkah jika kita hanya ada hati dan cinta tapi tangga untuk mencapai cinta yang sebenar tak kita punya? Hati ini rindukan waktu yang dulu. Hati ini rindukan si dia yang dulu. Adakah masa memang merubah segalanya? Atau hati-hati ini yang berubah mengikut masa? Harapan aku adalah untuk hati ini semakin cantik, tak dimamah waktu. Kemampuan hati ini untuk semakin merah dan berkembang adalah atas dia..hatiku hanya bergantung pada si dia....