Saturday, February 26, 2011

Budak kecik mulut besar

Anak buah aku sorang ni memang keletah budaknya. Namanye Adam. Daripada tak sekolah, sampailah dah sekolah sekarang ni, ada je idea yang boleh buatkan aku and orang-orang ayng dengar die cakap tu tergelak besar...Tu belum dengar kalau die menyanyi lagi. Asalkan bunyi cam kena je dengan lagu, tah ape die sebut pun aku tak tahu. Ada satu hari ni, aku duduk melayan adik kecik die. Tengah main-main, adik (Aniq) menangis.


Dialog 1:


Aku: Eh adik, kenapa nangis ni, takkan nak susu kot..kan baru lepas minum...


Adam: Tah-tah susu ibu dah habis


p/s: Aniq menyusu badan :D


Haha kelakar betul...budak kecik kan...ape je lah yang die pikir




Dialog 2:


*Adam cakap die tak nak kawin.


Adam: Ibu, kalau dekat hospital, baby yang lahir tu comel, doktor bagi hadiah ye?


Ibu: Kenapa pulak?


Adam: Sebab adik lahir dapat hadiah


Ibu: Oohhh..tu sebab adik lahir waktu Hari Raya..


Adam: Kalau camtu, Adam nak anak Adam lahir waktu Hari Rayala..boleh dapat hadiah


Ibu: Aik?Adam kate Adam tak nak kawin?


Adam: Tu kalau Adam terlupala yang Adam tak nak kawin....


Satu rumah gelak besar hahahahahaha!!!

Adam Syazwi, 8 years old

Dah pandai operate DSLR sket2 haha

Aniq NurIlman, 5 months



Friday, February 25, 2011

Lawak...lawak hahahaha

Gambar dari ihsan encik Google

Satu hari, seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.


Makan nasi pun boleh kurus Part 2

Tadi aku belek-belek blog si Susu Sejat *link yang aku bagi dalam post before ni*. Aku dah jumpe satu entry pasal nasi yang orang tak nak amik sebab takut gemuk *kesian kat nasi (T_T) huu*. Memang menarik sebab die bagi info kenapa kita KENA makan nasi. Korang baca jela entry ni and yang ni.

Selamat membuang mitos nasi boleh buat kita jadi gemuk! :)








Makan nasi pun boleh kurus???

Dulu aku pernah menulis entry ni yang menyatakan aku tak nak makan nasi kan? So hari ni aku nak review balik apa pendapat + sedikit knowledge yang aku ada pasal diet berdiet ni semua. Ok, dalam family aku, semua sedia maklum kot yang aku ni memang jaga makan jugak. Sebab aku selalu cakap 'nak diet' *tapi kalau balik sekali sekala tu memang tersasar jugak disiplin aku ni huuuu.*
Ada sekali aku balik kampung, aku dah kecoh2 konon-kononnya tak nak makan nasi. Then few months lepas tu, abang aku yang jugak tengah nak maintain and menurunkan berat badan bagi atu info kat aku. Die jumpe satu info dalam satu blog ni. Blog ni memang bagus sebab dia bagi tips untuk turunkan berat badan and what not. And ada satu entry dalam blog ni yang mengatakan bahawa actually mitos yang mengatakan tak makan nasi boleh turun berat badan ni tak betul.Kita kena amik nasi actually. Tuan punya blog ni ada bagi cara macam mana nak turunkan berat melalui pemantauan pengambilan kalori setiap hari *if i'm not mistaken huhu* Abang aku pun dah ikut cara yang die bagi tu and die kate die dah berjaya turun 2 kilo *tapi tak ingat dalam masa berapa minggu or bulan..maaf ye (T_T)*

Haaa...info menarik pasal tips ni is, dengan menggunakan cara yang die bagi tu, tuan punye blog sendiri dah berjaya turunkan berat sebanyak 40 kilo dalam masa 10 bulan *interesting kan?kan?kan? (@_@)*
Kepada sape2sape yang nak ikut ikut jejak langkah orang-orang yang dah berjaya ni, meh kita baca blog ni ramai-ramai :)

p/s:tuan punye blog ni makan nasi 2 kali sehari pun boleh turun berat badan...so mari kita makan nasi! ;p

Wednesday, February 23, 2011

Oh Obat,Oh Obat..mari beli Obat!

Entry kali ni bukan sebab aku nak menjual ubat. Ni saje je aku nak kongsi info pasal khasiat habatus sauda. Habatus sauda ni dikenali sebagai penawar bagi pelbagai penyakit. Aku ni before ni takdelah mengamalkan sangat habatus sauda ni. Start aku makan waktu form 3..waktu tu beli yang biji-biji punye. Kalau makan kena gigit. Lepas tu aku stop je. Sebab mungkin waktu tu takde masalah kesihatan lagi. So aku makan tu pun takdelah nampak perbezaan ketara ke atas kesihatan aku ni kan huhu.
As for now, adik-adik aku 2 orang ada belajar kat Egypt. Diaorang ni rajinla bawak balik habatus sauda dalam bentuk pil. Brand dia Baraka. Haaa..yang ni pun aku makan jugak..n mak aku pun dah mewajibkan family aku makan hua3. Sekarang bila aku makan balik memang rasala perbezaan before and after aku makan Habatus Sauda ni. Segala angin dalam badan aku ni memang keluar *yela..makan pun macam-macam, mana badan tak berangin.Tu belum ditambah kalau aku naik angin. Bertambahla angin dalam badan aku muahaha* Aku pun dah kurang masalah ke toilet..so okla kan. Kalau tak..bergelodak je semua benda dalam badan aku ni sebab itu ini tak kena. And family aku yang mengamalkan Habatus Sauda ni pun bagi banyak positive feedback after diaorang amik Habatus Sauda ni. Ni ada aku cari info pasal Habatus Sauda..meh tengok meh =)

Khasiat Habatus Sauda:

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain “‘Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.


Dr. Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan.



Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain :-


Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.


Antiarthritis, mengubati reumatik.


Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).


Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.


Antiseptik, mengubati bau mulut.


Antivirus, mengubati demam dan flu.


Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.


Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.


Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.


Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan hempedu.


Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.


Nematocidal, mengubati cacing pita.


Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

p/s:kalau ade sape2 yang nak beli habatus sauda yang macam aku amik,dalam bentuk pil,aku ada stok lebih adik aku bawak dari Egypt hari tu. So bolehla kalo nak beli,satu kotak RM10 jeeekkkk :)


Monday, February 21, 2011

What goes around comes around..KARMA~

Pernah dengar kan kata-kata kat atas tu? Biasa dengar kan? Or mungkin pernah rasa hehe. Aku memang berpegang teguh jugakla kepada kata-kata kat atas tu. Sebab tu kadang-kadang bila nak buat jahat kat orang, pikir takut nanti aku pulak yang kene benda yang sama. Yelah, Allah memang akan balas apa saja perbuatan manusia. Yang membezakan balasan tu ialah, samada cash..tang-tang tu jugak dapat balasan, or mungkin balasannya delay sikit. Delay waktu bila tu wallahualam..Dia je yang tau.
Cerita pasal karma ni, aku dulu pendendam orangnya. Aku jenis bila aku kene pape disebabkan orang, memang aku NAK orang tu rasa apa yang aku rasa jugak..exactly the same. Tapi bila umur dah banyak, sifat nak orang yang buat aku sakit rasa apa yang aku rasa masih ada..cume bila dah 'tua' ni, aku baik sikitla..aku pikir apa-apa pun tuhan akan balas perbuatan orang tu. Samada kita tau atau tak, tuhan akan balas jugak. So, dengan gaya pemikiran camni, dapatla mengelakkan aku dari apa-apa perbuatan membalas dendam kan huhuhu...

Tapi pape pun, sebelum nak kenekan orang, sebelum nak buat apa-apa yang boleh menyakitkan hati orang, kita kene pikir panjang-panjang kan...


Friday, February 18, 2011

Lelaki yang tak layak jadi suami!

Lama sungguh dah aku tinggalkan blog aku ni bersawang *ish berhabuk gila kot!* Mana aku pergi?ada je kat muka bumi Allah ni *memangla,kalo tak kat atas bumi,mesti dah masuk dalam perut bumi haha* Ada sedikit malas untuk menghapdate blog aku ni..aku terlalu kisahkan sangat anak-anak aku tu..tu yang bersawang habis blog aku huhu.

Ok, enough dengan bebelan aku...update baru aku ni nak cite pasal kes-kes yang menceritakan kisah orang lelaki yang TAK LAYAK jadi suami...macam-macam kes ada. Dunia akhir zaman kan..meh sama-sama renungkan



1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

renung 2 kan..dan seLamat beramaL... :)