Showing posts with label apa nak jadi?. Show all posts
Showing posts with label apa nak jadi?. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Alahai student zaman sekarang...

Tadi aku check comments from students as they have to evaluate their lecturers. Macam-macamlah komen yang aku dapat. Most of them are the good ones. Tapi ada jugak yang macam tak bagus. Tapi yang best, agaknya diorang ni dari first class dok tahan je dengan kita kan. Kita marah ke apa ke, telan je. Paling-paling pun cakap belakang. Tapi bila sampai part diorang nak evaluate lecturer...puhhh...sepanjang-panjang yang mungkin komen tu..siap number kan lagi. Kalaulah diaorang listkan semua apa yang diaorang tak puas hati dengan kita, agaknya berjela komen tu. Ada sorang student aku ni tulis, something that sounds like this..."banyak sangat benda nak komen tapi tak tau nak komen apa..ada banyak lagi komen yang saya harap saya boleh bagitau tapi tak boleh" and ade lagi best. This particular student said "we dun even understand what the hell u're talking bout" Hoho. Ape-apelah cik student oi. Frankly speaking, as a normal human being, of course aku mestilah ada rasa sedih. Tak sangka bila kita berbuat baik dengan orang, macam ni kita ditegur. Tak salah nak menegur orang yang lebih tua sebab semua orang ada kelemahan sendiri tapi haruskah kau guna perkataan yang kasar macam tu? Aku rasa tak perlu dan tak patut. Kalau cakap mak bapak tak ajar kang marah tapi apa yang dibuat tu dah melambangkan macam mana diri kau sendiri and macam mana kau tu diajar.

Sedih memang sedih tapi aku punya life, gaji, apa semua tetap sama. Takde effect pun sebenarnya benda tu kat hidup aku ni. Gaji aku dalam masa beberapa tahun akan naik InsyaAllah. Aku dah masuk belajar balik, so knowledge aku makin bertambah huhu. Emosi je lah yang terganggu. Tapi sikiiiittttt jelah haha. Student tu punye life lah akan terkesan sebab bila-bila masa aku boleh fail kan dia hahaha. Jahat tak aku? Tulah, students zaman sekarang ni berani-berani belaka. Tak macam zaman aku dulu. Kalau time evaluation tu, kalau nak bagi komen, masyaAllah punyelah lama berfikir nak susun ayat. Dah lama sangat pikir, lastly tak tulis pun hua3. Dunia dah maju, semuanya dah advance kan..hai lah. Tapi kepada students, respect your teachers. Walau macam mana korang tak suka dia pun, dia yang bagi ilmu tu kat kita. Aku sekarang ni pun student jugak, so sama-samalah kita. Pada yang ada anak, didiklah anak-anak tu supaya tahu siapa itu guru. Aku pun akan buat benda yang sama InsyaAllah. Pada kita-kita yang belum beranak pun, jomlah kita sama-sama belajar cara mendidik anak yang paling berkesan supaya anak kita ni tak kurang ajaran dari kita InsyaAllah.


p/s:pernah kawan aku tak halalkan ilmu dia dekat students dia sebab students dia kurang ajar. Camanelah hidup students dia tu agaknya eh?kesian kan?



I'll prefer to call them as rude people.



Monday, July 11, 2011

Orang Melayu tak tau diuntung!

Entry ni susulan kepada video pekerja KFC yang dengan pengotornya dan dengan jahatnya meletakkan ayam yang baru disalut tepung di tapak kaki. Yes, perbuatan tu sengaja and itu yang membuatkan satu Malaysia bengang. And disebabkan KFC is my favorite fast food, of course aku bengang. Terfikir yang selama ni kita makan kat KFC and fast food restaurant yang lain, tah macam manala keadaan kat dapur tu kan? Ingatkan warung tepi longkang yang banyak lalat je yang tak boleh dipercayai kebersihannya. Tapi rupa-rupanya restoran yang selesa dan terkenal pun tak terjamin kebersihannya. Eiii geli!!!!

Bila tengok video tu, marah betul aku dengan orang Melayu ni. Kau dah tentu-tentu kerja kat bahagian yang memerlukan tahap kebersihan tahap dewa punya. Keadaan sekeliling dah mungkin ok, terjamin kebersihan tapi korang pulak yang sengaja mengotorkan makanan tu. Jijik sungguh perbuatan tu. Orang-orang ni memang tak sedar diuntung. Tak tau ke yang tempat kat mana korang berada sekarang ni adalah nikmat kurniaan tuhan, rezeki korang kat muka bumi tuhan ni. Tapi korang buat perbuatan yang menjijikkan ni kan? Kalau orang yang makan ayam yang korang kotorkan tu, tak rasa bersalah ke?

Korang dah dapat bekerja pun dah kira cukup bagus. Kalau nak dibandingkan dengan orang yang menganggur. Tapi korang tak sedar tu semua kan? Orang nak tolong korang, anak-anak Melayu ni, dah cukup bagus. Tapi apa yang korang buat? Tak amanah langsung dengan kerja. Hai...budak kalau dah tak cukup ilmu kat kepla otak memanglah macam ni. Kalau dilabel dengan panggilan yang kesat, tentulah mereka marah. Tapi perbuatan sendiri dah memang mintak orang melabel dengan semua perkataan tu. Balik rumah, bawak-bawaklah berfikir. Kalaulah saudara mara, adik beradik or mak bapak korang yang makan ayam yang korang sapu kat tapak kasut tu, agak-agaknya camane korang rasa eh?



Thursday, May 19, 2011

I've been sexually harrased!

Actually benda ni dah beberapa minggu lepas jadi. Tapi lupa nak diselitkan kat dalam blog yang dah penuh dengan daddy long leg yang berjaya mensawangkan blog ni. Ok straight to the story...ni pengalaman aku diganggu secara seksual. Macam mana? Macam ni..

On this one day, hari Khamis,aku ingat sebab aku pakai baju kebaya batik, aku balik dari kerja sorang-sorang sebab housemate aku ada hal. So die balik berasingan dengan aku. Then disebabkan aku balik sorang, ada permintaan dari sorang kawan ofis aku ni mintak aku temankan dia pergi Jusco. Aku pegilah menunaikan permintaan dan waktu nak balik tu, hari pun dah malam. Dari Jusco aku naik teksi ke LRT berdekatan and terus menuju ke arah kawasan tempat tinggal aku.

Sampai dekat LRT rumah aku ni, jam dah pukul 9 malam lebih. Aku pun duduklah dekat bench yang ada kat situ tunggu bas nak balik rumah. Waktu duduk kat bench tu, sebelah kanan aku ade pakcik Cina *dalam lingkungan 50 lebih*, sebelah kiri aku ada sorang perempuan Melayu muda. Dalam 20 minit ke setengah jam aku duduk situ, tiba-tiba perempuan Melayu sebelah aku ni bangun, tak tau pegi mana. And tak berapa lama lepas perempuan tu blah, ada sorang mamat ni datang duduk sebelah aku menggantikan tempat perempuan ni tadi. Dia tinggi,muka ala-ala mamak. Mula-mula masing-masing tak bercakap *aku memang tak suke bercakap ngan orang tak kenal kat tempat awam huhuhu.sungghuh tak peramah*.

"Ish lama btol bas ni" tiba-tiba laki mamak ni cakap ngan aku. Aku pun tak taulah kenapa, mood baik agaknya aritu aku pegi berbalas-balas sembang ngan die *selalu kalo orang nak bercakap ngan aku,aku akan senyum je, hint yang mengatakan aku tak nak bersembang huhu* Aku pun cakapla bas kalo waktu malam memang lambat sikitla apelah. Sebab aku tak familiar ngan mamat ni. Tak pernah nampak pun sebelum ni. So aku pun bagitaula jadual bas kat situ.

Dah start dengan sembang pasal bas *tak memberangsangkan lagsung topik*, si mamat ni tanya aku dok mana la, keje ape, keje kat mana etc. And yang bestnya aku jawab je soalan die semua. Yelah, aku ni takdela nak syak pape yang buruk dekat laki ni sebab aku tengok die dress up ok je, wangi lagi huhu. So aku assume oklah kot die ni kan. Lepas tu, die pun cakap die ni Executive bahagian Sales and Promotion dekat satu company jamu ni. Memang glamourla company ni. Pastu die cakap skang ni company die tengah ade buat promotion, nak give out barang baru untuk customer untuk diambil testimoni. Kalau berjaya, dapat sponsor pakai produk company die and what not. So aku ni pun, kaki yang tak boleh nak dengar dapat sponsor ke, barang free ke, ape ke. Produk kecantikan plak tu. Sape tak nak kan. Dapat kurus and cantik tanpa keluarkan modal *cam mustahil je nak dapat kat zaman orang tamak ni* =_="

And bila aku cam interested, die mintak nombor fon aku. Katenye nak menerangkan pasal produk die tu malam tu. Aku sekali lagi dengan selambernya pegi bagi. Adoi aku tak taula kenapa. Kalu dah nafsu nak barang free and nak kurus tu dah daatng, abis lupa semua. On the way balik umah, aku dapat mesej dari si mamat ni. Dia bagitau yang nombor yang die guna hantar mesej tu nombor die. Tak kisahlah tu. Bila sampai rumah, jam pun dah pukul 10 lebih. Aku ade mintak die untuk call aku esoknye tapi die nak jugak brief kat aku pasal produk die malam tu jugak *produktif betul kalau semua syarikat kat Malaysia ni ade staff cam die*. Mule-mule aku tunggu tapi kalo dah sampai pukul 11.30 malam tak call lagi memang dah cukup lewatlah nak terang menerang ni sume. Then aku tido.

Tengah sedap aku tido, aku terjaga dek phone aku bergegar berkali-kali. Tengok si mamat tu yang call. Dah pukul 1.30 pagi waktu tu. Nak terang ape tah pagi-pagi bute tu. Sekali due die bergegar, aku biar. Tapi bila dah lebih tiga kali, aku rimaslah. Bila aku jawab call die, die start tanye pasal body measurement aku and all. Aku at the first place ok je sebab dah kate barang kecantikan untuk pompuan, so aku ingatkan tu a part of the basic info yang die nak taula. Banyak die tanya. Yang bengongnye aku ni, gi jawab and dengar je die cakap. Siap ajar aku cara nak urut breast bagai. Adoi.

Towards the end, si mamat ni dah memang cakap merapu. Die siap tanya aku pernah imagine my first night ke tak. Soalan ape tu? Ade kene mengena ngan produk kau ke kan? Kemuncaknya bila die cerita ngan aku saiz die pune tuuutttt!!! Menggeletar tangan aku pegang phone. Die cerita tu sebab katenye nak bagi aku horny so that senang aku nak masukkan jari aku kat dalam (paham-paham jela ye). Sebab ape tau die nak suruh aku buat tu..sebab die kate one of the products is Krim Perapat. So nak ukur kerapatan akulah agaknye. Bang,aku belum kawin. Kau pun tau. Abis tu perlu ke aku nak kene ukur segala? Then die ade cakap nak bukak boxer. Aku dengar je die cakap macam tu, memang harapanlah aku nak stay on the phone lagi. Hiiiiii geli geleman aku.

Few days after that aku pegi buat report polis. Hari-hari awal after the incident aku memang blur gile. Rase trauma pun ade jugak. Yelah, tak pernah aku kene gangguan macam ni. Rasa macam jijik gile laki tu. Aku pun tak berani nak balik keje and, nak jalan-jalan sorang-sorang. Gerun woooo. Naik LRT pun aku berjaga-jaga. Keliling tren aku tengok. Aku buat report polis kat Sungai Besi. Then the case forwarded to IPD Cheras. Kat sana aku kene bagi keterangan kat Inspektor. Aku pun baru tau rupenye kes macam ni serius. Aku ingat bagi keterangan habis stakat dekat depan kaunter polis tu je.

Aku nak pesanla dekat kaum wanita semua, kalau ada jadi pape kat kita ynag membuatkan kita rasa terganggu, tak selesa, buatlah report. Aku pun rasa macam mana perasaan bila kita cam blur, tak tau nak buat apa. Tapi untuk kebaikan and keselamatan, bila rasa je macam yang aku cakap tadi, better pegi report. Lagipun tak rugi pun buat report, untuk keselamatan kite jugak. Jangan sampai dah teruk baru nak pegi cari polis.




Friday, February 18, 2011

Lelaki yang tak layak jadi suami!

Lama sungguh dah aku tinggalkan blog aku ni bersawang *ish berhabuk gila kot!* Mana aku pergi?ada je kat muka bumi Allah ni *memangla,kalo tak kat atas bumi,mesti dah masuk dalam perut bumi haha* Ada sedikit malas untuk menghapdate blog aku ni..aku terlalu kisahkan sangat anak-anak aku tu..tu yang bersawang habis blog aku huhu.

Ok, enough dengan bebelan aku...update baru aku ni nak cite pasal kes-kes yang menceritakan kisah orang lelaki yang TAK LAYAK jadi suami...macam-macam kes ada. Dunia akhir zaman kan..meh sama-sama renungkan



1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

renung 2 kan..dan seLamat beramaL... :)



Thursday, December 9, 2010

The more you say, the more you are going to hurt yourself

Korang pernah kene tipu tak? Tipula kalau tak pernah kan?hehe. Emm...pernah tak jumpe orang yang cakap putar belit?Hai..lagi mau tanya..mestila pernah jugak ye dak? Saje aku nak kongsi satu cerita...tentang manusia yang tahla..aku tak tau nak cakap lidahnye ni dah bercabang berapa and muka die ni pun dah talam berapa.

Kisah ni berkisarkan kisah cinta dua manusia. Cinta sejati atau tidak tu, jangan tanya akula,aku tak tau and tak nak amik tau. Mula-mula cinta ni hanya pada dasar sahaja, belum dalam lagi. Cerita diaorang ni ramai jugaklah yang tau sebab yang pihak perempuan ni (Si F) banyak kongsi cerita dia. Tapi kisah percintaan manusia-manusia ni agak complicated sikit sebab mereka ni dah ada yang punya sebelum mereka 'berjumpa'. Mula-mula aku ingatkan cerita diaorang ni biasa sahaja...macam main-main. Ada juga sesekali aku cuba untuk bagi pendapat. Yela, orang kata bila orang yang mabuk cinta ni die buta. Jadi aku yang bermata terang ni cuba untuk bagitau apa yang aku nampak. Tapi nasihat tu mungkin dipandang sebagai sampah ke apa aku tak tau. Atau mungkin dia tak perlukan pendapat melainkan tempat untuk bercerita atau mengeluarkan apa yang ada dalam hati or fikiran.

Pada awalnya mungkin aku boleh terima untuk konon-konon memahami hati dan perasaan dia. Tapi semakin lama aku dengar cerita dia, makin banyak perasaan ragu-ragu, tak percaya and tak boleh terima apa yang dia buat hinggap kat hati aku. Hubungan perempuan ni (Si F) dengan kekasih hati yang lama ni dah memang cukup lama. And setahu aku tak ada apa-apa problem pun yang datang menjengah di kala dia berubah hati. Kesian aku kat boyfriend die ni sebab boyfriend die ni tak tau apa yang jadi pada hati perempuan ni. Boyfriend die pun die layan macam biasa, si lelaki baru (Si M) ni pun die melayan jugak. Takpela hati aku kata, tu pilihan masing-masing. Tapi aku dan kawan-kawan pernah nasihat, supaya pilihlah salah sorang daripada dua tu. Kesianla pada hati yang disakiti. Tapi dia cakap macam mana dia nak tinggalkan bila boyfriend dia tak tau pun apa yang dia sedang buat. Kesian kan? Kami sebagai penduduk sekeliling malas nak masuk campur hal rumah tangga orang tapi sejak apa yang berlaku, nampak yang orang di sekeliling perempuan (Si F) tu menyepikan diri daripada bercakap and beramah mesra dengan dia macam dulu. Pegi makan pun dah tak ada sama-sama. Bukan niat kami nak sisihkan tapi rasanya dia yang menjauhkan diri.

Sejak dia ada 'driver' (Si M) yang boleh bawak dia keluar makan, jalan-jalan after balik kerja, dia dah tak pedulikan kami. Datang ofis tapi tiba-tiba hilang, sampai waktu lunch, tiba-tiba hilang. So macam tula dia. Sekarang yang si lelaki (Si M) dah berpindah ke tempat kerja baru. Waktu ni la nampak yang si perempuan tercari-cari kawan. Kalau dia tak bercakap, tak ada orang yang nak bercakap dengan dia. People know how to judge..bukan nak judge tak tentu pasal tapi melalui apa yang kami nampak and dengarla kami judge. Si perempuan (Si F) macam yang aku cakap kat atas tadi memang jenis yang suka bercerita.

So about this thing pun ramai je yang dah tau die cerita. Tapi bila kami bersembang, tiba-tiba kami dengar cerita kami ni lain-lain. Kami yang dengar cerita si perempuan (Si F) ni sendiri dengar banyak version dari mulut dia. Tapi bila kami bersembang dengan kawan baik si lelaki (Si M)...rupa-rupanya cerita yang si lelaki scandal (Si M) ni totally lain dengan apa yang diceritakan oleh si perempuan.

Si perempuan cakap, si lelaki ni tergila-gilakan dia. Menangis hampir tiap-tiap hari sebab diri die. yeke?
Si lelaki cakap, dia dah nak berenti dari ada hubungan dengan perempuan tu sebab perempuan tu dah punya kekasih hati tapi perempuan tu yang tak nak, perempuan tu yang keep on texting and calling him.
Si lelaki juga pernah tunjukkan messages yang dia terima dari perempuan tu pada kawan-kawan perempuan dia and dia dengan bangganya cakap 'tengok, dia yang nak kat aku'.

Aku amik keputusan untuk tak percaya pada sapa-sapa. Orang macam ni memang susah aku nak percaya. Manusia ni macam-macam ragam and ni adalah salah satunya. Lidah berbelit-belit, berputar-putar. Apa yang ada dalam kepala dia aku pun tak tau. Tapi apa yang aku tau, dia nak semua orang mengagumi dia sebab dia cantik, dia hebat, semua orang suka dia. Hello....takkan ada keadaan yang sebagus itu. Manusia tak perfect, thus takkan ada keadaan di mana semua orang mengagumi kita.

As a quotation says...the more you said, the more you are going to hurt yourself...memang sesuai untuk si perempuan (Si F) sebab bila kita ni manusia bercakap terlalu banyak, apa yang kita cakap tu akan memakan diri kita balik. Mungkin pada awalnya orang akan nampak bende tu macam tak ada apa-apa. Tapi lama-lama orang akan tau. Kami ni tak bodoh, kami ni pendidik..and kami tau menilai. Jangan ingat apa yang 'kamu' cakap tu akan buat kami bertambah suka pada kamu. Apa-apa pun, memang hak sendiri untuk kita buat keputusan tapi dalam kita nak buat keputusan, kena ingat yang kita ni hidup dalm masyarakat. Kalau ko rasa ko hebat sangat, tak perlu orang sekeliling, pergilah...ciptalah dunia sendiri


Monday, November 15, 2010

Lagi hal anak-anak melayu

Tadi hal budak pompuan and laki tergedik-gedik kissing tgh public kan? Ni aku bagi lagi satu link untuk korang tonton. Video ni bukan pasal kissing lagi ye....haaa excitedla tu...
Aku malas nak komen banyak-banyak,korang tengok sendiri ye..nah amik ni

TENGOK NI

Ish..ish..ish..

Tadi aku ada tengok satu video kat facebook member aku. Ada sorang budak pompuan yang tengah gaduh dengan boyfriendnye..pastu si boyfriend ni macam merajuk dengan awek die, lalu nak break ngna awek die ni sebab awek die pilih KLCC over him macam ni punye alasan nak break pun ade ke?tah paham plak aku! Pastu si awek ni nangis-nangisla cakap si boyfriend die ni penting for her sambil die memeluk erat si boyfriend ni ketat ok die peluk...betapa tak nak lepaskan la tu. Eh aku lupe plak nak btau..kejadian ni berlaku somewhere in KL, kalau tak silap berdekatan Pavillion...kat tepi jalan ok..berdrama btol diaorang ni. Yang bestnye, kawan-kawan si laki ni provoke si laki ni suh break ngan pompuan tu. Lagi kuatla si pompuan ni nangis. Dalam tengah-tengah budak pompuan ni nangis, tiba-tiba dua orang man*k*k ni boleh pulak kissing kat tengah public tu ok..lama pulak tu dieorang kissing adoiyai! Menyampah kot tengok...public tu. Kalo nak buat bende tak senonoh pun get a room la weiii. Ko nak tonggang terbalik pun lantak ko la..orang tak sakit mata. Ni kang kalau tegur melawan balik. Jenis orang yang macam ni memang SUSAH nak tegur. Orang yang nek kereta banyak yang horn kat diaorang tapi diaorang buat deeekkkk je. Tak sakit mata tengok? 

Haiii aku xtau nak cakap apela..malas nak komen. Tah ape nak jadi dengan melayu zaman skang. Bila orang kate melayu bodoh, pemalas, marah..tapi tengok sendirila perangai anak muda melayu macam mana. Ni baru sebahagian...yang terlibat ngan kes lain, yang not been exposed kita tak tau. Nauzubillah anak-anak aku esok jadi macam ni. Bende nila yang buat orang takut nak beranak ramai-ramai. Takut kita esok busy keje nak cari duit bagi diaorang makan and blaja, anak-anak jadi tak tentu hala macam ni.

Video yang di postkan tadi dah di'privacy'kan..so aku xblh nak letak akt sini. Kat profile aku yang aku share tu pun dah xde. Haa bila dah semua orang tengok gelabahla tu lalalalala~ Tapi tak rugi pun korang tak tengok video tu. It is a disgusting thing to watch..gross!