Friday, May 27, 2011

Fadhlina = Nora Elena?



Oooopppssss...terperasan kejap.Marah peminat citer Nora Elena bila aku menyamakan diri aku ngan si cantik manis Siti Saleha a.k.a Nora Elena hehe. Sekarang kan demam Nora Elena. Aku pun sekali terkena virus drama bersiri ni haha. Tapi yelah, mana tak terjebaknye, cerita die memang sangatlah comelllll!!!!!suke3!!! ;p

Kat ofis ni kami kaum hawa yang ikut cerita ni memang berceritalah pasal drama ni. Waktu habis kerja masing-masing berkejar nak balik tengok Nora Elena. Ada yang sanggup postponed date nak keluar dengan yang terchenta sebab Nora Elena haha. Kalau ade yang tak sempat tengok, esok mesti update kat member lain punye huuu. Impak cerita ni? Memang besarlah kalau dah macam ni kan.

Kalau kat rumah pulak, memang penuh 'panggung' setiap Isnin sampai Khamis pukul 7 sampai 8. Bila iklan je masing-masing bengang sebab beselah...iklan TV3 ni panjang dari cerita yang kita nak tengok huhu. Lepas tu bila part si suami isteri Nora and Seth tu je, mesti masing-masing excited sampai menjerit-jerit *maafkanlah pasangan-pasangan anda ye wahai kaum Adam bila mereka admire Seth ;p* Yang best lagi, bila kaum Hawa ni masing-masing ada impian nak suruh pasangan diorang pegi gym sebab teringin nak pasangan yang macam Seth auuwww!!!!haha.

Tapi feedback dari orang-orang yang berada disekeliling pinggang ni, memang positifla walaupun dramanye diolah banyak dari novel asal *kata kawanku yang mebaca novel Kasih Yang Suci*. Mana taknye, ceritanya teramatlah sweet!!! *tetibe rase nak jerit* :D So memang tak sabar nak tengok episod-episod seterusnya yang memang diyakini best hehe.


No comments:

Post a Comment