Wednesday, November 10, 2010

Mati itu suatu yang pasti

Setiap yang hidup tu pasti akan mati

Biasa dengar kan ungkapan ni?huhu. Kita akan mati satu hari nanti tapi cara kita mati je tak taulah camane kan? Mati dalam tidur ke, accident ke, sakit ke, ape ke, wallahualam. Kalaulah kita diberi pilihan dengan cara apa kita nak mati, aku rasa ramai yang tak nak mati accident kot kan? Sakit kot kalo accident..kene rasa dulu azab kulit terkoyak ke, terbakar segala macam mati ngan cara lain tak sakit kan?huuu

Cakap pasal mati jugak, setahu aku, Allah turunkan tanda kepada manusia..cuma tanda tu kita sedar atau tak je. Kalau kita ni orang yang beriman, insyaAllah kita akan aware dengan petunjuk yang diturunkan, tapi bagi orang yang leka dengan hal dunia, kalau tak diizinkan tuhan, die tak sedar pun tanda tu ada pada die.


Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
 
Semua tanda yang di 'list' kan ni semuanya selepas waktu Asar. So berjaga-jagalah kita, supaya kita ready menghadapi saat kematian ni nanti.


p/s: malam semalam seram sejuk teringatkan mati, mengucap panjang aku huuu

p/s 2:credit to BLOG NI kerana aku dah amik list tanda-tanda di atas =)



Tuesday, November 9, 2010

Wanita

Disebabkan aku wanita, aku nak post something untuk para wanita hehe. Dalam Islam dikatakan yang wanita ni ada kelebihannya, and kaum Adam juga sepatutnya harus menjaga kaum Hawa sebaik yang mungkin kan..apasal tah ayat aku skema semacam haha. Dah malas nak berceloteh panjang..nah aku list kan apa kelebihan wanita ye...
1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh. 

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat. 

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
 
9.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan 
berkatkan rezekinya

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga. 
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah


 

Lihatlah betapa istimewanya wanita di mata Islam...jadi un tuk dapat ganjaran yang dah dijanjikan, jomla buat ape yang patut hehe 


p/s :renung-renungkan,daaann selamat beramal! ;p

p/s 2: aku tak paham kenapa ayat aku jadi skema kalo aku post entry yang agak ilmiah huuuu


It's a nightmare, and still a nightmare

Troble is a friend..
Oh trouble is a friend owh..owh..

Terngiang-ngiang plak lagu Lenka yang bertajuk macam liriknye di atas..
Bila difikir-fikir balik memang betul pun kan, dalam hidup sape je yang takde masalah? And kadang-kadang masalah ni la yang menceriakan hidup kita..kalau tak, hidup kikta ni macam biasa je tiap-tiap hari. Takde UUMMPPHH orang kate hehe. Tapi yela, kalau pulak dapat masalah yang besar-besar tu, sakit kepala jugak nak fikir kan?

Aku pun samela macam orang-orang biasa and anda-anda semua..tak terlepas dari masalah tapi tak boleh cerita kat sini.it's a P&C huhu. Ahad lepas aku dapat satu problem yang aku kira sangat mengganggu emosi aku sebagai wanita yang penyayang..haha ade kaitan ke? Aku menangis sampai mata aku bengkak..sampai tak boleh bukak langsung..serious tak tipu. Bahana aku nangis tu plak sakit kepala sampai sekarang...berdenyut-denyut. Bagi aku..ape yang aku dapat hari tu memanglah sangat nightmare..aku harap aku mimpi je waktu tu..tapi..harapan jelah kan..

Dulu aku dah pernah alami bende yang sama and aku memang berharap sangat-sangat yang aku takkan dapat masalah yang macam ni lagi. Tapi apekan daya, Tuhan tu maha berkuasa. Die uji aku lagi dengan masalah yang sama tapi alhamdulillah, kurang berat dari dulu. Aku banyak belajar dari kesilapan. Aku discover bende baru yang after 2 tahun lebih ni aku tak pernah terperasan. Pape pun, aku bersyukur dengan dugaan ni sebab aku still ade ape yang aku ade, aku belajar bende baru and aku tau aku kene improve diri aku. So, kalau ade korang-korang yang tengah sedih macam aku, we have to at least bersyukur dengan apa yang kita ade..sebab actually dugaan ni membawa something yang baik jugak. And dalam kita sedih, ada orang yang problem diaorang lagi teruk dari kita. Maybe ade unsur-unsur cliche di situ tapi bila aku sendiri tengah sedih, itula bende yang aku selalu ingatkan diri aku.